Gerak Usahawan 2006 Peringkat Nasional

Saya berkesempatan pergi on 2nd of September. Nak pegi juga hari kedua lebih2 lagi untuk mendengar seminar dari sifu hartanah kita Azizi Ali, tapi keadaan tak mengizinkan.. Dah 2 kali weekend tak bersama famili :)…

Anyway, saya tak buat banyak persediaan untuk program kali ini. Sempat download borang dan juga tengok tentatif program. Banyak aktiviti yang menarik dan berguna untuk usahawan. Cuma saya terfikir, program macam ni dah acapkali diadakan. Bagaimana peratus kejayaannya?

Beberapa photo aktiviti yang dapat saya rakamkan


Logo Expo


Pelbagai bantuan dari agensi kerajaan melalui klinik perkhidmatan


Penuh dewan dengar peluang perniagaan francais


Taklimat peluang perniagaan

Tapi satu perkara yang saya rasa syukur, bila saya tengok ramai orang yang sebangsa dengan saya mengambil kesempatan atas usaha kerajaan ini. Bersemangat saya tengok. Tapi ramai yang makcik-pakcik datang berbanding dengan graduan@golongan muda. Tidak tersahutkah cabaran “Keusahawanan Kerjaya Pilihan” ?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply