Selamat Hari Merdeka ke 49 - Erti sebuah kemerdekaan

30 08 2006

Sudah 49 tahun tanah air tercinta kita merdeka. Semua sedang sibuk memasang bendera di sana sini. Tak kurang juga yang sibuk memasang lampu2 yang kononnya untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan. Bagi yang suka berhibur, sedang mencari2 tempat hiburan bila detik kemerdekaan dilaungkan.

Begitulah senario sekeliling saya ketika ini. Mungkin saya berada di tempat yang salah, tetapi banyak pengisian merdeka mereka disekeliling saya berbeza dengan apa yang saya sangkakan. 49 tahun kalau diibaratkan seorang manusia, tentunya seorang yang telah menghampiri separuh abad, tentunya penuh dengan pengalaman, kebijaksanaan dan berada di puncak kehidupan. Bagi mereka yang menghampiri usia emas, lebih memilih untuk lebih beribadat dari sibuk mengejar urusan dunia. Sepatutnya lebih bijak dan matang.

p/s : Cikgu tadika disebelah rumah saya ni bertanyakan soalan berikut kepada anak muridnya “Kamu tengok Siti Nurhaliza bersanding tak semalam ? Ke awak tengok Mawi ? “ - Alahai anak bangsaku. Janganlah terlalu enak dibuai mimpi, bangunlah.






10 Skop Peluang Perniagaan ICT

29 08 2006

Saya sempat menghadiri seminar sehari setengah yang dianjurkan oleh MARA. Selain dari mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama usahawan, ada beberapa intipati dari sesi seminar tersebut yang saya rasa ingin saya kongsi. Khusus buat mereka yang menceburi bidang perniagaan ICT, ini sekadar senarai untuk anda semak dalam perniagaan tersebut. 10 bidang tersebut adalah :

1. Khidmat Sokongan

2. Communication Collaboration

3. Perolehan ICT

4. Pengurusan Data Center

5. Infrastruktur ICT

6. Perisian dan Aplikasi

7. Khidmat Runding

8. Sistem Aplikasi

9. Pembangunan Literasi ICT

10. Keselamatan ICT

Insyallah, berkesempatan nanti, saya akan cuba huraikan satu persatu. Skop sangat luas. Pilih dan fokus. Melibatkan perbelanjaan yang besar. Peruntukan juga adalah tinggi.
Kalau anda diberi pilihan, bidang mana pilihan anda ?






Seminar Susulan Program Perkongsian Bistari / Teknousahawan

28 08 2006

Saya telah attend seminar pada hari Ahad dan Isnin lepas. Tidak banyak maklumat baru yang saya perolehi, cuma kesempatan ini saya gunakan untuk mendapatkan beberapa info tentang pengurusan rangkaian dan juga geran promosi dan pembungkusan. Selebihnya saya ambil peluang untuk berbincang dengan MDeC mengenai syarikat MSC status.

Cuma agak ralat bila peserta tidak seperti yang dijangkakan. Mungkin kerana last minute invitation yang mereka terima.






Blogging for Big Bucks!

27 08 2006

Memang seronok saya baca artikel dalam Yahoo! ni … For opportunist, anda di track yang betul ..

It’s not just a hobby — some small sites are making big money. Here’s how to turn your passion into an online empire.

Michael Arrington is a partying kind of guy. While showing off his home in Atherton, Calif., he boasts about how he crammed 500 people into his one-acre backyard at a bash in February. Then there are the official parties, like the one he threw last Friday at August Capital, a nearby venture firm. Weeks ago, Arrington posted an open invitation on his website at 3 a.m. By sunrise, all 500 spots were taken; the onslaught of traffic crashed his site.

Arrington, a 36-year-old entrepreneur behind a long list of unrecognizable startups, has suddenly become one of the rising stars of Silicon Valley. Why? The answer lies in TechCrunch, Arrington’s blog about new technologies and companies. In the year since he launched the site, he’s become a go-to person for VCs and tech execs looking to leak corporate tidbits or announce news. More than 1.5 million readers regularly check out his site.

