Catatan aku kali ini panjang. Sila Save atau Share dulu untuk bacaan kemudian. Tapi sangat berguna. Khas buat kalian yang pening-pening susun itinerary ke Eropah.
“Kalau saya ada RM5,000 negara Eropah mana saya patut pergi dahulu?”
Soalan begini aku selalu dapat. Jawapan ilmiah tentulah begini. “Kalau belum pernah sampai, mana-mana negara pun tetap best.”
Sebab peluang dan rezeki itu semua aturan Tuhan. Bila ada peluang pergi sahajalah. Kita pun tidak tahu bila ada aturan yang lebih baik.
Tapi kalau aku diberi peluang, aku akan susun ikut beberapa kriteria.
Paling utama adalah promosi flight. Dan yang kedua adalah kedudukan negara tersebut dan kesesuaian jaraknya yang boleh kita travel dalam masa 7 ke 8 hari begitu.
Aku senaraikan 5 sahajalah dahulu ya. Ikut turutan dan preference.
1. Terbaik England
+++++++++++++++
Yang ini aku rasa trip yang paling basiclah kau kena pergi. Kita habiskan dulu England dalam satu masa. Nanti boleh start explore tempat lain pula.
.
Day 1 : Arrival. Pergi la cari nasi lemak dulu. Hehe
Day 2 : London Tour (Buckingham, Eye of London, Westminster, Harrods. Eh.. ada banyaklah)
Day 3 : Stonehedge dan Bath
Day 4 : Cotswold and Oxfordshire
Day 5 : Bicester Village OR Stadium Trip (Chelsea/Arsenal)
Day 6 : Oxford Street, Portobello Market OR Camden
Day 7 : Free and Easy. Ko buatlah apa yang disukai.
Suasana London seperti bandar maju yang lain juga. Seperti Kuala Lumpur mungkin. Cuma ada banyak bangunan-bangunan lama yang dikekalkan. A mixture of development. Manusia pula ada pelbagai jenis, jangan anggap kita nampak orang putih sepanjang masa. Silap2 selisih orang Malaysia lagi ramai. Haha
Tempat wajib orang Malaysia pergi : Bayswater. Sebab ada Malaysian Hall Canteen dan juga souvenir murah katanya. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kedai makan halal, bersepah.
Scheduled Entrance : Contoh nak masuk ke Madam Tussaud, atau Warner Bros Studio, eloklah beli ticket secara online. Kemudian masuk ini sahaja akan habis setengah hari (atau fanatik akan habiskan sehari). Kalau takat nak jalan-jalan dan selfie, tak perlu masuk pun.
.
Alternative travel in London adalah menaiki Hop On Hop Off. Beli online dapat murah sikit (tapi tidak la juga murah jauh). Selain itu, cuba naik tube. Sebab kadang-kadang trafik di London agak teruk. Naik tube pun selesa juga, dan sihat sebab kena berjalan kaki.
Untuk Shoppers : Bagi aku London ni memang syurga la nak shopping. Tapi jangan terpedaya juga murah tidak semestinya mampu milik. Cuma beringat masa beli, jangan bawa balik excess luggage allowance. Sayang weh duit.
Bajet flight : Cari ticket murah ke London Heathrow return. Biasanya MATTA banyak juga ticket murah ke sini. Beberapa hari lepas aku tengok ada di Stansted.
Bajet ground : Dalam RM4,000 seorang. Tapi kalau group minimum 4 orang, maybe boleh dapat RM3,500 seorang. Aku rekomen yang pakej yang ini.
2. Scotland Best 7 Hari
+++++++++++++++++
Yang ini biasanya untuk yang sesiapa yang dah puas menjelajah ke tanah besar Inggeris, ini adalah jawapannya. Spend terus 7 hari disini. Jangan fikir banyak. Ada orang tanya apa yang nak dibuat selama itu. Aku share itinerary sikit ya.
.
Day 1 : Edinburgh Day Trip, Livingston Designer Outlet (ada orang suka bangunan tua, akan stay 2 hari. Cuma penginapan disini mahal sikitlah)
Day 2 : Loch Lomond, Glencoe dan Fort William (tidur disini)
Day 3 : Loch Lorchy, Fort Agustus dan boleh lajak ke Urquhart Castle (summer), Loch Ness
Day 4 : Stirling dan St Andrews
Day 5 : Glasgow Day Trip (Ini sampai ajak2 la aku minum.. Hehe)
Suasana Scotland lain benar dari London. Ia bukanlah kota metropolitan. Ia lebih tenang dan orangnya lebih peramah. Cuma cuaca agak sejuk sebab angin utara. Scotland kekuatannya adalah pada alam semulajadi dan dinobatkan sebagai negara tercantik di dunia pada tahun 2017. Go for nature!
Entrance fee : Kebanyakan tempat, museum dan alam semulajadi adalah percuma. Yang meminati istana, Edinburgh Castle (£17) dan Stirling Castle (£12). Ada juga tandas berbayar, tapi kebanyakan tempat tarikan adalah percuma. Jimat wei.
