You are currently viewing Tawaran Pembeli Pertama Buku Lost in Sekutland 2

Tawaran Pembeli Pertama Buku Lost in Sekutland 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Semoga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Hari ini 7 April 2020, sudah 21 hari kita duduk berkurung di rumah. Memang kena ingat tarikh ini sebab kita masih dapat bertahan.

Tapi saya nak share juga pentingnya hari ini. Sebab hari ini merupakan HARI TERAKHIR untuk membuat pesanan pre-order buku Lost in Sekutland 2 Dengan Promosi Terhad.

Saya cukup terharu dengan sokongan semua. Sepanjang 10 hari saya menerima pesanan, tidak kurang juga ramai yang tampil untuk menyumbang dan berbuat amal melalui infaq buku. Mereka beli buku untuk disumbangkan kepada yang memerlukan. Tidak kira berapa jumlah sekali pun, saya rasa tersentuh sebab saya belum pernah mengendalikan sumbangan seperti ini.

Ia membuka mata saya, bahawa cara menyumbang yang baik adalah dengan menyebarkan ilmu. Dan kalau ilmu yang bermanfaat dan diamalkan sudah menjadi satu jariah pula. Betapa indahnya.

Apa pun, ini semua adalah urusan Tuhan untuk menggerakkan hati setiap dari kita. Saya hanya mampu doakan setiap kebaikan itu mendapat balasan yang besar oleh Yang Maha Esa.

Sekiranya masih ingin membuat tempahan, promosi akan terus dibuka sehingga tengahmalam ini. Dengan promosi terhad ini akan menerima buku bertandatangan, poskad dan juga langganan keahlian travel selama setahun percuma. Buku hanya berharga RM25 sahaja tidak termasuk pos.

Semua tempahan boleh dilakukan dipautan 



https://bit.ly/2w2oToW

TRAVEL & TOUR LEADING | EXPLORATION | EXPEDITION

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply