Kertas Kerja Mantap

Salam Sejahtera,

Minggu ini ramai orang yang mengambil cuti panjang sempena Krismas dan Aidul Adha. Capaian internet pun sedikit menurun akhir tahun ni. Sunyi je tak berpengunjung. 🙂

Bagus juga ada cuti, saya betul2 gunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan segera projek yang saya perlu selesaikan.

Minggu depan, saya akan membuat pelancaran produk baru yang berkaitan dengan SMS. Insyallah 2 Januari 2007 merupakan tarikh yang saya rasakan sesuai.

Walaupun masih cuti, tapi saya rasa, tiada masa yang sempurna kalau tidak dimulakan secepat mungkin. Apakah projeknya ? Nantikan 2 Januari 2007 ya!

Oh ya, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai topik yang saya rasa sangat penting. Tentunya ramai diantara kita yang dah biasa dengan membuat kertaskerja, tidak kira sama ada untuk tujuan perniagaan atau assignment pelajaran. Konsepnya tetap sama. Cuma mungkin format adalah berbeza.

Kertas kerja perniagaan, walaupun nampak remeh, tetapi memberikan makna yang besar dalam perniagaan. Secara istilahnya, saya selalu memanggil kertas kerja @ proposal sebagai ‘panduan dan pedoman’ dalam kehidupan sesuatu perniagaan. Sangat penting, dengan tiadanya proposal, kita mungkin akan terumbang ambing dalam mengharungi sesebuah perniagaan.

Proposal perniagaan ini disiapkan dengan pelbagai tujuan antaranya :

1. Panduan bagi perancangan perniagaan baru
2. Untuk mendapatkan dan meyakinkan share partner
3. Untuk membesarkan dan memodenkan projek perniagaan yang sedia ada
4. Mendapatkan bantuan pinjaman
5. Guideline untuk memulakan perniagaan

Kerana itu, proposal menjadi sangat penting. Baik dari memulakan perniagaan sehinggalah meningkatkan keupayaan perniagaan. Kalau kita tengok mana2 projek, mesti ada proposal.

Insyallah, kalau berkesempatan saya akan huraikan satu persatu mengenai kertas kerja tersebut.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply