Tahun Baru 2007

Salam sejahtera,

Tinggal beberapa hari sebelum 2006 menemui hari terakhirnya dan 2007 akan menjelang. Minggu cuti dengan Krismas + Aidul Adha + Tahun Baru. Mungkin selepas itu ada ibu bapa yang terpaksa ambil cuti apabila penggal persekolahan bermula semula pada awal Januari.

Sekadar wrap-up perkara yang berlaku sepanjang 2006 :

1. Finally abeskan sit in course for my master degree
2. I’ve moved out from Selayang for the first time after 30 tahun 🙂
3. Saya lebih terbuka dengan perniagaan. 2006 saya cuba dengan pelbagai produk dan perkhidmatan lain dan tidak semata-mata dengan ICT…
4. Saya sempat launchkan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS
5. I’ve met some of good people Saifulsham team, Dr Irfan Khairi, Zamri Nanyan, CheapestCovers team dan ramai lagi yang tak sempat nak tulis…

Itu perkara besar bagi saya since banyak azam saya yang lain dah saya tunaikan.. Alhamdulillah.

Jadi 2007 merupakan jangkamasa yang baru selama 365 hari untuk saya mencapai cita-cita saya. Insyallah, ada beberapa peristiwa menarik lagi akan berlaku. Saya pun tak sabar2 untuk memulakan tahun baru. Salah satunya launching pemasaran internet untuk VCD Buat Sendiri Ringtone Anda pada 2 Januari. Dalam bulan Januari dan Februari saya jangkakan 3 projek akan saya lancarkan. Dengan sokongan partners yang lain, doakan ia boleh dicapai.

Biarlah keazaman itu tidak saya nyatakan secara terang. Pada saya keazaman itu terletak pada hati, yang sering membara untuk saya lakukannya. Tetapi saya telah tuliskan my ultimate goals untuk 2007. SAYA AKAN MENCAPAINYA! Azam itu mudah, tetapi tidak semudah untuk mencapainya! Saya doakan kawan2 yang lain juga akan mencapai apa yang dihajati.

p.s: Selalu mulakan dengan bulan Muharram….

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply