Perniagaan Internet Ada Jurang Generasi ?

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Dah hampir 2 minggu saya berada di Sabah. Maybe tak dapat peluang untuk jalan2 di sini. Banyak lagi kerja perlu disiapkan!

Saya berkesempatan berjumpa dengan En Ikmal di Kota Kinabalu. Beliau seorang penjawat awam bekerja dengan institusi kehakiman negara. Katanya dia berumur dalam 40an dan sering mengikut perkembangan perniagaan melalui internet (kat office internet sentiasa ada). Menurut beliau lagi, beliau sering mengikuti perkembangan perniagaan melalui blog milik Irfan Khairi, Saifulsham, Rajaadsense (sekadar menamakan beberapa) malah perniagaan saya sendiri.

Ada satu statement beliau yang membuat saya berfikir seketika.

Menurut En Ikmal, perniagaan di internet atau SMS ini sebenarnya bentuk perniagaan alaf baru dan cara baru.

Dan cuba perhatikan betul-betul, mereka disebalik perniagaan ini kebanyakannya terdiri dari golongan muda-muda belaka! Betul atau tidak sama ada perniagaan berasaskan teknologi yang dipacu oleh internet ditunjangi oleh orang muda ?

Bagi orang yang ‘agak tidak muda’, perniagaan internet atau SMS atau seumpama dengannya adalah sesuatu yang baru. Ketika Perdana Menteri masih Tun Hussein Onn atau Tun Abdul Razak, mana ada perniagaan berbentuk sebegini.

Mereka berumur 40 tahun ke atas, seolah2 terasa tidak terkejar dengan teknologi yang cepat yang membawa 1001 peluang perniagaan baru.

“Pakcik baru je kenal komputer. Baru nak biasakan diri dengan mouse, tiba2 nak belajar internet pulak. Belajar internet pun terketar-ketar, ni nak buat duit dari internet pulak! Aduhai.. Konfius pakcik! ”

” Internet ni ‘kaku’. Takde elemen kemanusiaan. Kadang-kadang, baca email tu, susah nak agak orang yang menulis email ni, marah ke, gembira ke, sedih ke… Takde feel la “

Mereka ini sebenarnya dah terlepas satu ‘zaman’ dimana sebenarnya komputer dan internet ini tidak lagi kaku dengan pelbagai teknik penyampaian. Mereka terlepas belajar tentang etika internet.

Untuk menyertai perniagaan teknologi seperti internet atau SMS, mereka sepatutnya lebih selective dalam memilih skop kerja. Saya rasa tak perlulah mereka baru nak belajar buat web (sedangkan kalau upah webdesigner pun kos tidak semahal mana). Baik mereka fokus kepada apa yang mereka mahu, daripada menghabiskan banyak masa mempelajari teknologi. Itu belum lagi menyentuh hal-hal promosi dan marketing.

Kerana seringkali disalahanggap apabila ada laman web kelak, mesti dah ada pembeli yang beratur membeli!

Mungkin mereka lebih baik fokus kepada bagaimana meningkatkan jualan dari menghabiskan masa untuk buat web. Dengan niat belajar tidak mengapa, tapi kalau niat utk jimat duit dari upah designer , saya rasa adalah kurang tepat.
Bersetuju dengan En Ikmal, pada pandangan saya memang perniagaan berasaskan teknologi seperti internet dan juga SMS ini banyak digerakkan oleh golongan muda (Ehem…32 tahun masih muda kan ?) Dan dengan kemudahan teknologi, juga memungkinkan pelajar sekolah juga menjalankan perniagaan. Usahawan internet memang kebanyakkannya orang muda dan orang yang sanggup belajar teknologi… Walau pun begitu, tidak sepatutnya umur dijadikan sebab untuk berjinak dengan perniagaan berasaskan teknologi.

Sekadar pandangan…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply