Penginapan London antara penginapan yang paling mahal. Kadang-kala sakit hati bayar mahal hanya untuk tidur dan tukar baju.
Bed & Breadfast (B&B)
Antara penginapan pilihan adalah Bed & Breadfast (B&B) dimana penginapan double bed sekitar £60 semalam. B&B di London biasanya adalah bangunan lama 3 atau 4 tingkat zaman Victoria dan kebanyakan tidak mempunyai lift. Hubungi dahulu B&B bagi pertanyaan tentang kemudahan yang disediakan. Kebaikannya ia lebih murah berbanding hotel dan berada di lokasi popular seperti Bayswater, Paddington, Kings Cross/St Pancras, Earls Court dan Victoria. Di Bayswater, memang ramai orang Malaysia. Di situ letaknya Pejabat Malaysian Hall dan juga agensi seperti Mara. Ada juga hotel milik FELDA di situ. Jangan sombong-sombong, tegur dan sapa orang Malaysia jika berjumpa ya.

Hostel & Asrama Belia
Pilihan penginapan London yang lebih murah adalah hostel atau asrama belia, harganya sekitar £20 semalam untuk belia berumur 40 tahun ke bawah. Kebanyakan asrama ini berada di Central London berhampiran dengan restauran atau tempat makan dan kedai serbaneka. Hostel yang biasa menawarkan bilik 2, 4 dan 6 orang. Ada hostel mengasingkan jantina ada yang tidak. Tandas juga dikongsi bersama dengan kemudahan dapur, ruang rehat dan internet percuma. Kemudahan lain seperti laundry dan juga khidmat pelancongan percuma. Jangan bimbang, kebanyakan hostel di London bersih dan selesa.
BACA : Hostel Eropah
Ada sesetengah hostel/homestay dikelolakan oleh orang Malaysia.
BACA : Penginapan Homestay Glasgow.
Hotel Berbintang
Tetapi jika mahu penginapan yang privacy dan selesa, hotel mungkin menjadi pilihan. Harganya lebih tinggi £120 semalam bergantung kepada kualiti dan taraf hotel. Banyak maklumat hotel boleh ditempat secara online di Booking.com atau Agoda.com. Tetapi awas kerana sistem rating dan penilaian bintang di setiap negara berbeza-beza. Jangan bandingkan sistem rating bintang di Malaysia dengan Eropah.
Rangkaian Penginapan London Hotel Selesa dan Ekonomi / No Frills Hotel
Sejak akhir-akhir ini rangkaian penginapan bajet seperti Premier Inn dan Travelodge menawarkan penginapan yang selesa. Juga seperti rangkain iBis dan Comfort Inn menawarkan penginapan selesa pada harga yang kompetitif. Di Malaysia, konsep hotel no frills ini dimulakan oleh Tune Hotel. Nak pakai aircond pun kena bayar extra. Di Eropah dah sejuk.. Tak payah susah-susah beraircond.
Penginapan London Keluarga /Apartment
Penginapan ini sesuai untuk keluarga kerana ada kemudahan seperti dirumah. Dapur dan peralatan memasak, meja makan, mesin basuh dan internet. Apartment biasanya meletakkan sofabed membolehkan lebih ramai tetamu. Kosnya sekitar £200 semalam bergantung kepada lokasi. Semakin berada di Central London, semakin mahal. Ada apartment menetapakan jumlah tetamu yang boleh ditampung. Sesetengag menawarkan seluruh apartment, sebahagian atau sebuah bilik. Apartment boleh ditempah di laman web seperti Airbnb.com
Penginapan London Berhampiran Airport
London ada banyak airport. 4 airport yang paling sering digunakan adalah Heathrow, Luton, Gatwick dan Stansted. Heathrow adalah airport terbesar menawarkan pelbagai bentuk penginapan dari B&B sehinggalah ke hotel berbintang.
***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!
Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.
***************************************************************************************************************************