Perniagaan Yang Belum Diteroka

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kalau anda sudah baca berita hari ini, berikut adalah fakta yang menarik yang dipetik dari Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung :

11.7 billion SMS dihantar antara Januari dan Mac 2007
– Pengguna telefon bimbit mencecah 20.8 juta dengan purata SMS dihantar adalah 563 dalam tempoh tersebut.
– Berbelanja ke arah SMS hiburan menjadi sesuatu perkara yang membimbangkan

Tidak menghairankan kerana manusia suka berhibur.

Jadi kalau ada anak-anak yang membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk hiburan SMS, jangan salahkan anak-anak. Atau adakah sebenarnya orang yang suka berhibur ini adalah orang dewasa? 🙂

Sebenarnya bisnes SMS ini terlalu tertumpu kepada perniagaan berbentuk hiburan sehinggakan seolah-olah tidak nampak apakah model perniagaan yang lain. Cuba fikir sejenak :

1. Maybank2U menggunakan SMS sebagai nombor TAC keselamatan
2.  Polis menggunakan SMS untuk Rakancop
3. JKR menggunakan SMS untuk Sistem Aduan
4. Memeriksa Saman Kenderaan
5. Sistem SMS Bersepadu Dr Tuah

Adakah aplikasi ini suatu hiburan? Tidak. Aplikasi ini memang aplikasi yang digunakan oleh orang dewasa.

Tetapi fakta yang menarik yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah lebih 70% telefon bimbit dimiliki oleh orang dewasa dan belia!

Jadi mengapa tidak tumpukan kepada perniagaan SMS yang mempunyai jumlah pengguna yang lebih besar ? Mungkin disebabkan skop pandangan kita yang terlalu kecil yang melihat industri hiburan semata-mata sehingga terlupa peluang yang lebih besar.

Kalau anda tengok kedai makan, rata-rata menawarkan makanan yang sama. Goreng-goreng yang sama. Seolah-olah tiada resepi atau citarasa baru! Atau cuba lihat perniagaan cyber cafe yang rata-rata menawarkan online gaming untuk tarik perhatian kanak-kanak untuk datang bermain.

Bahkan dalam seminar perniagaan SMS, saya terpaksa ‘memancing’ minat dengan perniagaan SMS hiburan. Tetapi sekiranya ada yang sedar, saya ‘putarkan’ supaya lebih ramai menceburi perniagaan SMS untuk golongan pasaran yang lebih besar. Terpaksa! Lupakan hiburan seketika…
Mungkin ramai yang tiada pengalaman atau pengetahuan, menyebabkan industri perniagaan ini seolah-olah hanya dalam ruang lingkup bisnes hiburan sahaja. Tetapi saya percaya, berikan sedikit masa. Senario ini akan berubah. Biasanya kalau berhibur ini, ada masanya akan jemu dan bosan.

Maka manusia akan berubah angin pula ke hiburan yang lain.

Itulah manusia!

p/s : Penyertaan Seminar SMS masih dibuka dan masih terdapat beberapa tempat kosong yang terhad. Daftar Sekarang di sini!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply