You are currently viewing Memilih Train. Cara Menyeronokkan Kembara
Jarak hotel dengan stesen utama Munich tidak jauh mana.

Memilih Train. Cara Menyeronokkan Kembara

Pagi ini bertolak awal pagi, check out selepas solat subuh untuk mengejar train ke Zurich. Hotel hanya 200 meter dari Munchen Haupbahnhof. Bunyi macam dekat,tapi berpeluh ketiak juga berjalan membawa bagasi dalam kesejukan. Biasanya akan semak dahulu dengan Google Map tetapi jangan terpedaya dengan jarak antara lokasi melalui Google Map yang biasanya diukur dari jarak garis lurus. Kadang kala ia lebih jauh dari yang dianggar. Satu perkara yang aku tengok kereta yang dipandu secara sopan, selalu parking dekat gila antara satu sama lain. Menjimatkan ruang agaknya.

Tip : Jika dinyatakan masa berjalan kaki ke lokasi ada 5 minit, ia bukan 5 minit lenggang kangkung. Orang putih berjalan laju sebab sejuk. Google menganggar orang putih jalan laju 100 meter dalam masa 1 minit!

Train ke Zurich mengambil masa 4 jam 20 minit dan berhenti sekejap di Buchloe, Kempten, Lindau, Bregenz dan St Margrethen, St Gallen dan Winterthur. Seperti ketepatan masa train Eropah yang lain, tepat 7.17 pagi train mula bergerak. Pemandangan dikiri kanan terhampar kawasan luar bandar German. Padang hijau, rumah kotej dan ladang. Tenang hati memandang.

Aku memang jarang upload gambar-gambar cantik. Nanti aku buat post gambar cantik sepanjang perjalanan.

Menghampiri bandar Zurich mata aku disajikan dengan bukit dan tasik di Lindau. Subhanallah! Pemandangan luar bandar negara Eropah memang memukau. Tasik ini pernah aku jelajahi ketika memandu tahun 2014. Terlupa pula. Nanti aku recall.

Train free seating. Duduk mana-mana mengikut kelas masing-masing. Salah satu gerabak ada restoran jika ingin membeli. Ada juga jurujual makanan ala Airasia sepanjang perjalanan. Tandas ada dalam setiap gerabak. Setiap seating ada tempat sangkut baju sejuk dan soket elektrik. Boleh caj alat elektrik sepanjang perjalanan. Sayangnya tren ini tiada wifi.

Tiket boleh dibeli secara online. Seperti biasa, beli awal dapat murah. Tiket boleh dibeli 3 bulan sebelum trip. Tiket dibeli akan dihantar melalui email.

Dewasa membayar tiket pada harga penuh, bayaran separuh untuk remaja. Anak berumur 16 tahun ke bawah yang kembara bersama ibubapa adalah percuma.

Tip : Untuk dapatkan harga tiket tren terbaik/termurah, bandingkan harga tiket laman web rasmi tren bagi kedua-dua negara. Memandangkan train ini melintasi sempadan German dan Swiss, tiket trip ini boleh dibeli di website bahn.de dan sbb.ch. Harganya berbeza walau tren yang sama!

Inspektor tiket akan datang memeriksa tiket. Tunjukkan yang dibeli secara online boleh diprint dirumah.

Dari pengamatan, negara Swiss antara paling ketat dalam mengawasi penumpang dan tiket dalam train antara bandar. Ada sahaja inspektor yang memeriksa. Berapalah agaknya kos menggaji mereka. Dan mungkin juga ini penyebab mengapa harga tiket train di Swiss lebih mahal dari negara lain.

Tip : Jika membeli tiket secara online, bawa kad kredit yang diguna ketika pembayaran. Ia bertujuan untuk untuk pengesahan identiti. Inspektor tegas dalam mengelakkan orang menggunakan tiket curi. Jika tidak dapat sahkan identiti, perlu beli tiket secara on the spot yang tentunya lebih mahal.

Pejam celik pejam celik sampai ke station train Zurich. Zurich Hbf dalam bahasanya.

Seperti biasa, pertama kali sampai stesen mesti tercangak-cakap sedikit. Biasalah. Jika mahu ke destinasi seterusnya, hampiri sahaja pusat informasi stesen dan tanyakan tren seterusnya.

Satu yang paling disukai adalah sikap dan layanan staf pusat informasi. Ketika mahu ke Lauterbrunnen, staff bertanya jam berapa anggaran tren yang mahu dinaiki. Sebutkan sahaja jam berapa, staff akan memberikan senarai penuh tren seterusnya bersama laluan alternatif. Bukan sekadar cakap mulut, maklumat trip akan diprintkan untuk rujukan pelancong. Terus hilang rasa bimbang dan tercangak. Memang sangat membantu.

As usual, Zurich Hbf sangat sibuk. Mungkin seperti KL Sentral secara perbandingan. Aku dulu pernah sampai sekali di stesen ni masa aku mengejar train ke Chur untuk ke Milan. Boleh baca catatan Bernina Express di sini.

Tapi dulu sebab aku macam sedikit rush, aku tak sempat nak explore stesen Zurich ni. Setakat tukar platform je. Kali ni aku ada masa lebih kurang sejam so niat aku untuk menjenguk sikit tempat ni.

Apapun, memandangkan aku duduk di Swiss 3 hari jadi aku rasa ada baiknya aku beli Swiss Pass.

Tip : Lagi pun aku akan travel 100% dengan train, Swiss Pass aku rasa lebih jimat. Itu termasuk dengan diskaun aku naik puncak Jungfrau, Schiltorn dan Murren. Aku akan guna semaksimanya untuk Interlaken-Lucern Express dan terus ke Milan.

Masa aku nak beli Swiss Pass rupanya beratur panjang. Lepas beli je, tengok train aku dah sampai. So anti klimaks sikit. Aku masih lagi belum ada peluang nak review stesen Zurich ni.

Nantilah ya. Di post kan datang.

// Kembara ini berlangsung sekitar bulan Disember 2014. Sekiranya ada sebarang maklumat yang telah berubah atau tidak tepat, mohon maklumkan kepada penulis di id.safarnama[at]gmail.com

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has One Comment

  1. Chuna

    Knp harga berbeza mgikut website ye.

    ID : Ia mengikut musim. Dan sesetengah website tidak rasmi tidak mengemaskini harga. Boleh rujuk ke http://www.facebook.com/tidolahome atau Whatsapp/Call/PM ke +447922405443 untuk current rate availability.

Leave a Reply