Pulangkan wang kami…

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Ketika pertemuan saya dengan Team Saifulsham awal bulan ini, Sabri ada menyampaikan pada saya tentang kerisauan beliau tentang bermacam-macam penipuan melalui SMS. Lebih dikenali sebagai SMS SCAM, pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan oleh si penipu untuk memanipulasikan, menipu, dan menyalahgunakan SMS.

Yang paling popular adalah seperti penipuan kuiz Akademi Fantasia yang menawarkan hadiah yang lumayan. Kalau fikir-fikirkan adalah sangat tidak logik kerana untuk memenangi hadiah, mangsa perlu mendepositkan sejumlah wang. Kalau betul jadi pemenang, mengapa perlu membayar pula? Dalam ketidaklogikan itu, masih ramai pula yang jadi mangsa. Begitu mudah…

Pada saya penipuan SMS ini boleh dilakukan dalam 2 pendekatan. Satu, dengan menggunakan SMS sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang tidak betul atau menyeleweng, dan yang kedua menggunakan teknologi SMS dengan memanipulaskan konsep ‘reverse billing’ untuk mengenakan caj yang tidak dipersetujui oleh pelanggan.

Ini berlaku dalam beberapa kes dimana ada sesetengah perkhidmatan langganan tidak boleh dihentikan. Sebagai contoh, Ali melanggan SMS tips kesihatan. Setiap SMS yang diterima adalah RM1. Untuk menghentikan langganan Ali sepatutnya menaip STOP dan menghantarkan ke 322xx. Tetapi lepas taip stop berkali-kali pun, masih tak stop2 juga. Tau-tau, tiap2 bulan dapat bil handphone yang tertera caj-caj tertentu.

Kemarahan Ali tak boleh nak distopkan, apabila beliau terus dicajkan RM1 setiap kali menerima SMS yang diterima, tanpa kerelaaan .

(more…)

Continue ReadingPulangkan wang kami…