Kertas Kerja Mantap – Perancangan Pemasaran III – Marketing Mix

Salam Sejahtera, Kebanyakan dari kita kurang memberi penekanan kepada aspek pemasaran. Ini mungkin disebabkan kebanyakan kita terlalu fokus terhadap pembangunan produk atau perkhidmatan sehingga elemen pemasaran terabai. Pengalaman saya ketika…

Continue ReadingKertas Kerja Mantap – Perancangan Pemasaran III – Marketing Mix

Biarkan apa orang lain kata …

Salam Sejahtera,

Tentunya ramai yang telah kembali dari cuti. Minggu lalu ramai yang mengambil cuti mungkin kembali ke kampung bersempena dengan cuti sekolah.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana segala usaha anda dipandang rendah, diperkecilkan dan diperlekehkan oleh orang di sekeliling anda? Pernahkah anda merasa lebih ramai orang yang mengkritik dan meng’condemn’ anda dari mereka yang menyokong dan memberi pandangan positif terhadap usaha perniagaan anda?

Ayat-ayat seperti ” Alah.. berangan ko je lebih, buat tak tentu lagi… ” atau “Idea ko ni tak boleh pakai lah.. ko ingat senang ke nak berniaga ? ” memang selalu kita dengar. Lebih-lebih lagi kita baru berjinak-jinak dengan perniagaan.

Ketika saya mengambil keputusan untuk meninggalkan RHB Bank dahulu, dan memulakan perniagaan saya sendiri, tentangan yang datang sangat hebat. Tentangan yang kuat tentunya datang dari keluarga sendiri. Saya sendiri tahu bahawa mereka bimbangkan tentang masa depan saya, lebih-lebih lagi mereka tidak pasti keupayaan saya untuk melaksanakan perniagaan sendiri. Meninggalkan kerja makan gaji dan pendapatan yang agak lumayan ketika itu bagi mereka,  merupakan kesilapan  yang terbesar yang saya lakukan untuk membuat sesuatu yang belum pasti. Tambahan pula ketika itu, negara masih lagi mengalami keperitan melalui keadaan ekonomi yang suram dan masalah kewangan yang teruk akibat spekulasi .

Tapi saya buat juga. Idea gila yang orang kata tak boleh pakai saya lakukan jua. Pedulikan mereka…

Saya ambil kata-kata yang positif. Kata-kata yang negatif dan boleh melemahkan, saya tinggalkan di belakang. Saya tidak peduli bahkan kata-kata itulah yang menjadi perangsang kepada saya untuk lebih berjaya. Setiap hari saya bertanya diri saya, adakah apa yang saya lakukan salah? Tentu sekali tidak… Bahkan, semakin kuat azam saya untuk terjun ke dunia perniagaan.

“Inilah yang aku ingin lakukan… This is my passion, this is my dream. To create my destiny with my very own hand..”

(more…)

Continue ReadingBiarkan apa orang lain kata …

Adakah Anda Usahawan Itu?

Salam Sejahtera,

Memulakan sesuatu perniagaan atau memiliki sesuatu perniagaan bukan perkara kecil. Ia memerlukan pandangan yang berwawasan dan perancangan yang teliti untuk mengubah kehidupan dari makan gaji ke menggaji diri sendiri. Sebelum anda boleh mengarahkan orang tentang apa yang perlu dilakukan, anda hendaklah menilai diri sendiri apa yang anda TAHU dan MAHIR lakukan. Pilih perniagaan yang sesuai dengan kebolehan anda sendiri.

Perniagaan Menuntut Pengorbanan. Adakah anda bersedia?

Saya rasa bersyukur kerana memulakan perniagaan di kala usia saya masih muda lebih kurang setahun lepas tamat pengajian. Jadi saya tidak terasa banyak tekanan apabila memulakan perniagaan untuk berubah dari makan gaji ke perniagaan sendiri. Maklumlah, dah biasa dengan ‘tiada duit’, menjadikan saya lebih matang dalam berbelanja dan merancang perniagaan saya.

(more…)

Continue ReadingAdakah Anda Usahawan Itu?