Travel in Scotland : Kalau ke bandar Glasgow atau Edinburgh, public transport tidak mengecewakan. Tapi kalau ke Highland (kawasan nature) lebih baik kita amik chartered service transport. Sebab sini agak jauh, gelap. Aku check perkhidmatan Uber pun tak ke sini. Hahah. Check dahulu perkhidmatan bas atau train.
Untuk shoppers : Edinburgh boleh singgah di Princess Street dan on the way ke Glasgow, boleh singgah ke Livingston Designer Outlet (disini terbukti kasut Skatches jauh murah dari London). Di Glasgow, shopping di Buchanan Street atau Sauchiehall Street.
Bajet flight : Turun di airport Glasgow atau Edinburgh. Sekitar RM2,500
Bajet ground : Yang ini anggar sahaja RM2500 seorang tidak termasuk makan. Kalau 7 orang dalam trip, sorang dalam RM2000 sahaja. Aku sudah simplifykan pakej serendah RM1999 pun disini.
.
3. Amsterdam, Brussels dan Paris
++++++++++++++++++++++++++
Ini adalah negara Eropah wajib lah untuk orang kita. Kedudukannya yang berhampiran dengan London, memudahkan kita datang dengan train, ferry atau dengan private trip sahaja.
Cuma satu aku harap, janganlah kau travel dari Amsterdam ke Paris dalam masa 3 hari sebab jaraknya sahaja lebih 500 kilometer, macam KL ke Perlis la kot. Lebih lagi kau tiba/pulang dari airport London, kena ambil kira juga jadual perjalanan pergi balik.
.
Day 1 : Giethoorn, Batavia Designer Outlet
Day 2 : Zaanse Schan, Volendam
Day 3 : Amsterdam Day Trip
Day 4 : Brussels Day trip. Lepas lunch boleh gerak ke Paris terus
Day 5 : Eiffel Tower, Luvre Museum, Notre Dam, Grand Mosque
Day 6 : Arch De Triomphe, Champs Elysees
Suasana di bandar Amsterdam dan Paris agak berbeza. Personally aku lebih suka Amsterdam. Bandar yang tenang, struktur bangunan yang tidak sama tinggi di tebing terusan. Tunggu waktu malam, ia lebih gemerlap. Memang terasa vibe di bandar ini. Tapi parking di Amsterdam sehari boleh cecah EUR30 okeh!
Brussels pula cuma terkenal dengan Grand Place dan patung kencing Menneken Pis, Atomium. Paris lebih serabut berbanding keduanya. Trafik teruk, pick pocket banyak, hancing pun merata. Mungkin ini mata aku sahaja, tapi Paris bagi aku bukanlah city of love. Pening je aku rasa pergi Paris. Mujur Eiffel Tower itu tetap memukau.
Travel in Amsterdam : Public transport tiptop. Beli day pass pun sudah okay. Geithoorn agak jauh dari city, jika kita naik private trip pun lebih selesa. Brussels simple sahaja asalkan kau sampai ke Grand Place.
Setel. Di Paris, metro dan train juga sangat efficient. Tapi aku tidak berapa suka trafik dia yang sesak, jalan sempit dan boleh tahan juga garang pemandu disini.
Untuk Shoppers : Ini ada melambak pilihan. Batavia Outlet, Amsterdam City, Champs Elysees, La Fayatte Gallerie, La Valle. Sedia duit je lah.
Bajet flight : Turun di Amsterdam dan pulang dari Paris. Atau sebaliknya. Ada juga orang datang melalui London, cuma kena ingatlah London ke Paris tu bukan dekat. Makan juga sehari perjalanan. Kita bajet flight dalam RM2500.
Bajet ground : Amsterdam lebih mahal dari segi penginapan. Jadi duduk luar sikit pun tidak mengapa. Tidak perlu menginap di Brussels. Tidur sahaja di Paris. Aku prefer area Torcy dan bukan Zone 1-3 yang payah yakmat nak cari parking.
4. Iceland 7 Hari
+++++++++++++
Iceland bagi aku sangat unik dan pengalaman yang mesti dirasai oleh semua orang. Sekali lagi, jangan bandingkan dengan London atau mana-mana bandar besar, Iceland adalah juara untuk cuaca ekstrim yang ada volcano dan glasier bongkah batu besar.
Kuasa Tuhan, bila api dan air ada di tanah yang sama. Overall, Iceland adalah negara yang ada pemandangan spektakular luar biasa.
Day 1 : Golden Circle (Thingvelir, Geysir, Gulfoss) Kerid
Day 2 : Seljalanfoss, Skogafoss. Kalau kau larat menapak 8km, singgah di Plane Wreck (bagi aku its overrated je.. Haha)
Day 3 : Jokulsarlon, Skaftafell, Diamond Beach (Aurora ko boleh cari disini je. Tak payah nak hunting bagai)
Day 4 : Dyhorley, Reynisfjara Black Beach
Day 5 : Reykjavik Day Trip. Belikan aku Tshirt HRC selai 🙂
Day 6 : Blue Lagoon dan Reykjanes Peninsula Region
Suasana Iceland ini agak ekstrim. Setahun cuma ada 4 bulan musim panas dan 8 bulan winter. Tiada spring, tiada autumn. Ketika summer siang panjang hampir 24 ada matahari, dan pada winter siang pendek, berangin, salji dan sejuk.
Berjalan di Iceland ibarat berjalan di padang luas, tiada tumbuhan atau pokok tinggi. Dari kejauhan pula akan kelihatan gunung2 dilitupi salji dan glasier. Rare view lah.
Mencari Aurora : Aurora ini sangat bergantung kepada cuaca. Ia mesti dalam keadaan gelap tanpa awan dan KP aurora agak tinggi. Ia tidak boleh diramal terlalu awal, seperti cuaca yang lain juga ia tidak menentu. Rezeki masing-masing.
Travel di Iceland tiada lain kecuali drive kenderaan, MPV atau bas chartered.
Untuk Shoppers : Eh ke gila kau semua tempat ko nak shopping. Mahal weh sini.
Bajet flight : Tiada flight direct dari Malaysia. Ada beberapa option orang buat seperti KL-London-Reykjvik atau KL-Scotland-Reykjavik. Aku selalu juga tengok orang beli ticket flight dari Singapore (lebih murah) dan turun di negara Scandinavian yang lain seperti Copenhagen atau Oslo. Sebab itu ticket flight boleh mencecah RM4,000 dari KL ke Reykjavik. Jauh weh. Mahal la.
Bajet ground : Iceland semua mahal, kau nak masuk toilet pun kena bayar (siap terima kad kredit). Biasa aku tengok orang bajet dalam RM4,000 ke RM5,000. Makan eloklah masak sendiri. Nak makan kat restaurant orang hado-hado boleh lah. Aku ada share trip ke Iceland disini.
5. Central Europe (3 Negara cukuplah!)
+++++++++++++++++++++++++++++
Kalau mahu tengok budaya sebenar Eropah, datanglah ke sini. Budaya Eropah, bahasa malah matawang pun berbeza. Dan disini kalau kau gali, sejarah Islam Uthmaniyah pun boleh nampak selepas ia kalah dalam perang dengan Eropah. Pun begitu highlight trip sebenarnya pada kecantikan alam semulajadi Banjaran Alpine.
.
Day 1 : Prague (Prague Castle, Charles Bridge, Old Town, Astronomical Clock)
Day 2 : Travel to Budapest. Budapest at Night
Day 3 : Budapest Day Trip (Buda Castle, Fisherman’s Bastion, Parliament Building & Hero’s Square)
Day 4 : Trip to Vienna, Vienna Day Trip
Day 5 : Trip to Salzburg, Salzburgh Day Trip. Konigsee
Day 6 : Hallstatt Day Trip. Hallstat ni adalah tasik yang sangatlah cantik dan kampung di tepi tasik ini adalah warisan dunia UNESCO. Austria memang
Day 7 : Grossglockner High Alpine Road / Zell Am See
Bagi aku suasana Eropah memang unik dengan bangunan lama, castle dan gereja. Kalau mahu bayangkan zaman kegemilangan Eropah, disinilah tempatnya. Di Prague, Budapest dan Vienna khususnya. Untuk Salzburgh lebih kepada kelebihan alam semulajadi bila kita kembara di pergunungan tinggi Alpine.
Bahasanya pun setiap negara berbeza (Budapest = Magyar, Austria = Bahasa German, Prague = Bahasa Czech). Ia bandar yang santai tidak serabut.
Untuk Shoppers : Hard Rock Cafe collectors ada di Budapest, Vienna, Prague. Aku kurang gemar untuk shopping disini kerana aku rasa ia lebih mahal dari London atau Paris (aku mungkin silap)
Mode of travel : Sama ada self drive atau gunakan public transport. Train dan bus juga sangat efficient.
Bajet flight : Biasanya flight boleh kita bajet RM2.8K. Biasanya transit di Amsterdam / Frankfurt sebelum ke Prague. Anyway, trip ini boleh sahaja bermula di Munich jika kita mahu.
Bajet ground : Yang ini agak susah juga nak buat direct calculation sebab matawang berbeza. Tapi dalam RM4,000 pun sudah cukup untuk trip selama seminggu.
Anyway, aku ada buat catatan itinerary penuh untuk 9 hari disini.
Cukuplah dulu. Panjang gila ringkasan yang aku buat. Ringkasan apanya kalau panjang berjela. Nanti aku sambung siri dua. Mungkin Portugal, Spain atau negara Scandinavia. Swiss & Italy pun boleh juga. Nantilah.
Yang penting kau dapat manfaat dan boleh jadikan panduan. Eropah ini luas sangat sebenarnya. Kita mulakan satu, di masa hadapan kita ada peluang lain.
Yang penting adalah fulusnya. Mana ada yang murah di Eropah. Memang tabung maha gemuk mesti ada.
Insyallah, nanti aku sambung lagi catatan panduan kembara Eropah ke siri seterusnya. Jumpa lagi.
Catatan tour leader ohsem
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland