Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sepanjang 3 tahun saya menjalankan perniagaan internet, saya telah menerima beribu transaksi dalam matawang USD ke dalam akaun Paypal. Percaya atau tidak, saya masih belum usik walau 1 penny duit USD saya untuk dibelanjakan!
Walaupu, kebanyakan IM yang lain akan menjual USD @ Paypal mereka, saya lebih gemar simpan je kerana :
- Bila Ringgit Malaysia tidak lagi ditambat pada RM3.80 utk USD1, ringgit semakin lemah. Dan seingat saya (saya pun kurang pasti) turun serendah RM3.10 bagi setiap USD1. Rasa rugi pula..
- Untuk menukar USD ke Ringgit, selepas dicampur tolak jumlah fees dan caj yang dikenakan saya rasa agak tinggi. Masih tidak berbaloi.
- Cara nak keluarkan USD tu agak leceh. Nak bukak akaun itu ini dan pelbagai cara lagi.
- Saya sentiasa boleh guna USD untuk beli benda lain di internet. Biasanya beli hosting, autoresponder, sistem affiliate dan pelbagai lagi perisian yang boleh dibayar secara terus dari Paypal. Atau ada ketikanya saya beli handphone perkakasan komputer dalam USD@Paypal. Masih ada gunanya.
- Apabila IM nak beli USD dari saya, harga pulak jauh lebih murah. Kalau rate RM3.20 / USD, mereka akan mintak RM3 je.. So rugi sikit.. Sikit tak sikit, cuba darabkan setiap penny kalau dia beli USD200 ? Huhu.. malas la nak jual.. 🙂
Last2 saya simpan je duit USD tu sepanjang 3 tahun lepas. Tapi ada satu perkara yang membuatkan saya rasa ceria dan sedikit luar biasa. Yeay!
Ada rahmat rupanya berlaku apabila ekonomi lembab ni. Disebabkan keadaan ekonomi US yang lemah atau Ringgit Malaysia semakin mengukuh, nilai USD1 telah kembali ke paras sekitar RM3.60! Pada awal Mac ia berlegar sekitar RM3.65
So, adakah ini masa yang paling sesuai nak jual USD ? Jawapan saya YES!
1. Sekarang harga belian USD adalah sekitar RM3.60. Pada awal Mac menghampiri RM3.70. Berbanding dengan sebelum ini sekitar RM3.20. Sekarang ia berada di paras yang selesa dan ‘sedap’.
Mungkin tak akan naik lagi tak ? Tak rugi ke kalau jual sekarang ? Ntah2 mungkin naik jadi RM3.90 atau RM4.20 ?
Memang betul. Ada kemungkinan naik lagi. Kalau difikirkan secara logik kalau dah naik ke paras RM4.00, bayangkan betapa teruk keadaan ekonomi US ketika itu.. ? Indirectly, ekonomi Malaysia pun efek sama.
Tapi saya rasa cukup lah setakat ini sahaja. Tak nak tamak lebih2. 🙂 Lagi pun, sekukuh mana sangatlah Ringgit Malaysia ngan USD.. Huhuh.. Silap2 turun balik nanti
2. Untuk tukarkan duit USD ke RM dah jadi semakin mudah. Sangat-sangat mudah! Dulu saya rasa agak susah sikit dan limited. Terima kasih kepada bank Al Rajhi (tegeliat lidah gak nak menyebut). Ada banyak orang dah buat review macam mana mudahnya utk bukak Akaun Al Rajhi. Terima kasih kepada Shamsuriyadi kerana explain kat saya tentang bank ni.
3. Rate pertukaran pun best. Utk setiap transaksi Paypal hanya caj USD5. Dan maksimum wang yang boleh withdraw adalah USD500 sehari. So setiap USD500, anda akan dapat USD495. Darabkanlah dengan berapa kadar tukaran. So, no hidden charge.
Langkah Bijak Untuk Tukar USD
1. Bukak laman web Bank Al Rajhi. Lihat menu disebelah kiri, ada menu Exchange Rate. Kat situ tengok bahagian TT Sell bagi Currency USD. Ketika post ini ditulis ia sekitar RM3.6090. Pantau beberapa hari. Tengok kalau ada kenaikan sedikit, mungkin itu adalah masa anda nak jual USD anda. Bukak paypal, click pada Withdraw. Keluarkan lah berapa jumlah USD yang anda nak..
Satu lagi yang bagus dalam laman web Bank AlRajhi ni, ada menu waktu solat.. Bagusnye! Sejuk hati.. 🙂
2. Belum ada akaun AlRajhi. Hmm.. Nak tak nak kene bukak dulu lah ya. Yang tak bestnya, bank ni tak banyak sangat cawangan. Cuma ada di kawasan kepadatan penduduk tinggi je macam area rumah saya 🙂 Hehehe..
Boleh tengok cawangan-cawangan yang berhampiran, manala tau satu hari anda singgah ke area tersebut. Lokasinya anda tengok dalam laman web bank bawah menu Location. Ada beberapa cawangan juga di luar KL. Usya2 lah.
3. Nak bukak akaun senang je. Bawak kad pengenalan dan duit cash RM20. Ambil number, then cakap nak bukak Akaun Saving biasa je. Cakap anda nak keluarkan duit Paypal. Kalau nak yang ada untung sedikit buka Murabahah, tapi nak buka Murabahah perlu ada RM200. Tapi kalau setakat nak jual USD je, akaun saving biasa dah cukup.
4. Tunjukkan IC, isikan borang, tandatangan mana2 yang patut. Dalam masa tak sampai 30 minit, gerenti siap! Kalau tak siap maybe mesin buat kad rosak kot.. 🙂
5. Dah bukak akaun, pastikan anda dapat 2 benda yang sangat penting. Tak dapat benda ni, tak sah!
Kad Debit Visa
Kad Debit Visa ni macam kad debit yang lain2. Sama je. Yang penting kad debit ni kita gunakan untuk keluarkan duit nanti kat mesin ATM
Akaun Perbankan Internet AlRajhi
Macam Maybank2u je. Tapi paling tak ‘berguna’ sebab tak bole nak buat apa2 transaksi macm M2U atau CIMBClick. Walau tak berguna, kita gunakan untuk tengok baki akaun bank dan nak tengok payment dari PayPal dah clear ke belum. So masih ada gunanya jugak la… 🙂
6. Dah siap kad debit dan juga maklumat perbankan internet, pegi ke mesin ATM terus. Tukar nombor pin ATM.
7. Kat mesin ATM, pegi ke menu lain-lain. Buat PIN Request For Internet Banking. Mesin ATM akan keluarkan satu slip yang ada kod untuk anda registerkan www.alrajhibank.com.my …
8. Balik rumah, bukak PC. Login ke www.alrajhibank.com.my. Klik kat Menu belah kanan First Time Login. Nanti anda create lah akaun anda. Jangan lupa masukkan PIN yang anda apply kat mesin ATM tadik.
9. Bila internet bankin dah siap, login ke Paypal anda. Add kan kad Debit Visa anda tadi. Tak perlu verifykan. Then boleh terus withdraw duit. Cara nak withdraw maybe bole rujuk kat sini … Paypal cakap amik masa antara 5-7 hari untuk clear payment
10. Tunggu 3 hari bekerja. Login ke akaun internet banking anda. Tengok dah clear ke belum.. Ikut pengalaman, saya tak perlu tunggu sampai 5 hari. 3 hari biasanya dah clear.
11. Kalau dah clear ape lagi tunggu depan pc ni… Pegi la bank Alrajhi dan keluarkan duit tu. Ada lebih, sedekah 🙂 .. Zakat pun jangan lupa ok..
Saya rasa kagum dengan kepantasan proses ini berlaku jika dibandingkan dengan zaman dolu2. Saya pun semakin muskil kenapa bank tempatan yang mempunyai wajah singa yang ganas tak boleh nak accept internet banking. Huhuh…
So kalau anda rasa nak jual duit USD anda, lakukan sekarang!