Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Post kali ini sebenarnya sepatutnya telah saya uploadkan lebih sebulan yang lalu. Tetapi diatas sebab-sebab yang tidak mengizinkan, saya terpaksa tangguhkan.
Hari ini saya ingin menyentuh lagi mengenai penipuan SMS, sindiket penipuan yang menggunakan SMS, penyalahgunaan SMS dan sebagainya.
Post-post sebelum ini mengenai salah laku dalam menggunakan SMS juga terdapat di :
Penipuan SMS Yang Menawarkan Hadiah Tunai!
Bukti Orang Hanya Pandai Berkata-Kata
Pulangkan Wang Kami
Post saya pada kali ini bukan untuk memburuk-buruk kan mana-mana pihak dan tidak berniat untuk merosakkan perniagaan orang lain.
Jangan Kerana Nila Setitik
Apa yang saya cuba ketengahkan ini adalah untuk membantu anda semua memahami perbezaan yang wujud dalam perniagaan SMS. Disebabkan ramai dari kita yang tidak begitu memahami konsep perniagaan SMS, seringkali SMS akan dicap sebagai instrumen perniagaan yang berniat jahat, tidak telus dan bersifat manipulatif.
Betul ke anggapan tersebut ?
Memandangkan saya terlibat secara aktif dalam perniagaan SMS, saya tidak mahu pula ada orang yang membuat onar memalitkan lumpur pada perniagaan ini. Saya tidak mahu kerana nila setitik, maka rosaklah susu yang lainnya.
Cerita Tentang MIRSB dan Mobile Income
Saya sering disalahtafsirkan seperti MIRSB atau Mobile Income dan juga perniagaan2 yang sekutu dengannya. Saya dengan ini menafikan SEKERAS-KERASNYA sebarang kaitan saya dengan pihak berkenaan. Saya sebelum ini pun tak pernah kisah, tak peduli dan tak tahu apakah model perniagaan mereka ini!
Mengapa MIRSB Menjadi Fokus ?
Kalau anda selalu baca akhbar Harian Metro, anda tentu tidak larat lagi melihat iklan mereka satu laman penuh mempromosikan tentang potensi menjadi jutawan dengan perniagaan SMS. Saya berasa sedikit tidak senang melihat iklan tersebut kerana bersifat hype, melebih2 sampaikan tercatat nama mereka sebagai bakal Jutawan 2008. Menggelikan hati saya bila melihat mereka.Saya percaya, mereka ini sebenarnya hanya JURUCAKAP sahaja dalam perniagaan SMS ini tanpa sebenarnya terlibat dengan segala transaksi, urus niaga, operasi dan juga pentadbiran perniagaan SMS.
Iklan tersebut lebih bertujuan pemasaran SEMATA-MATA, cara pengiraan yang tidak logik dan realistik. Apa pun, bagi saya itu tiada salahnya kerana iklan tidak pernah mengikat sesuatu kontrak perjanjian.
” Iklan adalah Invitation to Treat dan bukan satu tawaran perniagaan! “
Jadi kaedah pengiklanan yang digunakan oleh MIRSB memang mengkagumkan, memukau untuk ramai orang menghadiri free seminar selama 2 jam yang dianjurkan.
Dengan kemampuan untuk membeli iklan bersaiz penuh satu halaman, berwarna tentu akan meningkatkan tahap keyakinan pembaca bawa mereka boleh jadi jutawan dalam masa yang singkat. Siapa yang tidak berpesona dengan penampilan iklan yang meyakinkan, apatah lagi memaparkan betapa ajaibnya menghasilkan wang dengan mudah!
Kalaulah maklumat dalam iklan tersebut adalah betul dengan fakta yang sebenarnya, saya sememangnya salute kepada MIRSB. Bagi saya iklan yang berjaya adalah iklan yang dapat menukarkan persepsi masyarakat terhadap sesuatu.
Kita Pun Salah Juga..
Betul ke kita ni terdiri dari golongan yang nak cepat kaya ? Mudah dikaburi dengan wang ringgit? Mahu kerja yang senang tetapi dapat pulangan yang banyak ? Yang hanya mahu melabur tidak mahu bekerja ?
Mungkin ada yang tak senang bila kita dilabelkan sedemikian. Ironinya, ramai pula yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Skim Piramid, Ponzi, Skim Cepat Kaya, Pak Man Telo, Pelaburan Internet antara contoh betapa kita ini sebenarnya ada mempunyai keinginan yang ingin cepat kaya, kerja sedikit dan dapat pulangan yang banyak.
Bila kita tengok saje iklan MIRSB yang menjanjikan dunia kejutawanan segera, mulalah meleleh-leleh air liur terbayang-bayang kereta besar, rumah besar, mungkin isteri yang besar juga! Semuanya rasa macam meyakinkan dan benar.
Maka berbondonglah orang datang ke seminar MIRSB. Saya percaya telefon tentu tidak putus berdering menjawap pertanyaan orang yang ingin mengetahui kebenaran menjadi jutawan SMS.
Dengan jumlah orang yang hadir ke seminar, bagi saya MIRSB telah berjaya menjalankan tugasnya mempromosikan SMS sebagai saluran baru menjadi kaya.
*************************************
Niat saya untuk menaip lebih panjang mengenai MIRSB mengikut topik dibawah. Tapi kerana masa tidak mengizinkan, saya akan sambung pada posting akan datang..
Post saya akan datang tentunya :
Apa Yang Silapnya Tentangnya MIRSB ?
Myth Perniagaan SMS MIRSB
Cakap Tak Serupa Bikin
AkademiSMS vs MIRSB
*************************************
Apa yang saya tuliskan diatas adalah berdasarkan maklum balas, dan juga perbualan saya dengan beberapa orang staff MIRSB ( yang tidak tahu bahawa mereka bercakap dengan saya ).
Saya boleh memilih untuk menghuraikan perkara-perkara diatas secara terperinci dalam post-post akan datang. Tapi seperti yang saya katakan diawal tadi, saya tidak pula mahu mengundang sebarang reaksi yang kurang menyenangkan dari pihak yang berkepentingan. Saya cuma huraikan dalam satu post yang padat ini.
Jangan saya pula terheret ke mahkamah atas posting blog saya yang bernilai 2 sen ini.
Pendedahan SMS SCAM
Insyallah, dalam masa beberapa minggu lagi, satu ebook percuma mengenai Penipuan SMS akan dikeluarkan. Ebook ini percuma sahaja untuk anda baca dan edarkan. Saya akan maklumkan sedikit masa lagi mengenai ebook ini. Yang penting, anda akan menjadi lebih celik mengenai bentuk2 scam dan penipuan dalam SMS ini.
Jumpa lagi