LO itu Local Order, Bukannya Lambat Order

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama tidak saya kemaskinikan kandungan blog ini. Banyak perkara lain saya berikan perhatian, kesannya bukan hanya pada blog ini. Tetapi banyak juga email dan juga pertanyaan yang saya tidak terjawab.

Saya menerima email pagi ini dari seorang hamba Allah bertanyakan mengenai L.O. Saya kongsikan disini soalannya, beserta jawapan yang saya berikan.

“Saya merupakan orang yang masih2 tersangat lah baru dalam bidang perniagaan secara formal ni. sebelum2 ni berniaga biasa sahaja.. Saya ada dapat request untuk quotation perniagaan saya dan alhamdulillah semuanya dipersetujui oleh pihak itu.

Tapi saya kurang arif bila mengenai cara bayaran kerana pihak itu ada menyebut ‘Tunggu LO/MO’ lulus”. Saya x pasti adakah saya salah dengar. Pihak itu adalah Majlis daerah tempatan.

Soalan dari Peniaga Kanopi Online”

Jawapan saya :

Saya cuba menjawab pertanyaan tersebut. LO bermaksud Local Order merujuk kepada Pesanan Tempatan. Ia adalah prosedur pembelian dari pihak kerajaan atau agensi-agensi. Kalau dalam perniagaan biasa dalam syarikat swasta, menyebutnya sebagai P.O iaitu Purchase Order. PO atau LO adalah merujuk kepada satu dokumen yang sama iaitu dokumen/surat rasmi yang menyatakan mereka akan membeli produk/perkhidmatan dengan spesifikasi dan harga yang dipersetujui.
LO biasanya mengambil masa untuk disediakan kerana itu adalah prosedur kerajaan dimana kerani/kakitangan akan menyediakan LO (berdasarkan quotation yang telah diterima  dan dipersetujui), dan memerlukan pegawai yang diberi kuasa untuk menandatangani LO tersebut. Bila LO sudah diluluskan, barulah ia akan diserahkan kepada kontraktor/pembekal.
Tip : Untuk keselamatan, jangan hantar dahulu produk/perkhidmatan sebelum LO dikeluarkan. Pernah berlaku LO dibatalkan, atau tidak diluluskan oleh pegawai. Tiada LO, tiadalah pembayaran yang diperolehi.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 3 Comments

  1. Ezza Taufik

    tq..good info..baru tahu sekarang..ingt lo n po tu berbeza 😉

  2. Athirah Amin

    Informasi yg bernas ??

  3. Shahrul

    Cik Irwan, boleh terangkan pasal term LA, BQ, PFI, LOI, BT, BOT, BG.

Leave a Reply