Salam Sejahtera,
Kepada anda yang pernah terlibat dengan permainan atau kuiz secara SMS, BERHATI-HATI!.. Seringkali sindiket penipuan kuiz SMS dapat dikesan dengan menggunakan teknik yang sama, modus operandi yang tidak berbeza.
Mereka menggunakan SMS sebagai medium untuk menipu orang lain. Ini dilakukan dengan menghantar SMS kepada mangsa dengan menyatakan bahawa mangsa telah memenangi hadiah wang tunai dan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun mangsa.
Penipuan dilakukan dengan cara mangsa perlu menghubungi suatu nombor telefon yang diberikan dan ikut seperti yang diarahkan termasuklah memaklumkan sindiket nombor akaun mangsa. Kemudiannya mangsa akan diminta untuk mendaftar e-PIN secara online. Mangsa akan diminta untuk mendaftarkan nombor e-PIN sebagai 123456.
Nombor e-PIN tersebut akan digunakan oleh sindiket untuk mengeluarkan wang dengan begitu mudah.
Sindiket ini mensasarkan mangsa yang tiada pengalaman dalam phone dan internet banking. Anda dinasihatkan berhati-hati.
p/s : SMS adalah tools.. Kebanyakan orang tak gunakan tools untuk tujuan baik…