Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pada awal ketika saya menulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, saya sendiri berasa ragu-ragu dengan kemampuan saya. Ketika itu, saya begitu janggal dengan dunia latihan dan penulisan. Banyak perkara yang saya tidak tahu dan masih samar-samar. Pendek kata, saya sendiri kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri!
Niat saya ketika itu hanyalah satu. Untuk membantu mereka yang tidak tahu menjadi tahu, mereka yang buta menjadi celik dan yang paling penting untuk mengelakkan mereka dari terpedaya dengan 1001 muslihat teknologi dengan menggunakan SMS. Saya mahu membantu untuk membanteras skim-skim yang tidak logik, perniagaan SMS yang tidak masuk akal, dan juga penipuan teknologi yang bersifat manipulatif! Anda tentu lebih tahu siapa yang saya maksudkan…
Siapa sangka… Pada hujung minggu ini pula, dengan izin Tuhan saya akan ke Kota Kinabalu pula untuk menganjurkan seminar pertama pada 22 Jun (Ahad) di tanah borneo itu.
Syukur alhamdulillah, sehingga kini saya tidak menoleh kebelakang lagi. Saya rasa seperti tidak percaya dalam masa yang singkat buku saya berjaya diterbitkan dan beberapa ebook khusus membantu usahawan untuk memulakan perniagaan SMS juga telah berjaya dipasarkan.
Yang paling penting, semakin ramai yang telah sedar bagaimana perniagaan ini berjalan. Semakin ramai yang tahu bagaimana SMS ini boleh dimanipulasikan bagi tujuan baik dan jahat. Semakin ramai yang tahu untuk menyelamatkan diri bila skim, perniagaan dan juga penipuan SMS datang menyerang di media massa yang tidak putus-putus.
Sekurang-kurangnya, usaha saya ini benar-benar memberi faedah kepada mereka. Saya bersyukur kerana apa yang saya hajatkan tercapai.
Dan lebih menggembirakan, saya tidak lagi keseorangan dalam usaha saya ini. Insyallah, sedikit masa lagi, saya akan memperkenalkan mereka yang saya gelar sebagai Associate Partners (MRP). Mereka adalah golongan yang tekun dan saya dapat kongsikan sedikit ilmu kejayaan. Saya bawa mereka sekali dalam perjalanan saya ke Kota Kinabalu nanti. Teringat-ingat pengalaman pertama memanjat Gunung Kinabalu tahun 1997 dulu… Aduiii.. Lama betul dah!
Sukar untuk saya percayai, bahawa perjalanan yang jauh itu mampu dilakukan dengan memulakan langkah pertama. Secara istiqomah, yakin dan terus melangkah. Saya sendiri tidak menyangka perjalanan seminar saya akhirnya sampai di Kota Kinabalu.
Kita akan terkejut dengan kemampuan ‘super’ yang terpendam dalam diri kita. Percayalah dengan diri sendiri, berikan sedikit ruang untuk muasabah. Saya percaya, anda mungkin akan meneroka kehebatan diri anda…
====================================================
Pengumuman #1
Seminar SMS akan sampai ke Kota Kinabalu pula. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan SMS sebagai perniagaan sambilan, atau perniagaan sepenuh masa, sertai perniagaan SMS pertamanya di Malaysia…
Tajuk : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : Ahad 22hb Jun 2008
Waktu : 8.45 am – 5.30 pm
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Boleh hubungi Helmi 013 2295944 atau Rumaizah 016 8480920 untuk sebarang pertanyaan. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati di http://www.akademisms.com/sabah.htm
PENTING: Ini adalah seminar TERAKHIR di Kota Kinabalu. Jangan terlepas peluang ini.
====================================================
Pengumuman #2
Apabila kita sibuk melayani tekanan bahan api, AkademiSMS juga akan mengubah beberapa langkah berhemah mulai 1 Julai 2008
1. Pakej ebook akan ditukar dan dikemaskinikan menjadi versi 1.5.
2. Segala urusan penghantaran adalah melalui Pos Berdaftar dan bukan Pos Laju seperti sekarang.
3. Kos pengeposan tambahan akan dikenakan sebanyak RM3 bagi penghantara buku Buat Duit Dengan SMS
Langkah minima.. Tidak membebankan pelanggan pun.
====================================================
Kepada MRP : Selamat Bergraduasi! 🙂 Kerja baru nak bermula.. Siaplah korang!
Jumpa lagi…