Model Pemasaran SMS #5 – SMS Broadcasting

Salam Sejahtera,

Cuba anda bayangkan kalau anda seorang ketua, atau pemimpin ingin menghubungi 200 ahli dibawah anda dan anda mahukan setiap ahli akan mendapat berita yang anda sampaikan? Email group mungkin jawapannya. Tetapi berapa ramai pula yang sentiasa memeriksa email mereka? Bagaimana pula kalau maklumat yang anda ingin sebarkan perlukan jawapan yang urgent ?

Hanya hantar sekali, 1 juta ahli pun dapat..

Sistem Broadcasting SMS sebenarnya mempunyai konsep yang sama dengan email broadcasting. Broadcasting merujuk kepada menghebahkan kepada semua.Broadcasting dilakukan dengan salah seorang ahli dalam suatu kumpulan menghantar maklumat, dan maklumat tersebut diterima oleh semua ahli dalam kumpulan tersebut. Sekiranya menggunakan email broadcasting, satu email akan dihantar, dan semua ahli akan menerima email tersebut. Walaupun begitu, email broadcasting hanya akan efektif sekiranya semua ahli dalam kumpulan tersebut memeriksa email mereka. SMS Broadcasting mempertingkatkan kaedah menyebarkan maklumat dengan membolehkan salah seorang ahli menghantar hanya sekali SMS dan semua ahli akan menerima email tersebut.

Senario Perniagaan:
Katakan anda mempunyai 100 orang anak buah/student/kakitangan/ahli kumpulan. Anda ingin membuat hebahan kepada semua 100 orang melalui SMS yang ternyata lebih cepat dan berkesan. Dengan menggunakan SMSCasting, seseorang hanya perlu menghantar HANYA SATU SMS dan kesemua 100 orang ahli akan menerima ( tidak perlu hantar SMS ke setiap orang) Ini akan menjimatkan masa dan wang orang yang menghantar SMS.

Contoh Aplikasi:
Saya mencadangkan agar Saifulsham menggunakan SMSCasting dalam menghubungi protege dan alumni mereka. Oh ya! Saifulsham adalah mentor pemasaran internet yang telah mengadakan seminar dan konvensyen khusus untuk mereka yang ingin mempelajari pemasaran internet. Sehingga Februari Saifulsham telah mempunyai lebih 200 alumni / protege / dan pelatih yang secara konsisten kerap dihubungi untuk mengetahui perkembangan perniagaan internet masing-masing.
SMSCasting mungkin berguna kepada Saifulsham dalam menghubungi semua alumni mereka, disamping dapat mengetahui perkembangan perniagaan masing2. Contoh saat yang paling penting adalah ketika menghebahkan mengenai konvensyen yang lepas yang dibuat last minute.

Model pemasaran SMS disini agak berbeza dengan model-model sebelum ini. Saifulsham sendiri perlu mencipta SMS group nya sendiri. Dan setelah wujudkan group tersebut, maka ahli alumni yang lain cuma perlu mendaftar sebagai subcriber. Sungguh pun begitu, penyertaan alumni kedalam group Saifulsham adalah secara sukarela, dan mereka boleh masuk dan keluar group pada bila-bila masa.

Contohnya ;

Saifulsham mencipta group dengan menaip YMNG[jarak]Saifulsham[jarak]Sabri dan menghantarkan ke 32781

Apabila group Saifulsham telah wujud, maka ahli alumni yang lain boleh menyertai group tersebut dengan menaip YMIN[jarak]Saifulsham[jarak]NickName Masing2 dan menghantarkan ke 32781

* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej

Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.30. Maka, Saifulsham sudah boleh memulakan perkidmatan SMS Broadcastingnya.

Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Perkhidmatan seperti ini tidak terdapat di dalam trend pemasaran Internet. Sistem Broadcasting ini sangat efektif untuk penyampaian maklumat yang terus kepada pemilik handphone.

Isu :
Setiap SMS yang diterima ahli alumni akan dicaj RM0.30. Ini akan mengurangkan beban kewangan pemilik group.

Prospek:
Pernahkah anda menerima SMS dari telco yang membuat promosi mereka? Konsepnya adalah sama. SMS Broadcasting adalah untuk sebarang komuniti yang memerlukan komunikasi yang berkesan. Komuniti ini boleh jadi seperti cikgu-student, ketua-pengikut, mentor-protege atau yang seumpama dengannya. Komuniti internet yang sesuai menggunakan perkhidmatan SMS seperti ini adalah seperti Saifulsham, Zul Smartusaha & Sham Adsense yang mempunyai pengikut dan komuniti mereka yang tersendiri.

Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini?

p/s : Saya sedang menyiapakan Laman Web SMSGrup yang membolehkan kita membuat SMS Broadcasting. Esok insyallah saya share some progres of this project.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply