Salam sejahtera,
Saya rasa gembira dengan layanan yang saya terima dari kawan-kawan usahawan di Johor Bahru. Sediakan tempat untuk tidur dan office untuk bekerja ( ketika saya menulis blog ini, saya berada di Incubator UTM ). Saya yang cuma datang tanpa sebarang perancangan khusus, menerima sambutan yang baik dari mereka.
Terima kasih kepada mereka!
Sudah hampir 2 minggu saya tidak menulis, dengan sebenar2 penulisan sebagai seorang usahawan. Coretan saya lebih berkisar kepada apa yang berlaku pada saya khususnya dalam bidang usahawan. Juga beberapa post ‘provokasi’ untuk ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Selebihnya tidak banyak yang saya dapat catatkan.
Sepanjang bulan Ramadhan ni jadual memang penuh, terasa letih juga. Ketika saya menulis posting kali ini, kita akan memasuki hari ke 24 berpuasa.. Ini bermakna, tidak sampai 10 hari umat Islam akan merayakan hari kemenangan Aidil Fitri. Saya secara jujurnya, tidak banyak persediaan hari raya seperti tahun2 terdahulu. Mungkin sibuk dengan beberapa projek dan urusan peribadi.
Anyway, ini merupakan bulan Ramadhan yang terbaik pernah saya lalui.. Mengapa? Saya hargai nilai RM1 !! Saya dapat rasakan betapa susahnya untuk memperolehi RM1 ketika saya berniaga di bazar Ramadhan kira2 4 tahun lalu. Memang ketika itu nilai RM1 memang besar. Besar kerana berniaga bulan puasa memang mencabar, dengan keadaan letih berpuasa, terpaksa pula mengusung barang jualan, bukak kedai, tutup kedai… dan ada kalanya hujan ribut yang menerbangkan payung gerai saya…(saya dulu pernah meniaga pakaian baju melayu dan baju kurung kanak2 di Jalan Masjid India)
Sekarang ni, RM1 mudah sekali keluar dari poket. Mengingat kembali kenangan berniaga di Jalan Masjid India, saya bersyukur kerana saya tidak perlu lagi bersusah2 seperti yang pernah saya lalui. Pengajaran bagi saya, bukan RM1 yang menjadi nilaian tetapi usaha untuk memperolehi RM1 itu lebih bermakna..
p.s: Sedihnya Ramadhan hampir2 meninggalkan kita. 🙁