+ 2012. Saya bertegur dengan seorang pendaki Gunung Kinabalu. Namanya saya sudah lupa tetapi berasal dari US. Mendaki gunung menjadi rencana kembara panjang. Beliau mula di Jepun, Korea, Macau dan ke K.Kinabalu. Beliau menuju ke Australia dan pelbagai destinasi seterusnya. 3 bulan masa diambil untuk menamatkan kembara. Bercuti katanya.
+ 2014 : Saya tinggal di hostel kembara di Athens. Gambar di atas adalah teman sebilik di hostel Florian. Beliau terkejut mengetahui saya telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Itu baginya sesuatu yang luarbiasa, kerana membesarkan anak melibatkan kos yang besar. Kebebasan akan terbatas, masa untuk kembara akan sangat terhad. Saya hanya senyum. Saya katakan pada Florian, saya akan bawa anak bersama anak ketika kembara akan datang.
Tiba-tiba saya rasa semangat kembara bersama anak.
Bagi orang barat, memang telah ada aturan perjalanan hidup. Bercinta-Simpan Duit-Kahwin-Travel-Ada Anak-Bawa Anak Travel
Bagi saya, aturan ini tidak terpakai sama sekali! 🙂
Setuju, umur bukan penghalang, di mana ada kemahuan, di situ kita cuba usaha cari jalan….
Sudah umur begini baru ada peluang. Redha. Mahu ikut ke Siberia pula.