Kalau anda dah gali lubang…

30 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kalau anda sering mengunjungi blog saya, tentunya anda terperasan bahawa jarang sekali blog ini dikemaskinikan sepanjang bulan November. Balik-balik post lama je kan.

Sekarang tidak lagi!!!! Selama 3 bulan saya bergantung harap dengan talian internet dial-up, merangkak-rangkak, tetapi sejak semalam Celcom Broadband dah ada coverage. Alhamdulillah. So saya boleh kembali aktif seperti biasa.

Post kali ini bercerita mengenai masa lampau, bercerita mengenai ‘lubang hutang’ yang telah saya gali..

Biarlah anda menjadi penggali lubang emas bermula usia muda dari penggali lubang hutang malang yang sudah tua !

Sepanjang 8 tahun saya bergelar usahawan sepenuh masa, rupa-rupanya banyak betul lubang yang telah saya ‘gali’ tanpa saya sedari. Mungkin 8 tahun dahulu saya tidak mempunyai asas yang kuat dalam personal financial menyebabkan keadaan semakin teruk.

” Sudah lah banyak lubang yang digali, saya pula terjun masuk ke lubang. Ada pulak orang datang, tolong timbuskan lubang tersebut ”

1. Saya memulakan perniagaan pada awalnya dengan ikhlas ibu saya dengan meminjamkan sejumlah RM10,000 untuk memulakan perniagaan. Nampak macam menyeronokkan, tetapi sebenarnya pertama kalinya, tanpa saya sedari saya telah mula menggali lubang saya sendiri!

2. Saya sempat bekerja di sektor swasta selama 6 bulan sebelum berhenti dari makan gaji dan mula berniaga. Sepanjang 6 bulan, saya mempunyai 5 kredit kad dan setiap satunya sekarang mempunyai kredit limit sekitar RM7,000 - RM15,000!

3. Wang keuntungan dibelanjakan bukan untuk membeli aset ( dah tentunya tukar kereta, upgrade sport rim, atau seumpama dengannya)

4. Mempunyai tabungan konsisten setiap bulan, tetapi secara konsistennya juga membelanjakan tabungan !

5. Tidak membayar sebarang hutang yang mempunyai interest yang berterusan terlebih dahulu (seperti kredit kad) sebelum membayar hutang-hutang yang tidak mempunyai interest (seperti loan pada ibu saya. Biasalah, anak beranak biasanya takde interest :) )

6. Tidak membuat pelaburan awal dengan wang yang ada. Sebaliknya wang mengalami inflasi mengurangkan kuasa beli pula. Dulu rumah sekitar RM150,000 sekarang sudah melonjak ke RM200,000!
Kesimpulannya, 3 tahun pertama saya berniaga, saya rasakan lubang saya terasa semakin dalam. Nak kata berniaga tak laku, tidak juga. Malah ada juga kontrak dan tender yang mencecah jutaan ringgit.

Memang dahulunya duit tidak terasa di tangan!

Anda fikir-fikirkan. Berapa ramai diantara kita yang mengalami masalah yang sama seperti saya.

Istilah berniaga ‘cukup makan’, cukup untuk bayar gaji staff, sewa utiliti dan sebagainya.

Untuk mengelakkannya, mudah sahaja. Anda jangan buat lubang seperti yang saya nyatakan diatas. Kalau nak buat lubang sekali pun, take a full control of credit or loan repayment.

Pastikan lubang anda semakin lama semakin ditutup tetapi bukan dengan menggali lubang baru :)

Jangan teruskan biarkan diri anda berada dalam… lubang!






Formula kejayaan mudah..

22 11 2007

Salam sejahtera pembaca blog,

Saya memohon maaf kerana selama seminggu saya meninggalkan blog ini tidak dikemaskini. Sebenarnya saya betul2 sibuk dengan urusan yang ‘lebih besar’. Saya rasa agak kecut perut kerana belum semua azam tahun ini saya dapat capai. Hampir tercapai, cuma memerlukan lebih usaha secara offline.

Anyway, satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini adalah Formula Kejayaan.

Kebanyakan dari kita terasa kejayaan tu seolah-olah jauh betul dari diri kita. Selalu kita lihat orang lain yang lebih hebat, sedangkan kita ni nampak macam BBA (biasa-biasa aje).

Sebenarnya semua orang telah mencapai kejayaan.Cuma kita tidak sedar atau kita tidak ukur @ tidak tahu ukur kejayaan tersebut. Ini penting kerana dengan mencapai sedikit kejayaan akan menjadi motivasi untuk kita terus berjaya.

“Kegagalan untuk mengukur tahap kejayaan, menjadi faktor utama kegagalan kerana kita terasa jauh benar untuk capai kejayaan yang kita mahukan “ 

Tidak kira dalam apa perkara. Contohnya apabila kita berniaga tetapi kita masih belum kaya, masih belum punyai duit bertan-tan, atau kereta mewah, atau hartanah yang berjuta, kita akan rasa kita gagal.Tetapi kita lupa sebenarnya banyak lagi cara mengukur kejayaan.

Mungkin diukur dari pertumbuhan pelanggan, mungkin dari pengurusan kredit, mungkin dari perkembangan produk, mungkin dari rangkaian perniagaan. Bukankah itu suatu pencapaian dan kejayaan kecil yang memberi motivasi ?
Dengan memberi penghargaan kepada pencapaian yang kecil itu lebih mudah untuk kita mengukur kejayaan. Dan yang paling penting, motivasi kita akan terus meningkat kerana walau sekecil mana pun pencapaian, kita akan terasa nikmatnya.

Pedulikanlah apa orang lain kata. Yang penting kejayaan itu milik anda, tiada siapa yang mampu untuk membawa lari kejayaan yang anda capai dari anda.

Lepas ni, jangan cakap yang anda tidak punya sebarang kejayaan.

” Fikir-fikirkan apa yang anda telah capai, dan menadah tanganlah anda bersyukur kerana tidak semua orang diberikan nikmat kejayaan yang anda telah capai ketika ini “






Back End Selling : Strategi Biasa Dalam Bisnes

15 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Satu perkara yang kita sering lupa, lebih2 lagi sebagai usahawan baru adalah teknik back end selling. Tak kira sama ada perniagaan internet atau perniagaan biasa, back end selling ada strategi yang biasa digunakan.

” Back end selling adalah menjual produk yang lain selepas menjual produk yang pertama kepada pelanggan yang sama. Dengan menjual produk back end dapat meningkatkan jualan antara 30% - 50%! “

Kalau anda pernah pegi makan di McDonald, mungkin selepas anda buat order anda, pelayan akan tanya “Encik nak tambah aiskrim? Nak tambah fries?”. Kadang-kala anda tak sempat berfikir panjang, dan terus berkata, “Ya!”. Ini meningkatkan jualan perniagaan mereka.

Atau kalau anda menghadiri seminar perniagaan atau motivasi, tentu anda perasan penganjur juga menjual produk yang lain seperti buku atau VCD kan? Jadi peserta seminar yang masih bersemangat, cenderung untuk membeli produk2 tersebut. Secara tidak langsung, penganjur mendapat 2 pendapatan sekaligus dalam sesuatu seminar.
Salah satu strategi pendaptan extra secara pasif adalah menciptakan sebanyak mungkin produk backend anda. Semakin banyak produk anda, semakin banyak anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda, maka semakin banyak jualan anda boleh lakukan.

” Lebih menguntungkan, produk backend anda hendaklah produk anda sendiri, yang anda hasilkan sendiri. Ini akan meningkatkan margin keuntungan dan memberikan jualan yang lebih.”

Boleh juga jualkan produk orang lain sebagai produk backend, tapi tentunya margin untungnya lebih rendah.

Ini adalah mengapa, seseorang usahawan yang bijak menyediakan begitu banyak produk backend selling sendiri. Anda bagaimana ?

p/s : Saya nak kluarkan produk VCD pula lah lepas ni .. Macam menarik je idea tu..






Perniagaan Yang Belum Diteroka

7 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kalau anda sudah baca berita hari ini, berikut adalah fakta yang menarik yang dipetik dari Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung :

- 11.7 billion SMS dihantar antara Januari dan Mac 2007
- Pengguna telefon bimbit mencecah 20.8 juta dengan purata SMS dihantar adalah 563 dalam tempoh tersebut.
- Berbelanja ke arah SMS hiburan menjadi sesuatu perkara yang membimbangkan

Tidak menghairankan kerana manusia suka berhibur.

Jadi kalau ada anak-anak yang membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk hiburan SMS, jangan salahkan anak-anak. Atau adakah sebenarnya orang yang suka berhibur ini adalah orang dewasa? :)

Sebenarnya bisnes SMS ini terlalu tertumpu kepada perniagaan berbentuk hiburan sehinggakan seolah-olah tidak nampak apakah model perniagaan yang lain. Cuba fikir sejenak :

1. Maybank2U menggunakan SMS sebagai nombor TAC keselamatan
2.  Polis menggunakan SMS untuk Rakancop
3. JKR menggunakan SMS untuk Sistem Aduan
4. Memeriksa Saman Kenderaan
5. Sistem SMS Bersepadu Dr Tuah

Adakah aplikasi ini suatu hiburan? Tidak. Aplikasi ini memang aplikasi yang digunakan oleh orang dewasa.

Tetapi fakta yang menarik yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah lebih 70% telefon bimbit dimiliki oleh orang dewasa dan belia!

Jadi mengapa tidak tumpukan kepada perniagaan SMS yang mempunyai jumlah pengguna yang lebih besar ? Mungkin disebabkan skop pandangan kita yang terlalu kecil yang melihat industri hiburan semata-mata sehingga terlupa peluang yang lebih besar.

Kalau anda tengok kedai makan, rata-rata menawarkan makanan yang sama. Goreng-goreng yang sama. Seolah-olah tiada resepi atau citarasa baru! Atau cuba lihat perniagaan cyber cafe yang rata-rata menawarkan online gaming untuk tarik perhatian kanak-kanak untuk datang bermain.

Bahkan dalam seminar perniagaan SMS, saya terpaksa ‘memancing’ minat dengan perniagaan SMS hiburan. Tetapi sekiranya ada yang sedar, saya ‘putarkan’ supaya lebih ramai menceburi perniagaan SMS untuk golongan pasaran yang lebih besar. Terpaksa! Lupakan hiburan seketika…
Mungkin ramai yang tiada pengalaman atau pengetahuan, menyebabkan industri perniagaan ini seolah-olah hanya dalam ruang lingkup bisnes hiburan sahaja. Tetapi saya percaya, berikan sedikit masa. Senario ini akan berubah. Biasanya kalau berhibur ini, ada masanya akan jemu dan bosan.

Maka manusia akan berubah angin pula ke hiburan yang lain.

Itulah manusia!

p/s : Penyertaan Seminar SMS masih dibuka dan masih terdapat beberapa tempat kosong yang terhad. Daftar Sekarang di sini!






Pakai Tie Boleh, Pakai T-shirt Pun Boleh ?

5 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Minggu lepas tidak berkesempatan untuk kemaskinikan blog ini. Sebenarnya saya dalam ‘kesusahan’ ketika ini. Ketika ini, rumah saya 200 meter terkeluar dari kawasan lingkungan perkhidmatan Streamyx, Celcom & Maxis Broadband pula tiada coverage. Jadi saya hanya bergantung kepada GPRS telefon bimbit saya atau talian ‘dail-up’ seperti kura-kura… Walaupun office cuma 5 minit dari rumah, tetapi saya lagi gemar buat kerja di rumah kerana saya dapati saya tidak ‘diganggu’ dengan urusan rasmi yang lain ….

Nak tak nak, kene juga pegi office, atau bertahan dengan perkhidmatan mana yang ada…

Pernahkah anda menghadiri temuduga ? Sekiranya pernah, apakah yang anda utamakan terlebih dahulu? Adakah penampilan anda, atau keupayaan anda untuk menjawab soalan temuduga ?

Saya teringat ketika mula-mula saya ditemuduga untuk jawatan sebagai engineer di sebuah bank 9 tahun yang lalu. Ketika menunggu giliran saya untuk ditemuduga, saya sempat bertanya mamat sebelah saya (ada 4 orang yang ditemuramah,3 lelaki sorang wanita), “Saudara ni datang interview jawatan apa ?”. ” Network Engineer”, jawab mamat tu.. jawatan yang sama yang saya pohon…
Tetapi apa yang buat saya bertanya (dah tekejut sikit) tengok pakaian dia macam ’selekeh’ je, pakai t-shirt, jeans dan kasut sniker je sedangkan saya ketika itu dah siap berpakai tie (cuma tak pakai kot je) dan kasut yang polish berkilat!

Saya jadi konfius… Boleh ke kita berpakaian macam tu ? Pada hakikatnya jawatan engineer tu memang la tak de pakai kemas2 sangat, tapi adakah jeans dan t-shirt boleh diterima ?

Di dalam seminar perniagaan seperti internet dan SMS, sekarang konsep kerja dari rumah di war-warkan dan mula diterima. Takkan pakai kot dan tie juga dirumah ye tak?

Anyway, itu pandangan saya dahulu. Sekarang saya sudah sedar bahawa imej yang dibawa oleh seseorang itu lebih penting dari apa yang dipakainya. Tetapi apa yang dipakai akan mewakili imej seseorang. Jadi ia berkait!

Imej dicipta dengan pelbagai ramuan seperti penampilan fizikal, pakaian, suara, tingkah laku, cara kita mengutarakan pandangan dan bagaimana kita bersosialisasi. Berpakaianlah mengikut imej yang kita mahu, dan bukan mengikut imej2 orang lain..

Hakikatnya sekarang, sama ada ada berkemeja, atau t-shirt,jeans atau bertali leher, tidak salah. Kuncinya perlu sesuai dengan imej yang kita bawa dalam sesuatu masa.

So tidak hairan, mengapa Azizi Ali berpakaian kot dan tie, manakala Irfan Khairi memilih untuk berpakaian simple dan kemas. Sedar atau tidak, apa pun yang lekat dibadan mereka, imej mereka tetapi tidak tercalar!

Kuiz Untuk Anda : Apakah imej yang anda ingin tampilkan dalam perniagaan anda? Santai atau serius ? Apakah pakaian anda sesuai dengan imej yang anda ingin bawakan ?

p/s : Saya sedang mencari imej yang tepat. Boleh kah anda bantu saya? Anda pasti dah tahu Akademisms.com dah bertukar imej @ baju baru. Apa pendapat anda? Sesuai tak imej tu dengan saya rasanya ? :)