Saya attend taklimat sebutharga pagi tadi untuk satu projek kerajaan. Ada lebih kurang 10 syarikat yang attend taklimat tersebut. Dari 10 syarikat, 5 syarikat adalah Bumiputera. Kalau saya gunakan konsep ‘bertongkat‘, peratus saya nak dapat sebutharga tu 50%. 🙂 Tapi saya take it as a fair and square game. Takder nak tongkat2 nie. Sanggup susah2. Bukannya tak pernah rasa susah. Ada rezeki adalah ye tak ? Tak payah risau.
Ada sesuatu yang saya rasa saya nak kongsi dengan kawan2 semua. Mengikut pengamatan saya, ramai yang attend taklimat sebutharga dan tender hanya menjadi ‘pendengar’ taklimat dan lari dari urusan pejabat. Mungkin mereka nie cuma staff yang diarahkan untuk datang ke taklimat tersebut. Tunjuk muka cukup lah. Yang penting datang, dan boleh submit sebutharga. Jarang mereka ambil kesempatan ini sebaik2nya.
Alangkah ruginya mereka berpendirian begitu. Sedangkan apabila menghadiri taklimat, mereka boleh memberi suatu input kepada syarikat. Apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dicadangkan kepada pelanggan. Tapi bila habis taklimat, mereka pulang dengan tangan kosong, lebih teruk lagi bila fikiran pun kosong. Walaupun begitu, mereka tetap gembira kerana perut mereka tidak kosong (biasanya lepas taklimat ada makan + minum sikit)….
Kepada usahawan sekelian, jangan buang masa anda dengan cara begitu. Anda sepatutnya menjadi kelebihan kepada syarikat, dan bukannya menghabiskan ‘boreh’ je… Biasanya saya akan amik peluang taklimat utk beberapa perkara. Dan saya ada matlamat sendiri bila pegi ke sesi taklimat seperti tu. Saya mahukan sesuatu input dalam borang sebutharga saya. Saya mahu cadangan saya benar2 dapat membantu pelanggan mencapai matlamat mereka. Saya mahu mereka puas. Saya mahu rekod yang baik. Dan saya mahu rezeki yang saya perolehi, diberkati oleh Allah.
Kalau anda pergi ke seminar, taklimat atau mesyuarat, adakah anda sudah benar2 bersedia ?