Kertas Kerja Perniagaan – Apa lagi?

Salam Sejahtera,

Pada posting sebelum2 ini saya ada berkongsi sedikit mengenai kertas kerja perniagaan dan bagaimana memulakan kertas kerja. Merujuk kepada posting tersebut, boleh disimpulkan, kertas kerja perniagaan biasanya dimulakan dengan

a. Isi kandungan
b. Ringkasan Eksekutif
c. Latarbelakang Perniagaan

Selepas itu, apa pula ?

Seterusnya kita akan huraikan pula perkara-perkara penting dalam sesuatu kertas kerja. Antara bab-bab yang ‘wajib’ dan tidak harus ditinggalkan adalah :

4. Perancangan Pengurusan dan Kakitangan
Bahagian ini bertujuan untuk menghuraikan mengenai perancangan atau maklumat kakitangan anda. Kebiasaannya meliputi perkara-perkara seperti senarai terperinci kakitangan seperti nama jawatan.

Deskripsi tugas setiap kakitangan juga hendaklah dihuraikan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tugas dan juga menentukan setiap kerja diselia dengan baik. Jangan lupa untuk memasukkan perbelanjaan pengurusan dan seperti alat tulis dan sebagainya.Biasanya perbelanjaan ini ditulis dalam bentuk jadual untuk memudahkan bacaan. Perbelanjaan gaji kakitangan juga hendaklah ditulis dengan jelas.

Oh ya! Masukkan juga carta organisasi untuk cara penampilan yang lebih cantik dan berwarna.

5. Perancangan dan Strategi Pemasaran
Ini adalah aspek yang saya rasa SANGAT PENTING dalam sesuatu kertas kerja. Kegagalan strategi pemasaran yang tepat merupakan penyumbang kepada kegagalan sesuatu kertas kerja ditolak oleh kreditor, atau perniagaan tidak menjadi.

Ramai mengambil mudah mengenai pemasaran dengan membuat andaian-andaian sasaran jualan sedangkan semua maklumat tersebut hendaklah disokong oleh fakta yang jelas.

Kita kena huraikan lokasi pemasaran kita, sasaran pelanggan dan pengguna, bagaimana cara kita mengedarkan barangan atau perkhidmatan kita, strategi pemasaran yang digunakan, dan penting membuat analisa persaingan.

Dari fakta2 tadi, kita perlu buat strategi perletakan harga. Jangan letak harga barang kita suka-suka. Perlu diperkirakan , dan bandingkan dengan harga-harga pesaing.

Kita juga perlu meramalkan jumlah jualan yang kita boleh capai dengan strategi2 yang telah kita huraikan tadi. Seperti juga perancangan pengurusan, kita perlu sertakan bersama peracangan perbelanjaan kita untuk tujuan pemasaran.
Secara terus terang saya katakan, ini adalah bab yang paling kritikal, penting dan paling susah untuk disediakan. Tapi itu cuma pendapat saya (memandang saya tidak pandai pemasaran berbanding teknikal)

6. Perancangan Operasi
Secara terperinci, kita perlu huraika bagaimana perniagaan kita beroperasi. Sekiranya perlu kita perlu letakkan carta aliran pengeluaran produk kita. Kita senaraikan susun atur premis perniagaan kita.

Kita huraikan maklumat teknikal dalam perancangan operasi. Ini akan menggambarkan sejauh mana kita mengetahui tentang perniagaan ini. Kalau kita nak buka kilang botol, tetapi kita tidak dapat menghuraikan proses pengeluaran botol, sesuatu yang tidak kena disitu!

Sekiranya ada, masukkan juga maklumat seperti bangunan, bengkel, kenderaan dan sebarang aset perniagaan kita. Mesin, kelengkapan dan alat-alat juga hendaklah dinyatakan bagi membuktikan kemampuan pengeluaran perniagaan kita.

Seperti sebelumnya, buat budget utk operasi perniagaan anda.

7. Perancangan Kewangan
Secara keseluruhannya, tujuannya adalah untuk menunjukkan perniagaan kita adalah berdaya maju dan dapat bertahan. Kita perlu huraikan berapa kos perlaksanaan projek dan berapa jumlah dana yang diminta. Huraian mengenai maklumat pembayaran balik pun hendaklah di buat disini.

Kita akan mengira segala kos yang terlibat seperti pengurusan, pemasaran dan operasi bagi menyediakan modal pusingan untuk perniagaan. Kita perlu huraikan aliran tunai bagi 3 tahun (sesetengah kreditor meminta sehingga 5 tahun). Aliran tunai ini kadang2 dibuat dalam 2 versi, sebelum dan selepas pinjaman.

Kita kena buat juga unjuran prestasi untuk 3 tahun perniagaan, imbangan duga dan kunci kira-kira.

Ini adalah bab dimana kebanyakan usahawan kantoi! Kadang2 nilai dalam kewangan adalah tidak logik dan munasabah. Sekiranya anda menyediakan kertas kerja bagi tujuan pinjaman, perlu diingat, orang yang akan menilai kertas kerja anda adalah orang yang berpengalaman. Cukup dengan melihat akaun yang anda sediakan, dah boleh tahu loan anda akan diluluskan atau permohonan akan ditolak!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply