You are currently viewing Syoknya Sehari : Jalan Jalan ke Paris, Perancis. Merasai Kota Cinta

Syoknya Sehari : Jalan Jalan ke Paris, Perancis. Merasai Kota Cinta

Ramai yang bertanya mahu ke Paris. Alang-alang dah sampai Eropah. Tapi tidak mahu lama-lama. Jadi bolehkah Paris dinikmati dalam masa sehari ? Semestinya, jika rasa cukup dengan trip touch and go, isipati Paris dalam 1 hari dari pagi sampai ke malam. Jom kita sembang cara jalan jalan ke Paris dalam masa sehari.

Bangun pagi, berus gigi dan mandi. Jangan lupa solat subuh. Atur masa untuk breakfast dan mula nikmati Paris seawal jam 9.00 pagi. Ini adalah peta kita untuk hari ini. Kita mulakan dengan Notre Dame.

Masa yang diletakkan hanya cadangan sahaja. Kalau nak jadikan setengah hari pun, sukahati masing-masing.
Masa yang diletakkan hanya cadangan sahaja. Kalau nak jadikan setengah hari pun, sukahati masing-masing.

0900 : Notre Dame

Datang la waktu pagi. Sure lengang. :) Jambatan atas tu kalau nak naik berbayar.
Datang la waktu pagi. Sure lengang. 🙂 Jambatan atas tu kalau nak naik berbayar.

Antara tempat paling popular menarik 10 juta pelancong setahun ke Paris. Ia adalah antara gereja (cathedral) yang tua di Eropah yang dibina seawal tahun 1163 dan mengambil masa selama 182 tahun untuk disiapkan pada tahun 1345. Selain melihat senibina Gothic, lokasi Notre Dame yang berada di Sungai Seine  juga menarik hati.

Nak masuk ke gereja ini percuma sahaja, dan dikenakan bayaran  €8 untuk naik ke menara. Jika ada Paris Pass, ianya percuma.Dibuka dari pagi la kot. Aku pun tak sure sangat. Masa ini masih lengang, orang pun masih tidur (mungkin).

Dimasa-masa lain, biasanya beratur panjang, sampai nak ambil gambar pun menjadi tidak selesa. Sedang berselfie tiba-tiba ada kepala orang kat belakang masuk dalam gambar. Haishh…

Dalaman Notre Dame
Dalaman Notre Dame

1035 : Holy Chapel

Yang ini maybe kurang popular di kalangan orang Malaysia, tapi berbaloi la nak lawat. Jalan kaki je dari Notre Dame dalam 5 minit berjalan kaki. Masuk dikenakan bayaran  €8.

Yang istimewa tentang Holy Chapel ni adalah senibina dinding yang berasaskan kaca. Dikatakan ketika pancaran matahari pagi, memberikan kesan cahaya yang sangat cantik. Kredit : Trip omatic

Aku pun sebenarnya tak pernah pergi waktu pagi masa ada matahari. Dulu aku datang winter, matahari masih menyorok.

1150 : Louvre Museum

Yang ini popular la kot di kalangan orang Malaysia. Muzium yang berbentuk piramid kaca. Kalau larat dari Holy Chapel sekitar 1km berjalan kaki sambil tengok kedai-kedai baru buka. Louvre Museum ni tersimpannya banyak koleksi sejarah dan yang paling popular adalah potret wajah wanita bernama Monalisa karya Leonardo da Vinci.  Tiket masuk kalau tidak silap adalah  €12.

Aku terpesona tengok piramid di dalamnya seolah seperti petir berwarna merah. #mudahterhibur. Kredit photo : Azhari Abas
Aku terpesona tengok piramid di dalamnya seolah seperti petir berwarna merah. #mudahterhibur. Kredit photo : Azhari Abas

So dalam tengahari, bolehlah berhenti cari makan.  Silakan. Tapi kalau mahu agak-agak romantik, bawa bekal je dan makan di taman seterusnya.

1435 : Tuileries Garden

Dalam bahasa French adalah Jardin des Tuileries. Ia adalah taman istana pada tahun 1563 sebelum dibuka kepada awam ketika zaman Revolusi Perancis. Kalau dah nama taman istana, tentulah rekaannya cantik.

Areal view. Entah dari mana wikipedia ambil gambar dari atas ni..Lawa pulak aku tengok.
Areal view. Entah dari mana wikipedia ambil gambar dari atas ni..Lawa pulak aku tengok.

Cukup menenangkan. Masuk percuma. Taman ini terletak antara Louvre Museum (jalan kaki sekitar 15 minit) dan Place de La Concorde. Tempat yang cantik untuk ambil gambar!

1510 : Place de La Concorde

Tempat ni macam Dataran Merdeka la lebih kurang. Dataran ini popular sebab ketika zaman revolusi Perancis, dimana kepala Louis dan Marie Antoinnette dilakukan disini bersama dengan lebih 2,000 orang menggunakan alat penggal kepala yangbrutal, guillotine. Sekarang ni tempat ni dah cantik, diletakkan tugu-tugu kepala wanita di penjuru dataran ini menandakan 8 bandar terbesar di Perancis.

paris15

Place de La Concorde kira-kira 500 meter dari Tuileries Garden. Ia juga merupakan permulaan kepada Champ Elysess, jalan raya paling popular Paris dimana letaknya banyak butik dan outlet berjenama.

1550 : Grand Palais

Dari Place de La Concorde, berjalan sepanjang Champ Elysees. Kalau ada duit singgah beli Prada ke LV dan sebagainya. Champ Elysees ni panjang jalannya, kalau duit banyak tak terasa la jauh tu. Jalan sehingga berjumpa Grand Palais (Grand Palace), muzium yang mempunyai atap kubah kaca terbesar di Eropah. Bayaran masuk  €12.

paris16

Dari sini, boleh pilih dua arah destinasi. Jika terus berjalan sepanjang Champ Elysees akan bertemu dengan monumen kemerdekaan Perancis, Arch de Triomph. Yang ini monumen yang popular juga. Tetapi untuk menjimatkan masa, saya mengsyorkan terus menghala ke Eiffel Tower.

arc
Penghujung Champ Elysees akan jumpa Arch de Triomphe. Mana tugu kemerdekaan la lebih kurang.

1625 : Alexander Bridge

Kira-kira 5 minit dari Grand Palace, akan bertemu dengan jambatan ikonik ini yang menyambung ke Eiffel Tower melalui Sungai Seine. Kat sini ambil lah gambar sampai lebam. 🙂 Kalau dah puas, jalan kira-kira 20 minit menghala ke Eiffel Tower sambil posing maut sebelah sungai.

Kredit photo : Wikimedia
Kredit photo : Wikimedia

1705 : Eiffel Tower

Rasanya ini adalah tempat tarikan pelancong nombor 1 di Paris. Menara besi rekaan Gustave Eiffel ini sangat popular, sehinggakan terpaksa beratur panjang. Tidak perlu dihurai panjang, tetapi kelipan lampu Eiffel Tower setiap jam pada waktu malam, memang mengkagumkan. Struktur dibina pada tahun 1889 ini memang dalam kelas seperti Statue of Liberty di New York atau Taj Mahal di India.

Masa ini cuaca cantik. Matahari menyinar. Nak bergambar memang sesuai. Tapi ada masa berawan, hujan dan berkabus.
Masa ini cuaca cantik. Matahari menyinar. Nak bergambar memang sesuai. Tapi ada masa berawan, hujan dan berkabus.

Berbaloi, sekali seumur hidup naik ke puncak menara ini. Bayaran naik lift ke puncak adalah  €13. Alternatif, naik tangga ke floor 1 & 2 cuma  €4 sahaja. 🙂 Kalau larat mendaki, kemudian baru sambung naik lift ke menara.

paris2

Ia merupakan pengalaman yang indah. Ia menggambarkan Paris yang sangat romantis. Ini adalah tempatnya.

Setiap sejam Eiffel Tower kan ada glittering light. Setiap jam 8,9 dan 10 malam. Awal atau lewat selepas itu aku tak pasti.
Setiap sejam Eiffel Tower kan ada glittering light. Setiap jam 8,9 dan 10 malam. Awal atau lewat selepas itu aku tak pasti.

1910 : Cruise Sungai Seine

Jika ada kelapangan masa, di depan Eiffel Tower ada perkhidmatan bot untuk cruise melusuri Sungai Seine. Jika ada Paris Pass, ianya adalah percuma.

paris18
Foto kredit : Wiki

// Trip ini sesuai untuk kembara solo dalam kumpulan kecil yang mahu bercuti Paris dalam 1 hari . Tidak sesuai kembara bersama orang tua dan kanak-kanak. Bas Hop On Hop Off mungkin lebih sesuai tetapi kos agak mahal.

// Semua perjalanan ini boleh dilakukan dengan menaiki public transport sahaja. Ambil sahaja day pass mobilis  €7 sehari untuk perjalanan tanpa had. Panduan pengangkutan awam Paris klik disini. Masa yang lawatan adalah cadangan sahaja, terpulang kepada preference masing-masing.

// Kalau ada hari kedua, mungkin boleh pertimbangkan ke Disneyland Paris!

Selamat beromantika!

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.

***************************************************************************************************************************

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply