Berikan Pelanggan Peluang | Berikan Apa Yang Mereka Mahu

27 06 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Selalunya sebagai penjual, kita perlu meletakkan diri kita sebagai pembeli atau calon pelanggan kepada perniagaan kita sendiri. Bagaimana kalau anda menjadi calon pembeli? Cuba anda bayangkan betapa ‘cerewet’nya anda sebagai pelanggan? Sebagai pelanggan, tentunya mahukan produk yang terbaik dan harga yang termurah! Kalau kita mempunyai kecerewetan sebegitu, tidak kurang juga dengan pelanggan perniagaan kita. Mereka juga mahu memilih. Produk dan harga yang terbaik.Tentunya harga lebih rendah lebih baik.

Oleh sebab itu kita tengok beberapa perniagaan yang berjaya menggunakan strategi tawaran harga untuk mendapatkan pelanggan terlebih dahulu. Yang paling ketara, Airasia dengan konsep pembelian tiket 6 bulan lebih awal sebelum tarikh penerbangan. Memang boleh dikatakan, Airasia berjaya mengubah persepsi pelanggan 100% terhadap nilai perkhidmatan!

Saya memang sangat kagum dengan kejayaan Airasia. Mereka berjaya mendapatkan pelanggan. Hanya dengan menggunakan tawaran harga rendah, semua pelanggan beralih kepada Airasia. Memang hebat!

Seminar Pemasaran dan Perniagaan SMS vs Airasia

Bukan nak lawan Airasia. Tapi saya sendiri sedang mencuba strategi yang digunakan oleh Airasia dalam perniagaan saya. Tahukah anda, Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS menggunakan taktik yang sama seperti Airasia? Yuran akan menjadi semakin mahal apabila tarikh semakin dekat dengan seminar. Anda tahu keputusannya?

Seminar Pemasaran dan Perniagaan SMS FULL-HOUSE!! 25 TEMPAT DUDUK PENUH! Yang paling mengejutkan, penuh dalam masa 2 MINGGU PROMOSI ‘EARLY BIRD’!

Inilah yang menarik. Memang strategi ini so far berjaya. Saya sendiri masih mendalami strategi ini. Strategi ini adalah dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan anda apabila mereka membuat keputusan awal. Beri mereka peluang untuk membuat keputusan dan berikan mereka ganjaran atau diskaun atas keputusan mereka.

Memang betul kata Tony Fernandes “

‘Berikan apa yang pelanggan anda mahu… Mereka akan memilih anda’

Saya akan terus mengkaji strategi ini. Mungkin banyak lagi baik buruk yang saya belum nampak. Anda juga mungkin nampak kebaikan strategi ini, saya sendiri ingin berkongsi dengan anda!

Anyway, thanks Mr Tony!






Buku Buat Duit Dengan SMS : Panduan Pemasaran dan Perniagaan

26 06 2007

Salam Sejahtera,
Akhirnya buku yang dinanti-nantikan telah selamat diterbitkan. Pihak Truewealth telah menghubungi saya untuk memaklumkan khabar gembira tersebut. Insyallah saya akan pergi mendapatkan buku tersebut sama ada hari ini atau esok. Tentunya tempahan awal akan dibuka pada hari esok. Anda boleh layari http://buku.smswang.com untuk membuat tempahan awal. Tempahan awal hanya dibuka untuk 50 orang pertama sahaja! Anyway, maaf laman web tersebut saya masih belum kemaskinikan. Malam ini kerja-kerja ‘house-keeping’ akan dilakukan. Maklumlah, baru balik oustation, tentunya rumah agak bersepah-sepah :)

Saya tidak pasti bila buku ini akan berada di kedai-kedai buku. Maybe sebulan dua lagi. Harganya adalah RM39.90. Saya belum pernah ulas mengenai buku ini. Cuma sekadar teaser bagaimana rupa cover depan buku tersebut.

Pembayaran Komisen Affiliate

Sila kemaskinikan nombor akaun anda. Saya akan membuat pembayaran pada 28 June ini. Lambat kemaskini, lambat masuk duit!






Pulangkan wang kami…

18 06 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Ketika pertemuan saya dengan Team Saifulsham awal bulan ini, Sabri ada menyampaikan pada saya tentang kerisauan beliau tentang bermacam-macam penipuan melalui SMS. Lebih dikenali sebagai SMS SCAM, pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan oleh si penipu untuk memanipulasikan, menipu, dan menyalahgunakan SMS.

Yang paling popular adalah seperti penipuan kuiz Akademi Fantasia yang menawarkan hadiah yang lumayan. Kalau fikir-fikirkan adalah sangat tidak logik kerana untuk memenangi hadiah, mangsa perlu mendepositkan sejumlah wang. Kalau betul jadi pemenang, mengapa perlu membayar pula? Dalam ketidaklogikan itu, masih ramai pula yang jadi mangsa. Begitu mudah…

Pada saya penipuan SMS ini boleh dilakukan dalam 2 pendekatan. Satu, dengan menggunakan SMS sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang tidak betul atau menyeleweng, dan yang kedua menggunakan teknologi SMS dengan memanipulaskan konsep ‘reverse billing’ untuk mengenakan caj yang tidak dipersetujui oleh pelanggan.

Ini berlaku dalam beberapa kes dimana ada sesetengah perkhidmatan langganan tidak boleh dihentikan. Sebagai contoh, Ali melanggan SMS tips kesihatan. Setiap SMS yang diterima adalah RM1. Untuk menghentikan langganan Ali sepatutnya menaip STOP dan menghantarkan ke 322xx. Tetapi lepas taip stop berkali-kali pun, masih tak stop2 juga. Tau-tau, tiap2 bulan dapat bil handphone yang tertera caj-caj tertentu.

Kemarahan Ali tak boleh nak distopkan, apabila beliau terus dicajkan RM1 setiap kali menerima SMS yang diterima, tanpa kerelaaan .

Baca Selanjutnya »






Top 10 soalan yang ditanya selepas membaca ebook - Part II

15 06 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Hari ini hari ketiga saya di Kuching. Semalam sempat juga berjalan-jalan di Riverside dan menikmati laksa Sarawak yang popular di sini. Nasib baik cuaca sungguh baik hari ini, dan semalam membolehkan saya memanjangkan langkah ke banyak tempat. Harap-harap hari ini akan menyebelahi saya lagi, jadi saya boleh sampai ke Cultural Village pula.
Untuk posting hari ini, saya sambung topik mengenai soalan yang sering di tanya selepas membaca ebook saya.

#5 : Saya tiada kemahiran IT. Boleh ke saya memulakan perniagaan SMS?

Ini satu lagi persoalan yang selalu ditanya. Bergantung kepada sejauh mana keinginan anda untuk terlibat dalam perniagaan SMS, kemahiran IT dan teknikal boleh diperolehi atau melalui ‘outsourcing’. Sekiranya anda ingin mempunyai SMS gateway server sendiri tentunya memerlukan tenaga teknikal yang boleh menyokong operasi. Sebaliknya kalau anda hanya ingin berkongsi kod 5 digit anda boleh mendapatkannya dengan membayar sejumlah yuran kepada SMS Gateway provider.

Bagi saya, kemahiran teknikal sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk tidak mencuba perniagaan ini kerana perkara teknikal boleh diserahkan kepada rakan teknologi untuk menguruskannya.

#4 : Apakah SMS Gateway yang saya boleh gunakan?

Saya pernah membuat posting bahawa saya tidak akan mempromosikan sebarang SMS Gateway provider di public. Saya perlu pastikan tiada pandangan serong terhadap saya yang menyatakan saya ingin mempromosikan sebarang SMS Gateway pula. Apatah lagi saya akan dikaitkan dengan mana-mana provider yang saya sendiri tidak terlibat.

Yeap. Saya hanya akan beritahu sekiranya anda emailkan saya personally. Dan cadangan atau recommendation dari saya hanyalah penilaian saya sendiri tanpa melibatkan prejudis kepada perkhidmatan tersebut.

Anyway, saya dah usahakan sesuatu untuk pelanggan saya mengenai SMS Gateway Provider. Insyallah akan saya umumkan pada 7 Julai nanti. Sesiapa yang telah mendaftar untuk seminar, nantikan kejutannya ya!

#3 : Adakah saya perlu mendaftar untuk membuat hebahan kepada pengguna telefon bimbit ?

Sekiranya anda membuat hebahan, kos SMS yang dihantar adalah ditanggung oleh anda. Dengan menggunakan aplikasi web, membolehkan anda membuat hebahan kepada sesiapa sahaja. Aplikasi seperti SMS Broadcast membolehkan anda berbuat demikian. Walaupun begitu, perlu diingat saya tidak menyediakan senarai telefon bimbit untuk anda gunakan bagi
membolehkan anda menghantar SMS. Anda PERLU gunakan senarai anda sendiri.

Bagi SMS Broadcast yang saya berikan, saya akan menyediakan username dan password untuk mengelakkan penyalahgunaan SMS Broadcast seperti penghantaran maklumat yang menyalahi undang-undang atau seumpamanya.

#2 : Bilakah saya boleh memulakan perniagaan SMS ?

Bagi saya perniagaan dikira dari hari anda mula memulakan sebarang aktiviti dalam perniagaan. Secara purata, nombor
5 digit boleh disediakan dalam masa 5 hari bekerja. Kalau nasib lebih baik, 2 hari memadai.

#1 : Saya tiada idea produk yang ingin dijual. Macam mana ye?

Ini soalan yang paling susah nak jawab. Ibarat anda mempunyai kedai, tetapi tidak tahu apa yang hendak dijual didalamnya. Ada beberapa produk yang memang popular di pasaran. Kepada peserta seminar, nantikan kaedah untuk mencari idea terhebat yang menjual!

Ada lagi beberapa soalan yang saya tidak boleh masukkan di sini. Terlalu sukar untuk dihurai.

p/s : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS akan diadakan pada 7 Julai 2007. Tempat terhad. Daftar disini.






SMS Broadcast - Kos yang perlu anda tanggung

14 06 2007

Salam Sejahtera,

Hari kedua di Kuching. So semalam dah ambil a full day untuk membiasakan diri dengan kawasan dan jalan-jalan raya di sini. Macam biasa, first time mesti sesat. Nasib baik ada peta yang disediakan oleh pihak hotel, sampai juga ke destinasi. Maybe hujan lebat yang turun sedikit merisaukan, takut2 banjir macam kat KL. Memang betul2 lebat, mencabar jugalah driving di Kuching ni dalm hujan lebat dan jalan yang kecil. Anyway, I’m still alive :)

Saya dah beberapa kali membuat posting mengenai perkara ini. Ramai di antara pelanggan saya sering keliru antara jenis-jenis aplikasi SMS yang ada.

Saya menerima email lagi dari rakan yang berminat untuk membuat hebahan perniagaannya. Dan beliau meminta saya rekomen SMS Gateway provider yang sesuai.

Saya rasa, rakan saya tu agak keliru!

Saya beritahu kepada rakan saya, aplikasi yang paling sesuai adalah SMS Broadcast, dimana aplikasi ini boleh digunakan untuk menghantar SMS kepada pelanggan walau seramai mana pun pelanggan yang ada. Saya sendiri menggunakan SMS Broadcast untuk tujuan promosi dan makluman pembayaran kepada semua pelanggan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS yang saya akan anjurkan pada 7/7 nanti. Saya gunakan SMS Broadcast untuk, membuat peringatan pembayaran kepada mereka, membuat pengesahan pembayaran dan juga promosi produk2 yang lain.

Memandangkan saya yang ingin membuat promosi, adalah tepat sekiranya saya yang menangggung kosnya bukan dan tiada kos sepatutnya di tanggung oleh pelanggan. Ini bermakna setiap kredit yang saya hantar, sayalah yang perlu tanggung, saya perlu beli dan saya perlu berbelanja. Saya tidak mendapat sebarang duit dari penerima SMS tersebut.

SMS Broadcast adalah konsep SMS 1 HALA (ONE WAY SMS). Caj yang dikenakan adalah lebih rendah dari SMS yang biasa sekitar 15 sen sahaja untuk penghantaran SMS ke mana-mana telco. Oleh itu, tiada konsep reverse billing di sini.

Apabila tiada konsep reverse billing, maka SMS Gateway provider tidak diperlukan. Dengan menggunakan aplikasi tertentu, SMS sudah boleh dihantar.

ITU SAHAJA!

SMS 1 Hala adalah konsep yang mudah. Seseorang menghantar SMS, dan seseorang menerima. Caj dikenakan oleh penghantar. Seperti kita menghantar SMS biasa dari satu handphone ke hanphone yang lain, cuma SMS Broadcast membolehkan kita menyembunyi nombor handphone pengirim SMS. Seperti saya menggunakan identiti sebagai SeminarSMS sebagai penghantar SMS kepada pelanggan seminar.

Untuk mendapatkan wang dari SMS boleh menggunakan Information on Demand melalui konsep reverse billing. Apabila nak buat reverse billing, barulah anda boleh mengenakan caj kepada pelanggan, dan anda memerlukan SMS Gateway provider untuk melakukannya. Ini juga dikenali sebagai SMS 2 HALA.

Ingat tau.. SMS 1 Hala tak boleh buat duit. SMS 2 Hala boleh! Jangan lupa konsep asas ni

p/s : Ada juga SMS 3 Hala.. Nanti kita cerita lagi






Salam dari Bumi Kenyalang

13 06 2007

Salam Sejahtera Rakan Sekalian,

Saya hanya dapat membuat catatan ringkas pada hari ini. Hari ini adalah hari perjalanan saya ke Kuching, Sarawak. Jadi ada beberapa email yang saya tidak dapat untuk reply serta merta. Kepada Alfa dan Faizal, terima kasih di atas email anda dan saya akan balas secepat mungkin.

Kali ini saya akan berada di Kuching sehingga hari Sabtu, sebelum saya ke Cameron Highland pada minggu depan. Bulan ini agak sibuk dengan kerja-kerja di luar KL. Kepada mereka yang sedia maklum mengapa saya kerap keluar KL sejak akhir-akhir ini, satu kejutan saya akan beritahu tidak lama lagi. Mungkin ada yang beranggap yang saya selalu menguruskan projek diluar, tetapi sejak bulan Jun 2007, TIDAK LAGI. Saya dah tukar bidang … Hahah..

Saya ada satu ‘misi khas’ bila keluar dari KL. Nantikan ya… Pendedahan eksklusif tidak lama lagi :)

Mungkin ketika ini saya sedang didalam kapal terbang. Saya ingin menggunakan masa untuk berehat dan menyusun kerja yang semakin banyak. Doakan saya pulang ke KL dalam keadaan yang selamat dan dapat berkongsi idea-idea yang lebih segar selepas ini.

p/s : Kalau berkesempatan, saya cuba ‘tangkap gambar’ bersama ‘kucing-kucing’ di Kuching dan poskan di blog.. Berapa banyak kucing daaa… :)

Jumpa lagi.






Top 10 soalan yang ditanya selepas membaca ebook - Part I

12 06 2007

Salam Sejahtera,

Masihkah anda ingin dengan Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS yang dilancarkan pada November 2006 ? Tahukah anda, sehingga hari ini, saya telah mengumpulkan sebanyak 217 soalan berkaitan dengan SMS, perniagaan dan pemasaran SMS dari pembaca ebook tersebut?

Soalan-soalan tersebut telah saya kumpulkan, saya kategorikan mengikut topik dan saya selesaikan mengikut keutamaan. Ada soalan saya boleh bantu, tetapi ada soalan yang tidak mampu saya jawab secara terus dimana memerlukan sedikit penyelesaian dan bukti.

Ya! Orang Malaysia perlukan bukti baru boleh percaya :)

Anyway, saya ingin senaraikan 5 soalan ditangga ke 10 hingga ke 6 yang paling popular yang ditanya oleh pelanggan ebook beserta jawapan untuk rujukan anda :

#10 : Berapa modal untuk memulakan perniagaan SMS ? Saya ada duit simpanan yang tak banyak. Takut tak cukup pula.

Modal sebenarnya bergantung kepada sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, untuk memulakan perniagaan ringtone adalah berbeza dengan perniagaan seperti SMS Lelongan atau SMS Undian. Kaedah paling mudah untuk mengira kos perniagaan SMS adalah dengan mengambilkira kos-kos yang telah dibincangkan dalam ebook tersebut ( kos menyediakan kandungan, kos gateway etc)

#9 : Berapakah pulangan pendapatan perniagaan SMS ni? Macam best je

Soalan yang biasa ditanya dalam apa-apa perniagaan. Kalau saya tanya, berapakan pulangan pendapatan perniagaan internet anda, tentunya anda juga tidak boleh jawab secara tepat. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan unjuran jualan. Sekiranya, trafik SMS anda adalah xxx, maka pendapatan anda setelah ditolak caj telco adalah yyy. Kemudian pendapatan dibahagikan mengikut kadar peratus, maka dapatlah pendapatan zzz.

Tiada perniagaan yang boleh memberikan pendapatan tepat. Kita boleh membuat anggaran. Lagi pun perniagaan SMS bukanlah skim cepat kaya atau pelaburan internet :)

#8 : Bagaimana saya ingin bermula? Tak sabar-sabar rasanya nak cuba perniagaan SMS ni

Anda telah memulakan langkah bijak untuk memulakan perniagaan SMS dengan membaca ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Tanpa ilmu anda tidak akan ke mana-mana. Seterusnya, anda perlulah membuat sedikit belanjawan termasuklah anggaran jualan dan juga perbelanjaan. Kemuian hubungi SMS Gateway provider untuk mendapatkan khidmat mereka. Last sekali dan paling penting, buat promosi dan pemasaran yang agresif

Sayangnya ramai yang nak bermula dengan keinginan untuk mendapat wang segera terlebih dahulu. Tanpa perancangan, anda tidak akan bermula dengan sebaik-baiknya.

#7 : Saya dah faham, tapi saya tak faham banyak perkara…

Tentulah. Semakin banyak ilmu yang kita dapat, semakin banyak pula perkara yang kita tidak tahu. Semakin banyak yang kita tidak tahu, maka semakin banyak soalan yang kita perlu tanya. Jangan risau, buat satu persatu.

#6 : Apakah kos-kos lain yang perlu ditanggung

Sebenarnya tiada kos tersembunyi yang lain. Percaya atau tidak, perniagaan SMS adalah straight forward. Tapi kalau kos dikira dari segi masa, memang banyak juga masa yang akan ‘dilaburkan’. Lain-lain kos overhead seperti operasi dan pentadbiran adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk menyusun perniagaan masing-masing.

Saya akan sambung dengan Part II pula nanti…






Kurangkan Kos, Tingkatkan Untung

11 06 2007

Salam Sejahtera,

Malam tadi sebelum saya tidur, saya menerima email dari salah seorang pelanggan. Pelanggan ini telah membuat pembayaran untuk menghadiri seminar pada 7 Julai 2007 nanti Beliau bertanya, apakah yang perlu dibawa sebagai bukti pembayaran apabila beliau datang ke seminar nanti? Beliau agak musykil kerana tiada sebarang dokumen bukti pembayaran yang boleh dijadikan sebagai bukti pembayaran. Beliau hanya mendapat satu SMS dari Sales Team Seminar SMS yang menyatakan pembayaran beliau telah diterima dan tempat duduk telah direservekan untukbeliau. Beliau juga tertanya-tanya bagaimana identiti pelangggan yang telah membayar dikenalpasti ketika pendaftaran seminar.

Saya jelaskan kepada beliau (dan juga anda yang ingin tahu), bahawa Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS tidak menggunakan sebarang transaksi secara manual seperti mengisi borang, membuat pembayaran dan menerima resit. Tetapi untuk urusan tersebut telah dipermudahkan dengan mengisi borang di internet dan juga pengesahan pembayaran melalui SMS sahaja.

Konsepnya sangat mudah. Apabila pembayaran seminar telah dibuat, pelanggan hanya akan menghantar SMS pengesahan ke nombor 5 digit yang telah ditetapkan. Sales Team SMSWang pula, akan memeriksa melalui sistem SMS yang tertera nombor telefon pelanggan tersebut dan jumlah yang telah dibayar. Apabila pembayaran telah disahkan, suatu SMS notofikasi akan dihantar ke telefon bimbit pelanggan tersebut yang menyatakan pengesahan telah diterima dari pelanggan.

Pada hari seminar, pelanggan akan mendaftar dengan hanya menunjukkan SMS tersebut. Konsep ini nampak janggal. tetapi perlu diingat SMS boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah. Kalau mahkamah menerima SMS sebagai bahan bukti, mengapa tidak kita?

Ia praktikal kerana, SMS yang dihantar ke pelanggan adalah dari identiti yang unik. Lagi pun, setiap pelanggan mempunyai nombor telefon yang berbeza. SMS tersebut juga tidak boleh diforwardkan kepada orang lain kerana identiti penghantar SMS telah disetkan awal2 lagi oleh Sales Team SMSWang.

Konsep baru ini juga kadang-kala memerlukan sedikit masa untuk diterima. Sebagai contoh, apabila Airasia mula memperkenalkan penerbangan tanpa tiket (ticketless filght), terasa juga kejanggalannya. Dah bertahun-tahun naik MAS, dah biasa pegang tiket, tiba2 Airasia muncul dengan tiket yang hanya bercetak di kertas A4! Kan ke pelik rasanya tu..

Yang penting Airasia ingin meningkatkan keuntungan dengan mengurangkan kos sesuai dengan konsep ‘no-frill’ yang diperkenalkan. Kadang-kala bila terlalu banyak kos operasi dan overhead yang ditanggung, menjadi suatu beban. Kalau tindakan Airasia tidak tepat, mengapa pula dalam proses rasionalisasi MAS juga meniru dengan menggunakan cara yang sama?

Trend memang susah untuk diterima, tetapi akan dapat diterima sekiranya ia praktikal, tepat dan menguntungkan. CUma memerlukan sedikit masa dan kesabaran sahaja.






Yang Mana Satu?

6 06 2007

Salam Sejahtera,

Semalam saya ada menerima dari rakan internet yang menyatakan minat beliau terhadap perniagaan dan pemasaran SMS. Memandangkan SMSWang.com baru sahaja dikemaskinikan, beliau meminta saya untuk menghuraikan sedikit tentang produk-produk yang ada. Beliau berminat untukmemulakan perniagaan SMS, tetapi sebagai orang yang tidak tahu apa-apa, produk-produk tersebut mungkin menyebabkan beliau agak terkeliru. Beliau ingin bermula tetapi tidak tahu bagaimana.

Untuk bermula, yang mana satu perlu dipilih ?

Saya pun membalas beliau dengan jawapan yang seumpama seperti dibawah yang saya rasa mungkin boleh membantu anda yang lain :

1. Ebook : Menghuraikan konsep perniagaan SMS, dari mana sumber pendapatan SMS, apakah bentuk perbelanjaan, apakah komitment dalam perniagaan dan sebagainya. Kandungannya lebih sebagai pembuka mata kepada perniagaan dan pemasaran SMS di Malaysia. Ini saya sasarkan utk golongan usahawan yang ingin mendapatkan maklumat awal mengenai perniagaan SMS.

2. Manual Pemasaran : Saya tujukan kepada pemilik perniagaan atau usahawan yang ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran (SMS boleh menjadi alat pemasaran, sumber pendapatan atau kedua-duanya). Manual membantu anda
membuat ‘jump-start’ untuk menggunakan SMS sebagai alat promosi dan bukan utk mendapatkan duit dari SMS. Ini termasuklah bagaimana memilih aplikasi, bagaimana memilih model pemasaran, saluran pengiklanan dan sebagainya. Manual ini adalah langkah-langkah untuk pemilik perniagaan yang ingin menggunakan SMS untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih cekap.

3. Buku : Lebih sebagai pembuka mata, tetapi telah saya garap dengan penulisan yang berbeza. Juga terdapat pelbagai bonus istimewa seperti temuramah dengan syarikat yang mengungguli perniagaan SMS di Malaysia. Kadang-kalau orang lebih suka membaca buku bercetak dari buku fizikal. Mahu atau tidak, saya terpaksa meminta penerbit untuk mencetak buku ini.

4. Seminar : Ini adalah pendekatan saya yang paling serius dalam kempen perniagaan SMS saya.Saya hanya boleh kongsikan perkara2 yang saya tidak boleh hebahkan secara terangan-terangan di public contohnya penyedia gateway kerana ini akan kelihatan saya mempromosikan produk syarikat lain, kerana saya pernah katakan bahawa saya tidak saya tiada sebarang kaitan atau associate dengan sebarang syarikat yang berkaitan dengan SMS. Saya tidak mahu kelihatan seperti mempromosikan produk SMS pula. Nasihat saya, sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan, menghadiri seminar adalah short-cut utk memulakan perniagaan SMS.

Ada 2 lagi produk yang saya belum lancarkan. Insyallah, tidak berapa lama lagi.

Kepada saudara Jebat, saya syorkan kepada beliau untuk mendapatkan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Saya rasa merupakan langkah yang bijak untuk beliau kerana ebook tersebut dalam format digital, mudah untuk dibaca melalui komputer. Kepada anda yang lain yang tidak suka mengadap komputer untuk membaca, boleh mendapatkan buku Buat Duit Dengan SMS : Panduan Perniagaan dan Pemasaran. Buku tersebut masih belum diedarkan di kedai-kedai buku, dan saya akan buka tempahan awal di sini.

Itu adalah LANGKAH #1. Jangan mulakan perniagaan tanpa anda tahu apa-apa tentang senario perniagaan SMS.

AMARAN!: Di dalam ebook, adalah mustahil untuk saya menulis segalanya. SMS adalah satu bentuk perniagaan, terlalu banyak aspek yang hendak disentuh. Saya cuma menghuraikan setiap aspek, tetapi saya tidak boleh menghuraikan dalam satu buku @ ebook.

Seperti pemasaran internet, banyak penulisan yang ditulis dalam bentuk ebook atau artikel mengenai aspek2 dalam perniaagaan internet, tetapi dalam pemasaran SMS kebanyakan bahan bantuan dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Malaysia? Hmmm.. Belum lagi kelihatan, kecuali inisiatif saya yang tidak seberapa ini.

p/s: Hadiri SEMINAR MEMULAKAN PERNIAGAAN SMS DALAM 7 HARI sekiranya anda benar-benar memerlukan batu loncatan untuk memulakan perniagaan SMS anda! Buat bayaran sebelum 10 Jun 2007 dan dapatkan diskaun yuran penyertaan!






Perlunya fokus dalam perniagaan

5 06 2007

Salam Sejahtera,

Salam perniagaan, kita cenderung untuk membuat sesuatu keputusan yang segera atau secara tiba-tiba (harap-harap keputusan yang tepat) disebabkan faktor persekitaran. Memang itulah bentuk kehidupan seorang usahawan, kadang-kala lain yang kita rancang, lain pula yang datang menyebabkan kita terlupa melakukan apa yang kita rancang, dan mula lalai dengan membuat kerja yang baru datang.

Tentunya anda pernah dengar istilah, apa yang terjadi tidak selalunya seperti yang dirancang?

Kadang-kala, kita merancang dengan penuh teliti dan bersedia, tetapi bila ada sahaja sebarang perubahan dalam perancangan, kita mula hilang fokus.
Ini antara faktor yang ‘menakutkan’ mereka yang baru menceburi bidang perniagaan.

“Macam mana kalau takde orang nak beli produk saya?”

“Kalau orang tak suka produk saya macam mana? Abes la lingkup bisnes”

Saya sendiri tidak boleh membantu mereka. Faktor luaran (seperti keadaan pasaran, ekonomi, permintaan etc) selalunya adalah faktor yang agak sukar dijangka, tetapi dapat dikurangkan dengan melakukan lebih kajian dan pembacaan mengenai isu tersebut.

Tetapi yang paling penting, adalah faktor dalaman. Faktor dalaman adalah faktor yang datang dari diri sendiri termasuklah mental, fizikal dan tentunya hati. Kita yang perlu mengawal faktor dalaman.

Contohnya, memandangkan modal anda yang kecil, anda hanya mampu untuk menjual nasi ayam sahaja. Hari-hari anda pergi ke pasar untuk beli ayam. Sampai satu hari, anda mendapat tahu bahawa si penjual ayam mendapat untung 100 kali ganda dari menjual nasi ayam, anda mula memandang perniagaan menjual ayam pula.

Maka berteraburanlah nasi ayam anda di makan ayam…..

Anda mula hilang fokus, dan anda mula nampak wang yang belum tentu anda perolehi.

Kalau anda tanya pada saya, memang saya mahu buat pelbagai bentuk aktiviti perniagaan dengan SMS. Dari perundingan sehinggalah teknikal. Tetapi saya telah menetapkan matlamat saya, yang saya akan fokus dalam satu bidang sahaja iaitu perundingan dan perkembangan perniagaan SMS sahaja. Maka saya tidak akan terlibat dalam hal-hal menjaja atau menjual starter pack SMS, atau menjadi penyedia SMS Gateway. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk masa sekarang, saya fokus kepada apa yang saya rancangkan.

Memang betul, sebagai usahawan kita perlu flesibel dalam menjalankan perniagaan. Kita kadang-kala terpaksa juga mengikut angin (bukan menjadi lalang), ke mana bertiup kita terpaksa ikut. Walau sekuat mana angin sekali pun, sekiranya kita mempunyai asas, dasar dan akar yang kukuh, kita akan tetap bertahan. Pentingnya matlamat dan objektif, kerana walau teruk sekalipun taufan yang melanda, kita akan tetap bergerak ke arah matlamat.

Antara alat yang boleh membantu anda adalah PDA. Atau sekurang-kurangnya planner bertulis. Anda boleh catatkan apa yang perlu anda capai dalam satu hari. Sekiranya tidak tercapai, anda perlu membuat sedikit justifikasi masa untuk menjayakan apa yang anda rancangkan. Sekiranya kita lebih tahu apa yang kita mahu, apa yang kita ingin capai, maka capailah dahulu apa yang dirancangkan. Jangan gelojoh untuk mencapai sesuatu yang belum tahu boleh tercapai

Sekiranya anda berjaya menjual nasi ayam sehingga ke seluruh Malaysia, tidak mustahil anda boleh menjadi tokei menjual ayam pula..

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang…

p/s : Gambar starterpack diatas adalah dibuat khusus untuk peserta Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS pada 7 Julai nanti. Sudahkah anda mendaftar?