You are currently viewing Itinerary 12D10N Kazakhstan/Kyrgyzstan 2024

Itinerary 12D10N Kazakhstan/Kyrgyzstan 2024

Lepas raya ni ada masa sikit untuk susun itinerary 2 negara ini. Cuma ada beberapa benda korang kena tahu.

1. Penerbangan direct hanya ada ke Almaty menggunakan Airasia.

2. Sekurangnya trip mengambil masa 10-12 hari termasuk hari penerbangan. Kalau cuti pendek, kena pandai cari date sesuai.

Ini itinerary berdasarkan waktu ketibaan dan penerbangan Airasia ya. Sesiapa yang dapat tiket murah, boleh gunakan itinerary ini. Anggaran kos dikongsi diakhir artikel.

Day 1: Departure 1300pm KUL. Arrival 1740pm. Airport Transfer. Check in hotel. Rehat.

.

Day 2: Hari ini kita City Tour. Panfilovs Park, Zenkov Cathedral. First Presidents Park, Green Bazaar dan jangan lupa beli coklat Kazakhstan.

.

Day 3:Big Lake Almaty atau Symbulak Medeu Valley

.

Day 4 : Seawal pagi akan bergerak ke Charyn Canyon dan Kaindy Lake. Ini dua tempat yang wajib pergi ya. Aktiviti adalah sightseeing atau hiking.

Day 5: Kolsay Lake di pagi hari kemudian bergerak merentasi sempadan ke Kyrgyzstan. Melalui banjaran cantik Kankara dengan hentian untuk bergambar.

Day 6: Teruskan ke Karakol town. Melawat Old Dungan Mosque. Teploklyuchenka village di kaki gunung Altyn -Arashan. Berpeluang untuk stay dengan orang tempatan dan makan daging kuda!

Day 7: Naik kuda ke lembah pergunungan. Pergi ke ski base di Karakol sebelum bergerak ke pasar tempatan atau museum. Tapi museum semua dalam bahasa Russia yea.

Day 8: Kembara diteruskan di sepanjang pantai Issyk-Kul Lake, berhenti bukit Djeti-Oguz (7 Bulls). Akan tiba di Canyon Skazka untuk melihat antara lembah tercantik disini. Malam ini kita tidur di yurt!

Day 9: Kita akan kembara menuju ke Bishkek. Sebelum itu kita layan dulu Eagle hunters show sebelum teruskan perjalanan ke Boom Gorge Highway dan berhenti di Kok-Moinok Canyon. Akan tiba di Lembah Chon-Kemin untuk bermalam.

Day 10: Teruskan ke Bishkek city dan berhenti di Burana Tower dalam perjalanan pulang ke hotel. Masa untuk berjalan di bandar Bishkek untuk cenderahati.

Day 11: Check out. Akan memasuki sempadan Kazakhstan semula, sebelum pengangkutan akan bawa semua terus ke Almaty Airport. Penerbangan ke KUL dijangka pada jam 1900pm

Day 12: Tiba di KUL 0600am

.

Itinerary ini cukup sebagai highlight kepada dua negara ini dalam masa yang tidak tergesa-gesa. Ada pengalaman bermalam di yurt, dan menginap bersama dengan orang tempatan disamping merasai makanan tempatan.

.

Itinerary ni best sebab ada pelbagai vibes. Bandar ada, kampung ada dan kawasan tanah lapang di kelilingi pergunungan Tien Shien. Lawa sangat.

.

Travel sesuai antara 6-8 orang. Private chartered. Costnya sekitar RM3.5K self guided tidak termasuk flight, tour leader dan independent travel di Almaty. Kalau nak tour leader kachak bawakan, boleh mesej je okay.

.

Ini bukan trip sepanjang tahun ya. Kalau nak join open trip, tarikh sudah dibuka sampai 2025. Amik!

14 – 24 September (Autumn/School Holiday)

3 – 13 May 2025

14-24 September 2025

.

Minggu depan aku sudah terbang kembali ke Central Asia. Ada masa nanti, aku cuba buat Live. Dengarnya orang2 kat sana lawa-lawa. #try

.

Catatan kembara

Irwan Dahnil

Aku, Kazakh & Kyrgyz

Nota : Saya mulakan travel group baru dalam Whatsapp untuk yang berminat travel sama². Boleh join disini ya : https://chat.whatsapp.com/EPtqTHuwSOsC16CNqFuGDU

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply