Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,
Mungkin anda pernah memiliki atau memakai sepasang kasut @ sandal Crocs. Sandal Crocs ni ringan ‘slip-resistance’ dan pada asalnya untuk kegunaan aktiviti luar rumah @ outdoor. Memang dah jadi satu fenomena, orang pegi mana-mana pun pakai sandal ni. Memang popular dan banyak juga yang cetak rompak. 🙂
Cerita Jibbitz
Disebabkan dah ramai sangat orang pakai sandal Crocs ni, seorang ibu yang memiliki 3 orang anak pada satu hari ingin menambahkan ‘kecantikan’ pada sandal Crocs yang dipakai oleh anak2nya. Biarlah nampak berbeza sedikit berbanding dengan sandal-sandal yang lain.
Jibbitz ni sebenarnya takde ape pun. Ia cumalah idea seorang ibu yang meletakkan aksesori tambahan pada sandal tersebut. Saya pun tatau lah nak istilahkan ape, tapi dengan menambahkan Jibbitz, sandal tersebut menjadi lebih comel dan ceria.
Dipendekkan cerita, pemilik Crocs sangat berminat dengan konsep Jibbitz ni. Beliau menawarkan ibu tadi sebanyak USD10 million untuk memiliki konsep Jibbitz dan tambahan USD10million lagi sekiranya mencapai target jualan!
Bisnes Tak Semestinya Mencipta Benda Baru
Banyak produk-produk yang hebat kadang-kala bukannya dari idea yang baru atau asli. Dengan menambah 10% dari keadaan asal, ia boleh memberikan satu nilai baru dan produk yang berbeza dengan produk yang sedia ada.
Lihat sekeliling. Anda mungkin boleh nampak ada 1001 produk yang boleh diperbaiki, diperelok dan dicantikkan. Mungkin idea anda juga bernilai USD10million, siapa yang tahu!
p/s : Minggu ini 26 April 2009, saya akan menganjurkan Author’s Talk di MPH Mid Valley pada jam 3 hingga 4 petang. Kalau anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengubah 10% dari produk anda atau produk orang lain dengan menggunakan SMS, mungkin anda boleh hadiri sesi yang akan dianjurkan. Kehadiran juga percuma. Maklumat lanjut, klik disini.