Di Scotland dulu, aku pernah tanya Abang Halim, jiran sebelah rumah, apa yang buat dia nak balik sangat Malaysia.
.
“Sini makan tak best…”
.
Memang betul. Bab piĺihan makanan memang kita nombor satu. Macam² pilihan.
.
Pot of Asia.
.
Sehingga ada orang tempatan mahu buka kedai makan Malaysia di Scotland sebab rasa menu yang sesuai tekak semua.
.
“From one extend you have fusion Chinese food, to the extend of spicy India. Nothing can go wrong with Malaysian taste.”
.
Syukur. Negara majmuk menghasilkan citarasa yang pelbagai. Semua bangsa, makan semua makanan.
.
Hidup di luar negara pilihan makan jadi berbeza. Sebab makannya tiada beragam mana.
.
Salad, spageti, fish and chips. Ulang.
.
Atau nasi pilau, briyani, chicken tikka atau karahi. Ulang.
.
Plov, camca, lahman atau cai. Ulang.
.
Begitulah biasanya. Benda sama tiap kali makan. Hidangan tiada kepelbagaian. Rindu betul kedai makan yang bersepah di seluruh Malaysia.
.
Di Krygyzstan, aku nampak KFC. Teringin lak rasa, sebab lama tak makan. Terbayang Hot & spicy chicken beserta sos peket kecil.
.
Rupanya sama tapi tak serupa.
.
Apapun aku syukur.
.
Alhamdulillah, tidak lah juga sampai kebuluran. Perut lama² dah biasa sesuaikan dengan rasa.
.
Beberapa hari tak makan nasi, tak mungkin ada yang kebuluran mati.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Chon Kemin
Krygyzstan