But here’s what gives Arrington real distinction: He’s pulling in $60,000 in ad revenue every month. That’s 10 times what the site was making earlier this year, which was when Arrington, convinced of the potentially monstrous riches ahead, quit his day job as president of a startup to blog full-time. Real businesses, real money

Baca lagi …






SMS - Menjual 24 jam

27 08 2006

Saya baru lepas attend appointment bersama beberapa orang prospek. This time, mereka meminta saya mengendalikan infrastucture untuk SMS gateway. Prospek ni merupakan orang2 lama dalam industri penerbitan dan muzik tanah air. Cukuplah dengan saya nyatakan bahawa mereka ni antara penerbit rancangan Kisah Benar, TV3 juga penerbit2 album seperti Lefthanded dan Search. Mereka dalam rangka kerja untuk menyiapkan sebuat terbitan ‘games show + reality show’.

Antara yang saya dapat simpulkan, mereka dapat melihat potensi perniagaan SMS bukan sekarang ringtone atau wallpaper, malah aplikasi biasa yang kita dapat lihat di kaca TV. Boleh disimpulkan bahawa :

1. SMS business mencari client untuk anda 24 jam sehari

2. Gabungkan web dan SMS menjadi senjata istimewa

3. SMS adalah mudah, cekap dan boleh menjadi proses penuh automasi

4. Aplikasi yang boleh dikembangkan

SMS masih menjadi pilihan berbanding SMS, dari segi functionality dan aplikasi. Walaupun MMS juga mengalami pertumbuhan, tetapi SMS tetap menunjukkan pulangan yang lumayan kepada penyedia perkhidmatan Malaysia. Kalau saya berkesempatan, saya akan upload beberapa hasil kajian saya terhadap perniagaan SMS.

Ingin turut serta ?






Tips memenangi sebutharga

24 08 2006

Untuk memenangi sesuatu sebutharga tu bukannya nasib atau tuah. Tetapi kalau nak menang, kene rajin dan kuat berusaha. Walau kat Malaysia, ayat saya tadi kurang digunapakai (kerana pengaruh politik), tapi saya rasa itulah yis atau intipati sesuatu usaha. Tidak datang bergolek sesuatu. Walau pun sekecil mana, itu hendaklah diusahakan. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya..

Saya juga berusaha. Saya berikan 110% kekuatan melakukan sesuatu. Saya pastikan fikiran saya sentiasa ligat berpusing. Saya cari jalan, cari kaedah macam mana saya nak menang sebutharga (selain pengaruh2 yang saya nyatakan tadi). Saya dapat simpulkan beberapa pendekatan yang saya selalu laksanakan sebelum saya menyertai sesuatu sebutharga atau tender.

1. Buat homework sebelum datang taklimat
Class 101. Saya pastikan saya selalu mempersiapkan diri dengan membuat sedikit (banyak juga rasanya) research mengenai projek berkenaan. Baik dari segi teknikalnya, mahu pun backgroundnya. Ini dapat dan terbukti membantu saya memahami lebih apa yang dikehendaki. Ketika ini saya dapat menyediakan beberapa soalan2 yang saya akan tanyakan nanti. Saya tau apa yang saya tahu, dan saya tahu apa yang saya tidak tahu. Ini telah memudahkan saya 50% dari segi penyediaan sebutharga atau tender.

2. Tanya soalan
Saya amalkan bertanya kepada pihak yang memberi taklimat. Kan ke malu bertanya, akan sesat jalan ? Saya tak nak sesat jalan. Sebelum saya sesat, baik saya cari peta, saya carik jalan keluar.

3. Tanya soalan
Bukannya salah taip. Sengaja saya ulangkan. Kalau anda tak buat homework anda, anda pasti tatau nak tanya apa. Sebab anda tak tahu apa yang anda tak tahu…. Pentingkan buat research ??

4. Dekati officer - tanya soalan
Selepas sesi taklimat, cuba dekati pegawai. Cuba minta pandangan. Kalau tatau apa idea nak tanya, tanya dia apa plan organisasi selepas projek ni.Atau tanya dia apa yang dia idamkan dari projek ini. Selalunya rahsia2 besar keluar dari mulut mereka tanpa mereka sedari ketika ini. Pandai2lah anda manipulasikan mereka.. Tips mahal nie!!

5. Edarkan business card dan buat follow up
Jangan lupa kasi business card anda. Mereka mungkin tidak ingat anda. Tetapi sebaik balik dari taklimat, anda terus emailkan mereka. Buat kata2 salam perkenalan menyatakan betapa membantunya mereka kerana beri taklimat pagi tadik. Katakan juga sesungguhnya mereka sangat2 prihatin dan membantu. Kita kene kipas, tanya cara mesti adaaaa… Ye lah.. siapa yang tak suka kena puji ye tak ?? Manusia….

6. Tengok siapa pesaing anda
Cuba2 intai siapa pesaing anda. Kompeni besar ke kecil. Buka mulut dan tanya kat mereka dari mana. Kalau malu sangat nak tanya, cuba jeling2 kat dokumen borang kehadiran. Kalau malu jugak, jgn jadi usahawan :)

Di akhir taklimat sepatutnya anda dah boleh tentukan apa yang dikehendaki oleh client. Apakah mandaroty, apa kah wish list. Seboleh2nya beri mereka lebih dari yang diharapkan. Its good for you and your reputation. Anda tidak datang secara suka-suka. Anda datang dengan strategi untuk menang!






Adakah anda Aset atau Liabiliti syarikat anda ?

23 08 2006

Saya attend taklimat sebutharga pagi tadi untuk satu projek kerajaan. Ada lebih kurang 10 syarikat yang attend taklimat tersebut. Dari 10 syarikat, 5 syarikat adalah Bumiputera. Kalau saya gunakan konsep ‘bertongkat‘, peratus saya nak dapat sebutharga tu 50%. :) Tapi saya take it as a fair and square game. Takder nak tongkat2 nie. Sanggup susah2. Bukannya tak pernah rasa susah. Ada rezeki adalah ye tak ? Tak payah risau.

Ada sesuatu yang saya rasa saya nak kongsi dengan kawan2 semua. Mengikut pengamatan saya, ramai yang attend taklimat sebutharga dan tender hanya menjadi ‘pendengar’ taklimat dan lari dari urusan pejabat. Mungkin mereka nie cuma staff yang diarahkan untuk datang ke taklimat tersebut. Tunjuk muka cukup lah. Yang penting datang, dan boleh submit sebutharga. Jarang mereka ambil kesempatan ini sebaik2nya.

Alangkah ruginya mereka berpendirian begitu. Sedangkan apabila menghadiri taklimat, mereka boleh memberi suatu input kepada syarikat. Apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dicadangkan kepada pelanggan. Tapi bila habis taklimat, mereka pulang dengan tangan kosong, lebih teruk lagi bila fikiran pun kosong. Walaupun begitu, mereka tetap gembira kerana perut mereka tidak kosong (biasanya lepas taklimat ada makan + minum sikit)….

Kepada usahawan sekelian, jangan buang masa anda dengan cara begitu. Anda sepatutnya menjadi kelebihan kepada syarikat, dan bukannya menghabiskan ‘boreh’ je… Biasanya saya akan amik peluang taklimat utk beberapa perkara. Dan saya ada matlamat sendiri bila pegi ke sesi taklimat seperti tu. Saya mahukan sesuatu input dalam borang sebutharga saya. Saya mahu cadangan saya benar2 dapat membantu pelanggan mencapai matlamat mereka. Saya mahu mereka puas. Saya mahu rekod yang baik. Dan saya mahu rezeki yang saya perolehi, diberkati oleh Allah.

Kalau anda pergi ke seminar, taklimat atau mesyuarat, adakah anda sudah benar2 bersedia ?






Office Collaboration - Solution untuk Pengurusan yang cekap

22 08 2006

Saya sebenarnya dah beberapa kali tengok e-Groupware (open source) sebelum ini.. Saya juga telah beberapa kali install ke dalam server office hanya sebagai tujuan percubaan. Bagus memang bagus, tetapi not for dummies. Sekurang2nya kene tau konsep office collaboration ni, what are the elements etc then bagaimana ia boleh menyumbangkan kepada produktiviti di pejabat anda. Ada beberapa modules yang saya rasa sangat ‘cool’ dan memang akan membantu dalam menjalankan kerja2 pejabat yang melibatkan koordinasi dan ramai ahli pasukan.

Secara kasarnya saya boleh simpulkan bahawa e-groupware boleh dipecahkan kepada 4 fungsi utama ; Office Collaboration, Document Management, Knowledge Management dan Email Integration. Sungguhpun begitu ada banyak lagi modul yang saya rasa bagus (sebenarnya untuk projek C saya kali ini saya tak pakai pun banyak2 modul). Sekadar berkongsi, maybe saya boleh memberikan beberapa input kepada anda tentang kunci kekuatan office collaboration. Mana lah tau, suatu hari nanti anda pulak yang kena manage team anda, atau sekurang2nya menguruskan projek anda. Andakan bakal2 usahawan kelak ?? :)

Office Application
Jangan keliru dengan istilah aplikasi pejabat seperti Microsoft Office. Sebenarnya nama modul ini saya yang berikan ikut citarasa saya sendiri sebab tiada istilah yang tepat dinyatakan dalam e-Groupware. Asalkan saya faham, dan majoriti dari kawan2 saya faham itu sudah cukup bagus. Dalam office application ada beberapa key modul seperti :

Contact dan Calendar
Yang ini mungkin suatu yang dah biasa kita pakai. Kalau kita pernah guna MS Outlook, konsepnya lebih kurang saya. Jadi kalau sama, apa keistimewaannya ?? Perlu diingat, dalam konsep office collaboration, banyak sumber dalam syarikat dikongsi. Contact dan calender juga akan dikongsi sekiranya mahu. Yang penting contact dan kalendar berfungsi dalam senario pengurusan sesuatu projek.

InfoLog

Nama InfoLog mungkin agak sukar untuk kita memahaminya. Sebenarnya InfoLog adalah module khusus untuk pengurusan notes, to-do list, task manager dan juga phone delegation. Sangat mudah untuk menguruskan perkara2 yang kecil. Seperti stick-on note, itulah konsep InfoLog. Err.. Masih blur ??

Resources
Antara modul pengurusan aset dan sumber syarikat yang saya tengok paling efektif. Dengan ada modul ini, semua harta benda dan aset pejabat akan direkodkan. Setiap ambilan atau pemulangan aset tersebut hendaklah melalui sistem. Ini dapat menyelesaikan masalah dimasa sering berlaku, aset seperti laptop yang sering ‘hilang’ atau letak entah dimana. Dapat memaksimakan penggunaan sumber dalam syarikat.

File Manager
Berguna untuk menguruskan segala dokumen dan surat menyurat dalam syarikat. Sebagai contoh, seorang kerani perlu pengesahan boss sebelum boleh mengepos surat yang ditaipnya. Apa yang perlu dibuat, surat yang telah selesai ditaip disimpan di server khas. Boss hanya perlu tengok dalam server untuk sebarang surat yang perlu perhatian dan pengesahan. Efisien untuk office yang remote dan decentralized.

Personalization
Seperti konsep pengurusan sistem peribadi dimana kita boleh memilih apakah modul yang ingin dipaparkan, apakah theme dan yang diingini. Mengikut citarasa masing-masing.

Project Management
Ini lebih complicated. Sesiapa yang biasa buat project management (PMI standard ye, bukan ikut standard sendiri), mungkin dapat rasakan betapa mudahnya menggunakan sistem ini. Pengurusan sumber manusia, kewangan, sumber dan juga jadual perancangan projek juga boleh dimasukkan. Sebagai pilihan, Gantt chart juga bole dijadikan pilihan dalam modul ini.

Saya saja nak share info-info macam ni. Mana tau anda mencari system yang memudahkan kerja anda. Saya promote e-Groupware (walau tak dapat apa2) :) . Kalau nak hurai habis, jadi panjang pulak posting saya kali nie.. ramai juga yang menguap tak paham ape yang saya tulis agaknya .. heheh….






Limitasi forum sebagai alat internet marketing

21 08 2006

Beberapa hari lepas saya sibuk sedikit untuk menyiapkan beberapa catatan dan projek istimewa bersama2 dengan rakan2 Most yang lain. Hari ini sibuk dengan menyiapkan presentation dan discussion untuk beberapa prospek projek. Semua perlu disiapkan dalam minggu ini seboleh2nya. Saya plan untuk pergi ke Sintok awal minggu depan. Sempat ke tak siapkan keje kat KL ni?

Walau macam mana pun, Project B saya masih terus berjalan. Sudah masuk hari ke 3. Iklan berbayar masih belum muncul seperti dirancang (Oh ya! Untuk projek ni peruntukan pemasaran cuma RM110 sahaja!) So agak mengecewakan kerana iklan tersebut boleh dikatakan mahal jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan yang saya ada.

Good news is, antara forum2 yang saya singgahi dan sertai mula menunjukkan hasil. Not much but progressing. Tengok dalam masa seminggu dulu, then maybe kene tukar sedikit plan pemasaran. Amik masa sedikit untuk mengetahui result sesuatu strategi pemasaran nie. Anyway, beberapa perkara yang saya sedari yang saya banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang tidak perlu.

1. Tentukan forum mana yang tidak menerima iklan komersil
Sebelum anda susah nak register dalam setiap forum, anda kene buat beberapa ‘kerja rumah’ dulu. Kebanyakan forum yang bagus mempunyai term and condition yang menerangkan mengenai syarat2 post yang dilakukan oleh ahli2 nya.. Kebanyakan kita ( tak semua ya! ) memang saya boleh gerenti, tak baca! Bukan malas, tapi maybe nak cepat kot :) . Anyway, untuk business, step ni tak bole nak skip. Kene baca jugak walau pun boring macam mana sekali pun. Kalau ditulis dalam English mesti ramai yang dah kelabu mata. Kalau anda ingin buat promosi, pastikan anda tidak melanggar syarat2 yang dinyatakan. Jangan sampai penat anda menaip artikel promosi anda, tapi sayangnya tidak dapat dipublishkan kerana kesilapan melanggar syarat2 posting. Alangkah ruginya masa!

2. Had patah perkataan dalam setiap posting
Tips pertama nak tulis sales letter, mesti padat ringkas dan catchy. Tulis sekreatif mungkin hingga membuatkan orang tak sabar2 nak membaca iklan anda. Maybe ayat seperti ” Kalau anda sudah lawa, JANGAN baca iklan ini “ menarik orang untuk membaca. Fitrah manusia. Lagi kita cakap jangan baca, lagi dia nak baca. Lagi teruk kalau nak baca berulang2 kali :).. Ada yang terasa pedasss?? :) Biasanya setiap posting mempunyai had patah perkataan yang boleh dimasukkan. Pastikan setiap patah perkataan anda adalah perkataan yang tepat. Every word count!

3. Forum tidak menyokong image upload
Kebanyakan forum sekarang menyokong ciri2 untuk kita memuatnaik file @ image. Tetapi jangan terkejut masih ada forum2 yang tiada ciri2 tersebut. Mungkin nak jimatkan resource server kot :P

4. Ketahui jumlah membership dan keahlian
Konsep mudah. Lagi ramai orang dalam sesuatu forum, lagi ramai peratusan orang melihat iklan anda. Hopefully dari ramai2 yang melihat iklan anda, dalam dapat 20% pembeli sudah cukup bagus. Lagi ramai lagi bagus. Ini penting untuk anda menentukan sama ada anda patut membayar utk kos pengiklanan (beli banner di forum sebagai contoh). Ada sesetengah iklan portal mengenakan fees yang agak mahal, tetapi keahlian tak de la seramai mana! So berhati2.. Tengok juga siapa ahli forum yang paling

senior dan dah brapa lama dia terlibat. Sebagai tips, orang itu mungkin dapat membantu ada!! (tak faham takpe, baca hingga bawah ye)

5. Ketahui hits forum dan jumlah posting
Antara yang penting juga, pastikan jumlah posting yang telah dihantar oleh ahli2 forum adalah tinggi. Tidak guna forum gah, ahli ramai tetapi kebanyakannya malas menghantar artikel atau posting. Ini memberi kita tanda bahawa forum tersebut tidak berapa digemari oleh ahli, dan maybe tidak aktif.

6. Jimatkan kos iklan sebaliknya jemput mereka untuk joint venture ..
Ini yang saya maksudkan. Cuba anda approach ahli2 senior atau pentadbir forum tersebut. Ajak untuk buat joint venture dimana mereka menyediakan ruangan iklan secara percuma kepada anda. Sebagai balasan anda bagilah sikit peratusan keuntungan anda. Business is about sharing, so jangan kedekut2. Maybe anda bole hubungi mereka dapatkan nasihat di ruangan / room mana anda bole iklankan dan kena pada target market. Memudahkan kerja anda. Sebenarnya cara ini lebih jimat untuk jangkamasa panjang disamping anda buat joint promotion. Selalunya branding yang anda bina dari kaedah pemasaran bersama ini kekal jauh lebih lama dari apa yang anda jangkakan.

Saya akan terus memberikan posting saya mengenai internet marketing di forum. Saya rasa perkara ini dapat membantu ramai kawan2 saya di luar sana…. Cuba2 lah ye






Protected: Progress Report - BPU Project Meeting

20 08 2006

This post is password protected. To view it please enter your password below: