You are currently viewing Tips Ringkas Sebelum ke Kashmir

Tips Ringkas Sebelum ke Kashmir

(Tak lah ringkas sangat, cukup panjang. Baca sambil makan kuaci.)

Sebelum ramai yang tanya selamat ke tidak. Memang dah berpuluh tahun wilayah itu jadi perebutan India, China dan Pakistan. Bagi aku, selamat je.

Aku nak share some info berguna bagi sesiapa nak ke Kashmir. Penat juga aku baca macam-macam sumber maklumat.

Aktiviti : Apa nak buat kat sana.

1. Naik Shikara. Bot bawa pusing Dal Lake. Aku tengok aktiviti ini sentiasa di ranking teratas paling popular. Selain Dal Lake, ada juga di Manasbal Lake di Sonamarg. Aktiviti antara sejam ke 2 jam. Dan bayaran sekitar RM10 (INR180)

2. Gondola dan Cable Car Gulmarg ini paling disukai pada bulan Mei. Tapi kita nak cari snow, datang pada bulan Februari atau Mac. Pemandangan cantik melihat pergunungan diliputi salji.

Ada 3 peringkat dari Gulmarg ke Kongdoori, Anpharwat Peak menaiki cable car. Dan naik ke Mary Shoulder menaiki chair lift. Ia dibuka antara pukul 10 pagi hingga 5 petang, setiap hari.

Harga tiket naik berbeza ikut peringkat antara RM33 – RM50. Murah. Berbanding naik Titlis kat Swiss yang cecah RM480 tu.


3. Menginap di Houseboat

Ini antara pengalaman yang paling ikonik di Kashmir. Menginap di rumah bot di Dal Lake. Ada banyak bot, cuma tidak semua ada emudahan yang memuaskan. Pandai-pandai pilih ya.
.
4.Tulip Garden Indira Gandhi selalunya antara pertengahan Mac dan Mei. Yang di Istanbul tu kecil sahaja, di Keukenhauf pun boleh tahan. Tapi di Kashmir adalah taman tulip yang terbesar di Asia.
.
5. Sejarah Kashmir. Bagi yang suka sejarah macam aku, sejarah itu yang uniknya sesuatu tempat. Orang kata, bila kita kenal sejarah, kita dapat menghargai apa yang ada sekarang. Hidup lebih bermakna.
.
Bagi yang tak berminat dengan sejarah, jalan-jalan je lah di pekan Srinagar tu cari kain kashmiri atau pergi makan.
.
Ada banyak lagi aktiviti lain seperti di Pahalgam dan Sonamarg. Tapi itu cerita lain kali.

Transport : Macam Mana Nak Sampai Kashmir?
.
Udara : Dari Malaysia, terbang ke airport Delhi atau Amritsar. Paling senang, selesa dan cepat. Penerbangan ada banyak khususnya dari Delhi. Indigo, Spicejet, Vistara dan Air India Express. Kalau dari Amritsar, penerbangan cuma 2 kali sehari. Harga tiket sekitar RM600 untuk flight domestik.

Train : Stesen Jammu Tawi berada 330km dari Kashmir. Malas nak cerita lelebih, boleh bayangkan berapa jam ambil masa guna jalan biasa.

Memandu : Ya. Ada jalan NH1 dan NH44. Melainkan korang nak explore India on road, aku suggest tak perlu buang masa. Jauh woih!

Cuaca : Bila masa terbaik ke Kashmir?

Suhu sekitar 15° – 30° ketika musim panas dan musim bunga, walau pada malam hari boleh jadi sejuk sangat.

Ketika musim luruh suhu turun ke 20° dan selepas malam suhu boleh mencecah 0°.

Masa winter, main salji sekitar 0° tapi tak pernah cecah lebih 15°.

Favourite Season : Datang antara Mac dan Oktober antara musim bunga, panas dan luruh. Tapi aku tak minat sangat panas.

Kalau datang musim bunga, ada tulip garden bunga sedang merekah kembang berseri. Datang musim luruh, cuaca kekadang sangat sejuk, seolah-olah winter.

Selain Korea dan Jepun, orang Malaysia datang bulan winter nak main salji. Kashmir lebih murah dari negara-negara matahari terbit tu.

Travel Tips dari ID.

1. Bawa baju sejuk. Walau pun musim panas. Jumper atau hoodie sekurangnya.

2. Kalau musim puncak, book penginapan awal. Penginapan biasa dah dibook awal-awal oleh travel agen, kalau lambat lokasi penginapan maybe kurang cantik sikit.

3. Bawa ubatan sendiri. Aku risau juga nak ke Kashmir lepas tengok video India Street Food. Nasihat kawan, jangan kau cuba-cuba makan tepi jalan. Nanti terus jumpa jalan ke hospital nanti. Perut kita nipis, tak sama dengan dorang.

4. Jika datang musim luruh, pergi petik apple. Banyak dan melambak-lambak. Manis pula tu.

5. Gunakan local guide yang berlesen sahaja. Dan pastikan ada tour leader yang kacak teman sepanjang perjalanan. Ehem
.
6. Tak perlu bawa cash banyak-banyak.

Panjang pula dah aku tulis ni. Cuma sebelum stop, bagi aku Kashmir yang terkenal ini berbaloi untuk datang. Kos all in termasuk flight sekitar bawah RM5K, harga yang masih mampu pergi standard rakyat Malaysia.
.
Nanti aku sambung cerita lagi.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Land of Simplicity
But Unimaginable Beauty
Kashmir, India
.
Nota : Update trip akan datang aku letak kat Channel Awesome Nomad Trip. Link disini

https://m.me/j/AbYy64Dhm-ec6pLQ/

#awesomenomad #tourleaderlife #idjalanlagi #projektourleader #nomadtravelmalaysia #ID&Kashmir #catatankembaraid

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply