You are currently viewing Jalanraya Pakistan dan Indah Luar Biasa

Jalanraya Pakistan dan Indah Luar Biasa

Aku banyak terima respon yang kata jalan di Pakistan ini merbahaya, tepi tebing sebelah jurang dan gaung yang dalam.

Dan nama Karakoram Highway (KKH) selalu jadi disebut antara yang merbahaya. Entah mana dia petik, tapi aku rasa itu sahaja nama yang lekat di kepala agaknya.

Beginilah.

Sebenarnya memang ada jalan yang memang untuk jiwa adventure.

Contohnya perjalanan naik ke Basho Meadows.

Dari pekan Skardu, kami bertukar naik jeep 4×4 berwarna biru. Tiada aircond, angin luar masuk dingin ke dalam. Ia berhenti untuk menunggu giliran menaiki jambatan gantung melintasi sungai. Satu kereta, satu masa. Panjang sekitar 300 meter.

Ketika jeep itu melintas, jambatan itu berhayun-hayun!

Dan sepanjang perjalanan mendaki ke atas melalui tebing pergunungan tidak beraspal. Bukan untuk yang lemah jantung!

Berbeza dengan Karakoram Highway.

Sejarahnya ia adalah Friendship Highway antara Pakistan dan China sejauh 1,300 kilometer. Dibina mulai tahun 1952 dan disebut antara highway yang paling merbahaya dahulu kerana merentas kawasan pergunungan. Dulu memang bahaya, bila gunung dan tanah runtuh berlaku.

Semakin lama, ia telah diperbaiki dan jalannya sudah diturap sepenuhnya, jalan telah dilebarkan dari 10 meter menjadi 30 meter. Tentulah ada risiko bahaya kalau jadi lagi tanah runtuh. Alaa kat Malaysia pun ada je tanah runtuh disebabkan struktur bumi yang berubah sedikit.

Jadi cakap-cakap mengenai bahaya KKH adalah satu falasi dan tidak benar pada tahun moden sekarang. Perjalanan seharusnya selamat, tenang.

Kalau travel ke utara Pakistan pilih itinerary yang sesuai dengan jiwa ya. Pilihan yang tepat buat jantung yang sihat.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Basho Meadows dalam kenangan
Pakistan

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply