Ini adalah undang2 perniagaan yang pertama.Tidak kira sama ada produk anda dipasarkan secara online atau offline, basic principle tetap anda perlu patuhi. Ini bagi menjadi produk anda mendapat tempat dan dapat menembusi pasaran. Sama ada produk anda fizikal atau digital, same rule applies.
1. Memenuhi permintaan pelanggan
Pastikan produk atau perkhidmatan anda memenuhi keperluan pelanggan. Produk@perkhidmatan perlu memenuhi apa yang dikehendaki oleh pelanggan dan bukannya memenuhi apa yang diperlukan oleh pengeluar!
2. Memenuhi citarasa pelanggan
Citarasa berbeza mengikut pelbagai faktor demografi@geografi. Sebagai contoh warna biru adalah sesuai utk lelaki manakala warna pink sesuai utk wanita. Lakukan sedikit kajian citarasa dalam pengeluaran produk anda.
3. Mampu dibeli
Penentuan harga juga dapat membantu jualan anda. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Terlalu mahal, orang fikir 2 kali untuk beli. Terlalu murah menimbulkan persepsi produk anda 2nd class atau lower quality. Gunakan strategi penentuan harga.
4. Ada jaminan kualiti dan kuantiti
Pastikan produk berkualiti. Kalau boleh produk disokong pengeluarannya oleh badan2 yang terlibat. Contohnya, anda mengeluarkan makanan kesihatan, mungkin boleh dapatkan kelulusan dari untuk logo halal dan dari Kementerian Kesihatan. Satu lagi perkara, anda kene pastikan volume pengeluaran anda. Takut2 demand lebih dari supply. Reputasi agak bercalar kalau tak boleh nak deliver.
5. Persembahan menawan
Muka kene cantik! Alah.. semua orang nak tengok yang cantik2 ye tak ? Impression tu mesti ada.
6. Mudah diperolehi
Semakin tinggi taburan produk dan perkhidmatan anda, semakin senang orang nak membeli@mencuba. Distribution channel mesti ada.
PERINGATAN! Jangan skip peraturan ini, bagi menjamin pemasaran yang berpanjangan!