Salam Sejahtera,
Saya ingin membuat sedikit catatan mengenai MIE pada bulan lepas, malangnya saya terlampau sibuk menyebabkan saya terlupa. Kali ini saya pasti, saya tidak akan terlupa lagi. Saya siapkan catatan awal.
Anyway, apa itu MIE ? MIE stands for Malaysia Internet Exchange. Bahasa Malaysia nya saya tidak tahu secara tepatnya, mungkin Pusat Pertukaran Internet Malaysia. Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu MIE ; adalah satu kemudahan / infrastruktur fizikal yang membolehkan penyedia perkhidmatan internet seperti Jaring dan TMNet untuk bertukar trafik secara PERCUMA tanpa melalui pihak ketiga.
Mengikut secara teorinya, apabila kita mempunyai internet exchange sendiri, maka kita boleh mengharapkan 2 perkara utama berlaku ; 1.pengurangan terhadap kos capaian internet dan 2. pertambahan kelajuan!
Penurunan harga ?
Sekarang ini, pakej yang terbaik (tiada pilihan lain) adalah Streamyx yang menawarkan pakej harga tetap capaian 24 jam setiap bulan. Adakah adanya Internet Exchange kita sendiri, TMNet akan menurunkan harga? Secara teorinya, YA! Tetapi kita tengok lah dulu .. Kuasa mutlak ditangan mereka
Apakah perubahan pada bandwitdh dan masa capaian?
Masa capaian sepatutnya menjadi lebih cepat dan kualiti lebih baik. Saya rasa sakit hati dengan promosi Streamyx. Apabila iklan, ditulis sebesar2nya e.g kelajuan 1MB. Tapi berapa ramai di antara kita yang dapat 1MB kelajuan internet? Saya rasa sangat sedikit. Di rumah saya tak sampai pun separuh! Kalau adanya exhange ni, kalau isu ini tak dapat diperbaiki, saya rasa saya ingin tulis surat komplen kepada Telekom. Try me!
Tarikh pelancaran MIE pada 15 Disember 2006. Sama2 kita nantikan!