Mode : Pelajar Sepenuh Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Januari 2012 tiada sebarang catatan. Terima kasih kepada ‘peminat’ blog ini yang susah-susah hack. Beberapa minggu tidak dikemaskini, sehinggakan katalaluan blog ini pun sudah terlupa. Banyak bahan untuk ditulis, tetapi tidak sempat dikongsikan disini. Facebook lebih menjadi pilihan saya untuk membuat catatan. ๐Ÿ™‚

Kemudiannya, saya juga agak sibuk dengan urusan perundingan dan khidmat nasihat bagi pihak universiti. Penerbangan 2 jam 40 minit dari K.Kinabalu ke K.Lumpur bukan lagi menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia perjalanan yang panjang lebih lagi, dalam sebulan memerlukan trip dua tiga kali sedemikian. Memenatkan ada kalanya penerbangandi tengahmalam. Saya pernah lupa tarikh kerana berada di KL-KK-KL-KK dalam masa 2 hari berturut-turut!

Catatan kali ini cukup santai. Saya tidak bercadang menulis mengenai keusahawanan dan berkaitan. Cuma berkongsi sedikit mengenai diri sendiri ๐Ÿ™‚

Akhirnya saya berjaya memenuhi matlamat tahun 2011 untuk memulakan menyambung pengajian. Kini saya merupakan pelajar sepenuh masa! Kembali ke sekolah, ini bererti saya akan lebih menyepi untuk beberapa tahun lagi.

Menyorot kembali jejak akademik, saya bukanlah seorang yang suka berada di dalam kelas. Bukan tidak berminat, cuma akan berasa sangat bosan. Saya sukakan adventur, belajar melalui pengalaman. Kalau boleh mahu cikgu sains mengajar saya dibawah pokok sambil saya boleh melihat pemandangan dan bermain-main dengan daun-daun. Tetapi itu hanyalah impian yang tidak pernah tercapai!

Di sekolah menengah, saya merupakan pelajar aliran sains. Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan. Tidak juga saya gemari, tetapi alhamdulillah memudahkan untuk menyambung pengajian ke bidang Teknologi Maklumat. 8 tahun selepas tamat sarjana muda, menyelesaikan Master Sains dalam Keusahawanan Teknologi. Di sini, bidang saya sudah mula berbeza sedikit. Memandangkan latarbelakang sains, saya gunakan program Master untuk mempelajari keusahawanan. Ini sangat membantu.

Dan kini saya menyambung pula dalam bidang PEMASARAN! Ini betul-betul cross – platform. Dari sains, saya beralih ke pengurusan dan perniagaan. Dari teknikal kepada pengurusan.

Bijak ย atau kurang bijak ? Bagi saya bukan ijazah yang saya cari. Tetapi menyambung pelajaran bererti kita akan memaksa diri untuk belajar. Jika bidang yang dipelajari bidang baru, lebih banyak masa diperuntukkan untuk membaca. Kaedah ‘paksa-rela’ untuk mempelajari sesuatu.

Ramai yang mahu menjadi spesialis. Dari doktor, mahu menjadi doktor pakar. Saya berbeza. Bukan spesialis yang saya cari. Saya mahukan ilmunya.

Saya terjun ke sungai yang penuh dengan buaya ganas, belajar berenang dan mengharap sampai ke tebing satu lagi. Dan saya harapkan saya selamat dan cukup anggota. Ini cara saya belajar. Saya mahu keluar dari zon selesa dengan lakukan perkara yang berbeza.

“Semua orang adalah pelajar sepanjang hayat. Bukan dimana kita belajar, tetapi apa yang boleh dipelajari…”

Doakan kejayaan saya.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply