Windows Vista 1st Preview in Thailand

Berkesempatan mencuba Windows baru yang dijangka menambah kekayaan En. Gates – Windows Vista ketika mengunjungi Bangkok International ICT Expo. Agak keliru dengan strategi pemasaran Microsoft kali nie kerana dijangkakan akan releasekan 6 jenis lesen sekaligus.

1st Time Preview kat Thailand

Dijangkakan akan mula dijual pada awal suku tahun 2007. Sebelum ini Microsoft pernah membuat kenyataan mengenai spesifikasi PC yang compatible dengan Windows Vista. Sekadar mengimbas semula, Vista yang pada awalnya dikenali sebagai Longhorn, sepatutnya berada di pasaran pada akhir tahun 2006, merupakan sistem operasi yang telah lama dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi dikatakan Vista telah mengalami perubahan yang besar dalam keluarga Microsoft khususnya dalam aspek bagaimana sistem ini bekerja.

Sekali dia cakap Siam.. Memang tak paham...

Secara keseluruhan Microsoft telah menyatakan beberapa perkara penting dalam Vista :

1. Spesifikasi minimum dan recommended. Bererti, sistem operasi kali nie hanya untuk komputer yang ‘terpilih’ sahaja. Microsoft memberitahu bahawa sekiranya PC anda hanya mempunya spesifikasi minimum, maka beberapa ciri2 baru Vista tidak akan diaktifkan. Antara perubahan yang paling besar adalah bentuk grafik antaramuka – dibentuk menjadi 3D seperti kebanyakan permainan 3D.

2. Perubahan besar terhadap bagaimana Vista mengendalikan sound dan networking.

3. Boleh dapatkan tool untuk check kan sama ada PC kita comply atau tak untuk run Vista.

4. Minimum RAM 512, recommended 1G

Sekali fikir, saya rasa Vista hebat.

2 kali fikir, saya rasa Vista nie menyebabkan saya terpaksa melabur lebih pulak untuk upgrade PC. Vista menggunakan terlalu banyak resource PC, lebih2 lagi menggunakan 64bit & 128bit.. Memang cantik, tapi saya rasa buat masa sekarang, saya rasa baik saya tunggu sehingga PC saya nie kene total change baru saya tukar ke Vista. Anyway, XP saya berfungsi dengan baik… tak perlu tergesa2… Satu lagi , saya rasakan harga Vista tentunya lebih mahal dari XP.
Sape2 nak beli Vista ?? Anyone ?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply