Semoga amal diterima dan dosa diampunkan..

29 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila semua mula sibuk pulang ke kampung saya ingin menyampaikan hasrat yang sama. Mengambil keberkatan bulan Ramadhan dan Syawal pula akan menjelma, saya susunkan jari yang sepuluh :

p.s : Bagi pengguna Feedburner, sila pastikan image email anda diaktifkan untuk melihat image diatas.

p.p.s : Ramai telah pulang beraya, berhati-hati di perjalanan. Dont SMS and Drive!

p.p.p.s : Insyallah kita akan kembali aktif semula minggu hadapan. Keep updated dengan menyertai komuniti Twitter di http://www.twitter.com/irwandahnil

Jumpa lagi..






Seronoknya Berada Di Rumah!

24 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

1. Kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah sebelum Syawal menjelang. Ramai dari rakan2 yang tentunya telah banyak membuat persiapan untuk hari raya. Baju, kuih, perhiasan rumah. Sudah makin terasa kehadiran Syawal, bila ada dari kawan2 kita yang dah pun selamat sampai ke kampung!

2. Begitu awal mereka boleh balik ke kampung. Tak kerja ke ? Siapa yang jaga bisnes, kalau awal2 lagi dah balik kampung ?

3. Pada dekad ini, dengan ledakan teknologi memungkinkan kita melakukan perniagaan hanya dari rumah. Peluang yang wujud di zaman baru, gelombang berniaga dari rumah semakin kuat dan semakin diterima.

4. Bisnes dari rumah sememangnya dari dahulu dah wujud, tetapi ia sangat berbeza dengan sekarang. Bisnes dari rumah dahulu dilihat sebagai bisnes kecil-kecilan, modal yang terhad, tenaga kerja yang minima, dan jumlah jualan yang tak besar. Selain itu, perniagaan konvensional seperti gaya pos dan mail order masih lagi terbatas walau ia antara perniagaan yang berjaya.

5. Yang hebatnya, modal bekerja dirumah tetap rendah, tenaga kerja masih lagi minima, tetapi jumlah jualan telah melonjak jauh lebih tinggi! Jumlah pelanggan sangat luas termasuklah dari luar negara. Walau bekerja dari rumah, mereka telah melakukan perdagangan antarabangsa, malah ramai yang berasa seronok bila pendapatan perniagaan mereka dihitung dalam US Dollar.

6. Bentuk perdagangan juga bukan hanya terbatas kepada produk fizikal. Munculnya konsep produk digital, menyebabkan ia menjadi satu bentuk industri yang sangat unik kerana bole diistilahkan kos barangan dijual (cost of good sold) hampir zero!

7. Tidak pernah dalam sejarah perniagaan, berniaga tanpa sebarang direct cost! Kalau ada kos pun, ia adalah expenses iaitu belanja operasi, belanja upah, dan belanja pengurusan. Kalau anda pernah belajar perakaunan, cost of good sold (COGS) akan ditolak dari jualan kasar untuk sesuatu produk. Mungkin COGS boleh dimansuhkan dari sistem perakaunan selepas ini :)

8. Memang lain betul suasana bekerja dari rumah sekarang ini. Saya rasa inilah yang menjadi idaman semua. Duduk di rumah dan mendapat pendapatan secara profesional. Yang paling penting kualiti kehidupan semakin baik bila lebih masa dengan keluarga.

9. Apapun, sama ada anda kerja dirumah atau di pejabat, disiplin dan pengurusan masa tetap sama penting. Tiada kompromi.

10. Saya nak buat sedikit kajian tentang perniagaan SOHO. Kalau anda ada pandangan, tinggalkan komen dan kongsikan pandangan anda. Mungkin perkara dan isu tentang pembayaran cukai, pengurusan syarikat, belanja operasi, promosi dan masa dengan keluarga boleh dikongsikan disini. Mungkin ini dapat mengubah landskap perniagaan di Malaysia!

p/s : Bayangkan bile semua orang asik kerja di rumah! Seronoknye!






Ebook Lompat Si Katak Lompat…

16 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Bukan! Hari ini bukan cerita haiwan di zoo. Post hari ini, sekadar ingin memberi pandangan mengenai penghasilan ebook dan  perniagaan internet.

Perkembangan Ebook Di Malaysia..

1. Sejak 3-4 tahun lepas, kita dapat lihat betapa meriahnya industri internet marketing Malaysia. Secara spesifik (bukan ebook untuk pasaran antarabangsa), pelbagai bentuk ebook yang telah dihasilkan. Kita boleh lihat trend ebook yang dihasilkan bermula dengan bagaimana membuat duit dari internet, program2 buat duit internet, teknik affiliate, SEO, mailing list, pemasaran dan teknik perniagaan internet. Ini boleh kita panggil sebagai Fasa 1.

2. Kemudian industri ebook berkembang lagi. Dengan penghasilan ebook yg bukan hanya menumpu kepada perniagaan internet. Ia lebih general dan releven dengan masyarakat. Contohnya, ebook mengenai persediaan perkahwinan, ebook panduan menunaikan haji, ebook menghasilkan susu soya, ebook menternak kambing dan sebagainya. Saya sendiri menghasilkan ebook yang pertama mengenai SMS pada tahun 2006. Ini boleh kita lihat sebagai Fasa 2.

3. Kita sepatutnya berasa sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mengapa ebook mula mendapat tempat ? Kerana orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Mereka sanggup bayar untuk mendapatkan maklumat yang dirasakan berbaloi. Harga ebook pun paling kurang RM15 dipasaran Malaysia, sebenarnya mungkin lebih mahal dari buku yang ada di MPH atau Kinokuniya!

Lambakan Ebook | Topik Ibarat Katak Melompat ?

4.Tetapi adakah sekarang ini kita mengalami lambakan ebook ? Macam-macam ada! Bagi saya, belum lagi berlaku lambakan ebook, tetapi telah mula nampak trend lambakan ebook yang tidak berkualiti.

5. Di Malaysia, penulis ebook cenderung untuk menulis ebook seperti membuka pasaraya. Macam-macam topik ada. Kalau boleh apa sahaja pengetahuan si penulis ada akan dicatatkan dan dihasilkan sebagai ebook. Hari ini si penulis menghasilkan ebook tentang berkebun, esok pula tentang memasak, lusa pula tentang menjaga anak, dan tulat mengenai perkahwinan.

6.  Hasilnya, seorang penulis mempunyai ebook yang menulis pelbagai topik. Ibarat katak, melompat dari satu topik ke satu topik.

5. Bukannya tidak bagus, tetapi sebenarnya kita sebagai pembaca HANYA INGIN membeli ebook dari penulis yang pakar atau mereka yang benar-benar mempunyai kredibliti. Kita mesti beli dari penulis yang boleh dipercayai, yang mempunyai fakta dan kepakaran. Orang yang menulis terlalu banyak topik ebook sebenarnya tidak memberikan kredibiliti kepada penulisnya dan tidak dilihat sebagai pakar dalam bidang yang ditulisnya. Orang memang tak pandang!

6. Cuba lihat keadaan di luar sana. Apakah topik yg ditulis oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah kalau bukan motivasi ? Apakah buku yang ditulis oleh Chef Wan kalau bukan tentang masakan ? Apakah buku yang ditulis oleh Donald Trump kalau bukan tentang pengurusan, kewangan dan perniagaan ?

7. Sungguh sukar untuk membayangkan Ustaz Harun Din mengeluarkan buku mengenai masakan, atau Dr Irfan Khairi mengeluarkan buku mengenai kecantikan!… Tidak dapat diterima akal pulak ..

8. Itulah mentaliti orang Malaysia. Beli hanya dari yang pakar. Bagaimana dengan anda ? Ingin menjadi penulis ebook katak si katak lompat ? Atau ingin menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dan hasilkan ebook ? Sekiranya anda ingin menghasilkan produk yang kekal lama, saya syorkan anda menulis pada satu topik yang anda anda mahir, anda tahu dan anda berkemahiran. Jangan melatah, bila orang tulis tentang topik A, anda juga ingin menulis topik A. Biarkan mereka kerana itu adalah kemahiran mereka. Anda fokus dengan kemahiran anda!

9. Pada pandangan anda , bagaimanakah Fasa 3 perkembangan ebook di Malaysia ini ? Adakah lebih banyak tajuk yang akan diterbitkan oleh penulis2 baru ? Atau adakah pasaran mula tidak menerima ebook kerana banyak wujud ebook yang tidak berkualiti ? Entah lah.. Tak salah untuk menjadi penulis ebook ibarat katak dengan pra syarat anda adalah seorang penulis…

p/s : So far tak ramai yang menulis mengenai topik SMS :) Pulun sorang2 …






Hari Ini Hanya Untuk Esok ?

9 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Hari ini anda telah mula membuat satu minisite untuk jualan produk anda. Katalah produk tersebut adalah “Ebook Cara Memasak Rendang Yang Enak Seperti Chef”. Esoknya pula anda sambung lagi membuat minisite tersebut. Mungkin memperbaiki salesletternya. Tulatnya, anda memperbaiki design, susunatur dan grafik-grafiknya.

2. Selepas 3 hari, apa hasil yang anda perolehi ? Jawapannya boleh dijangka : Anda akan memperolehi satu minisite yang mempunyai salesletter yang disusun dengan baik dan mempunyai design yang menarik. Betul ?

3. Tetapi adakah anda akan berpuas hati setakat itu sahaja? Kalau minisite anda tidak menghasilkan jualan yang baik, mungkin anda akan lakukan sedikit usaha seperti ubah salesletter, mungkin juga tukar design dan layout. Sehinggalah minisite anda mencapai tahap jualan yang baik, anda mungkin berehat seketika dari mengubah minisite anda.

Ini dipanggil Faedah @ Benefits.

4. Melihat dari satu perspektif, kalau anda lakukan berkali-kali untuk memperbaiki minisite anda, bermakna anda akan semakin mahir. Bukan sahaja mahir dalam menghasilkan minisite yang mampu menjual, tetapi anda juga akan dilihat sebagai orang yang memasak rendang yang hebat!

5. Persepsi pelanggan terhasil apabila kita menyatakan dan melakukan sesuatu perkara secara konsisten berulang-ulang kali. Dari persepsi ini menghasilkan kredibiliti.

” Ini pula dipanggil Values.

6. Contohnya, Airasia dikenali sebab low cost nya sebab hari-hari iklannya menyatakan mereka adalah penerbangan tambang murah. Jadi orang akan melihat ia sebagai ‘MURAH’ walau pun ada beberapa perkara tidak lah semurah yang disangka!

8. Inilah yang strategi perniagaan yang baik. Apa yang anda lakukan hari ini, bukan hanya memberi pulangan dari segi wang (Faedah@Benefits) tetapi sepatutnya dapat memberikan kredibiliti juga (Values).

9. Mengapa perlu Values? Kerana persaingan yang sengit hanya boleh dimenangi oleh mereka yang mempunyai lebih Values.

” Mengapa orang sanggup bayar secawan kopi yang mahal di Starbuck, sedangkan kopi kedai mamak boleh didapati dengan lebih murah ? Kerana Starbucks berjaya menjual Values (kopi yang class), dan bukan Benefits semata-mata.

11. So boleh dikatakan rugilah orang hanya hanya melakukan sesuatu hari ini cuma mendapat Benefits semata-mata pada esok hari sedangkan pesaingnya mendapat Values pada masa panjang.

Bagaimana dengan anda ? Lakukan untuk Benefits semata-mata ? Atau anda juga bersedia untuk menawarkan Values pada jangkamasa panjang ?






‘Juadah’ Berbuka Puasa!

1 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Alhamdulillah, semalam kita meraikan Kemerdekaan ke 51. Sedikit janggal dari tahun-tahun sebelumnya, kemerdekaan kita sambut dalam keadaan ekonomi yang menekan dan juga ketidaktentuan politik. Apapun, Selamat Hari Merdeka!

2. Hari ini pula bermulanya Ramadhan. Puasa tak ? :) Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua tak kiralah anda ni IM ke, usahawan dari rumah ke, usahawan kecil ke, usahawan SMS ke… Semoga amal ibadat kita diterima.

3. Bulan puasa ini adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan keberkatan dan keampunan. Maka setiap amal yang kita kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

#####################

4. Bulan ini kita akan berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Memberi makanan berbuka, mengadakan moreh, memberi sumbangan kepada anak yatim dan juga memberi sumbangan ikhlas pada bila-bila masa diperlukan.

5. Dalam kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh rahmat, anda juga dari kita yang menjalankan perniagaan tidak jujur, bersifat berat sebelah, tidak memberikan perkhidmatan yang sepadan dengan harga.

6. Kita semua sepatutnya risau dengan fenomena dimana wujudkan teknologi SMS dan internet disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik dan menipu. Memang kita ketahui teknologi ini mampu ‘menyorokkan’ dalangnya dari ‘dicekup’ dengan mudah.

7. Bila kita lihat internet adalah bentuk perniagaan masa sekarang dan masa hadapan, kita secara terus-terusan juga perlu membanteras mereka yang mencalit lumpur kepada perniagaan kita. Sumbangan kita memberikan kesedaran kepada masyarakat dapat membantu mengelakkan dari lebih terjebak dengan penipuan atau bentuk scam ini.

8. Banyak yang kita boleh lakukan. Membuat pendedahan, menulis di blog, mengedarkan ebook secara percuma, mengeluarkan report dan pelbagai lagi.

#####################

9. Pada hari ini saya akan mengedarkan ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu. Saya ingin sama-sama menyumbang bagi mengelakkan masyarakat terus terjebak dengan penipuan SMS. Anda boleh muat turun secara terus di link bawah. Jangan risau, ebook ini edaran PERCUMA. Tiada sebarang bayaran, bahkan email anda pun saya tak minta. Boleh muat turun secara terus.

10. Ebook ini saya garap dengan bantuan rujukan bersama En Salleh Esa. Ia menghuraikan beberapa fakta yang menarik untuk anda baca. Walau pun percuma tetapi saya percaya kandungannya memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca. Antara kandungan yang menarik adalah:

- Mengetahui modus operandi penipuan SMS sama ada secara aktif atau pasif
- Menggunakan sistem SMS ‘yang tidak berdosa’ untuk tujuan penipuan
- Kaedah dan langkah2 penipuan si penipu
- Kes-kes yang melihatkan syarikat

11. Bukan itu sahaja, kami juga telah mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS. Ini mungkin akan mengundang kontroversi kepada kami, mungkin kami akan ‘diserang’, kami mungkin kene ’sound’, tapi saya rasa yang hak tetap hak. Saya hanya menegakkan perkara yang betul. Yang lebih penting pembaca dapat mengambil iktibar dari kes-kes ini.

12. Satu lagi yang kami dapat selitkan adalah bagaimana untuk pembaca ingin menilai perniagaan SMS yang betul atau tidak. Juga tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya kita tertipu atau terjebak dengan penipuan SMS.

13. Kredit juga saya berikan kepada Nurulhayati @ Luvlee diatas design beliau. Sporting sungguh!

#####################

14. Saya harapkan anda akan mendapat manfaat dari ebook ini. Sekiranya anda rasakan kandungannya bermanfaat kepada ramai orang, edarkanlah ebook ini secara percuma kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan juga seluruh umat.

15. Sengaja saya edarkan ebook ini pada 1 Ramadhan. Saya berharap ini akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada anda. Memang tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya saya mengambil sedikit inisiatif untuk mencelikkan masyarakat.
16. Kepada anda yang mengedarkan ebook ini, terima kasih saya ucapkan. Anda juga akan dapat ganjaran pahala kerana usaha anda untuk menyampaikan ilmu. Ini bulan puasa kan? Tentu ganjarannya lebih lagi. Aminnn!

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!