Salam Ramadhan,
Semalam saya sempat (untuk pertama kalinya Ramadhan ini) singgah ke pasar Ramadhan di Puchong. Memandangkan, saya hanya pergi berseorangan, saya tidak risau sangat tentang terlebih beli atau membeli makanan yang berlebihan. Sebelum pegi, memang saya dah setkan difikiran saya,
“Beli ala kadar je dah la, aku sorang je yang nak makan. Bulan Ramadhan kan bulan untuk berjimat cermat, dan makan jangan membazir”. Jadi saya teruskan ‘membeli belah.
Jadi, dalam masa 20 minit jalan di pasar Ramadhan, keputusan ‘shopping cart’ saya :
1. Nasi Kerabu @ RM4
2. Air Soya Panas @ RM1
3. Tau Foo Fah @ RM1
4. Roti Jala @ RM2
5. Kuih Puteri Mandi @ RM1
6. Ayam Percik @ RM3.50
Jumlah Perbelanjaan @ RM12.50 !!
Hihihi… Sedar-sedar bila saya menghala ke kereta untuk pulang ke rumah, saya dah menjinjit begitu banyak makanan. Dan makanan tersebut hanya untuk saya seorang !!! (saya masih slim, berat belum naik mendadak lagi 🙂 )
Sepanjang memandu balik ke rumah, saya sedar bahawa saya telah dipengaruhi oleh faktor-faktor emosi ketika membeli. Di mana silap saya? Saya telah setkan difikiran sebelum membeli belah bahawa saya akan mengawal perbelanjaan untuk ala – kadar sahaja. Tetapi tidak terjadi seperti itu. Mengapa ?
Saya sedar bahawa emosi saya ketika membeli telah berjaya dipengaruhi oleh peniaga :
1. Dah lamanya tak makan ayam percik ni
Saya sendiri tahu, bahawa saya ni bukannya seorang yang selalu jalan2 di pasar malam @ pasar Ramadhan. Selalunya saya minta adik saya yang belikan. Bila sekali sekala pegi, saya sendiri terliur tengok ayam percik yang dibakar licin berkilat, dan seolah-olah bersalut madu! Maka saya tewas!
Pengajaran Emosi #1 : Cara persembahan, packaging dan pembungkusan produk oleh peniaga berjaya membuatkan pelanggan rasa kecur, dan berselera. Utamakan presentation!
2. Ni baru first time datang pasar Ramadhan
Pertama kali tu selalunya memang rasa excited bila datang ke sesuatu tempat. Lebih-lebih lagi pasar Ramadhan tersebut panjang, banyak stall, ramai peniaga dan banyak pilihan menjadikan. Ini menjadikan saya rasa ingin membawa pulang sesuatu yang istimewa dari kunjungan pertama kali.
Pengajaran Emosi #2 : Pandangan pertama (1st impression ) sangat penting. Sebagai peniaga, tampilkan keistimewaan kerana ini akan mempengaruhi keputusan pelanggan anda.
3. Sekali sekala apa salahnya
Saya tidak rasa, saya pengunjung kerap pasar Ramadhan. Sekali-sekala datang, mengapa tidak beli je apa yang saya suka @ teringin kan?
Pengajaran Emosi #3 : Pelanggan akan terasa ‘Tidak Apa’ kalau hanya sekali sekala. Masa ni, pelanggan memang cukup pemurah!
4. Ala.. Seringggit je, tak mahal.. bayar je
Saya rasa harga kebanyakan makanan di pasar Ramadhan adalah berpatutan, tidak terlalu mahal. Lagi pun kalau hanya seringgit, apalah sangat di zaman ini. Ibarat kata, “wang celah gigi”
Pengajaran Emosi #4 : Cuba tengok, berapa item yang berharga RM1. Lebih murah, saya terbeli banyak. Barangan yang dipekkan dalam saiz yang lebih kecil, ditawarkan dengan harga yang rendah, menjadikan pelanggan rasa tidak berkita untuk mencuba.
Saya akui, saya telah ditewaskan oleh emosi ketika membeli. Pernah tak anda rasa anda rasa ‘terpedaya’ dengan emosi anda ketika membeli ? Saya rasa hampir semua dari anda… Apa kata anda ?
p/s : Itu lah kadang-kadang sebabnya saya tak pergi shopping… Lain yang nak dibeli, lain pula yang terbeli! Kawal perbelanjaan anda!