Saiz Pasaran Perniagaan SMS

28 09 2006

Kepada mereka yang berminat dalam bidang perniagaan yang menghasilkan wang 24 jam sehari, saya rasa boleh memberi pertimbangan dalam menceburi perniagaan berasaskan SMS. Selain dari menjana pendapatan 24 jam saiz pasaran yang sangat besar di Malaysia membolehkan aplikasi perniagaan berasaskan SMS tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Kalau kita hendak buat penilaian tentang saiz pasaran SMS, cuba kita ambil statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Cuba lihat pengguna telefon bimbit di Malaysia. Pada suku keempat tahun 2005, pengguna telefon bimbit telah melebihi 19 juta pengguna. Lebih 70 peratus dari penduduk Malaysia yang populasinya 25 juta orang! Cuba lihat fakta yang lebih menarik di sebelahnya pada tahun 2005. Sejumlah 21,999 juta SMS telah dihantar pada tahun 2005 sahaja.

Kalaulah RM0.10 kita perolehi dari setiap SMS tersebut, saya rasa memang akan duduk goyang kaki je sekarang ! Di sini membayangkan kepada anda betapa luasnya pasaran SMS di Malaysia.

p/s : Ini adalah petikan dari ebook ‘Rahsia Buat Duit Dengan SMS‘. Nantikan kemunculannya!






Apabila Millionaire tidak cukup kaya..

27 09 2006

Forbes dalam senarai tahunan terbarunya telah mendedahkan bahawa 400 orang paling kaya di US adalah BILLIONAIRE! Bill Gates mengungguli tangga teratas untuk 13 tahun berturut2, yang dianggarkan kekayaannya mencecah US$53bil. Lihat list yang dikeluarkan, membuatkan nilai jutawan menjadi semakin kecil. Sekarang zaman billionaire, mungkin millionaire sudah menjadi kelaziman.






Gunakan Viral Marketing untuk popular

26 09 2006

“Ape? Ape tu? Tak pernah dengar pun .. Virus kot ….”

Kepada sesiapa yang tak pernah dengar istilah tu, mungkin itu adalah ayat mereka. Tetapi kepada internet marketers, viral marketing menjadi perkara yang sangat common dalam business.

Viral marketing adalah merujuk kepada fenomena pemasaran yang memudahkan dan menggalakkan orang untuk menyebarkan mesej pemasaran. Ini adalah teknik pemasaran biasa yang dilakukan secara online atau offline di mana maklumat yang disebarkan , akan disebarkan melalui lisan atau kepada website lain. Ini akan menimbulkan pertumbuhan berganda terhadap penyebaran mesej tersebut yang memberi kesan secara terus kepada produk / perkhidmatan tersebut.

Sebagai contoh Yahoo Mail atau Hotmail. Walau pun memberikan perkhidmatan email secara percuma, apa yang berlaku sebenarnya mereka menggunakan viral marketing untuk mempromosikan ‘brand’ perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, bila saya menggunakan email saya irwan_dahnil@yahoo.com , maka perkataan Yahoo turut tersebar dengan setiap email yang saya hantar.

Kalau saya seorang sahaja menghantar 100 email sehari kepada 100 orang, agaknya berapa ramai orang yang turut sama secara sukarela mempromosikan/memasarkan Yahoo secara PERCUMA seperti saya!!!???






Protected: Anda Mengambil Langkah Bijak

25 09 2006

This post is password protected. To view it please enter your password below:







Computerized Maintenance Management System - CMMS

25 09 2006

Kali ini saya akan cuba lihat sebuah aplikasi yang saya rasakan diperlukan oleh banyak organisasi khususnya organisasi yang mempunyai banyak sumber dan aset. CMMS adalah merujuk kepada sistem yang digunakan untuk simpanan maklumat yang berkaitan dengan aset sesebuah organisasi, seperti pengurusan aset, pengurusan penyelenggaraan dan pengurusan inventori dan bahan.

Kita andaikan sesebuah organisasi mempunyai aset 5,000 buah komputer dan 100 buah bas. Setiap aset tersebut hendaklah melalui proses penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Untuk menyimpan maklumat setiap satu aset adalah membebankan lebih2 lagi jumlah aset yang banyak.

CMMS memudahkan pengurusan aset dan penyelenggaraan dengan menyediakan beberapa key module :

1. Asset Module
Membantu mengesan jaminan dan kontrak aset tersebut. Juga memberikan maklumat mengenai tarikh pembelian aset dan susutnilai. Modul ini juga boleh memaparkan kerja2 penyelenggaraan terdahulu yang pernah dilakukan.

2.Location Module
Untuk mendapatkan maklumat lokasi sesebuah aset. Module ini juga boleh diintegrasikan dengan teknologi RFID atau GPS untuk mengesan lokasi semasa aset.

3. Work Order Module
Untuk mendapatkan maklumat mengenai siapa, apa, dimana dan bila sesuatu kerja penyelenggaraan dilaksanakan. Module ini juga membantu untuk mengetahui kos upah dan jangkamasa sesuatu penyelenggaraan dilaksanakan.

4. Preventive Maintenance Module
Membolehkan kerja-kerja penyelenggaran berkala dijadualkan mengikut masa yang diingini, kos dan tenaga kerja yang diperlukan.

5. Employee Module
Seperti HR module yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lanjut pekerja dan upah dan kos yang terlibat dalam kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pekerja.

6. Inventory Module
Membolehkan mengesan jumlah bahan yang ada, jumlah minimal stok dan memberikan makluman sekiranya stok berada di bawah paras. Sistem juga menyediakan pesanan belian secara automatik sekiranya diperlukan.

CMSS banyak membantu sekiranya digunakan secara maksimum. Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan baik atas platform .net atau Open Source. Saya rasa di Malaysia, trend penggunaan CMMS akan terus meningkat. Khususnya dalam kerajaan yang mahukan kualiti kerja yang lebih cekap dan efisien.






Hari Pertama Ramadhan

23 09 2006

Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertama Ramadhan. Saya rasa sangat bersyukur dan gembira kerana bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan ibadat.

Sekadar berkongsi beberapa informasi dengan pembaca sekalian, saya ingin mengumumkan beberapa perkara :

1. Sepanjang bulan Ramadhan, posting saya akan dimulakan dengan fadhilat sembahyang terawih pada malam2 yang berkaitan. Sekurang-kurangnya ini memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita. Insyallah

2. Memandangkan posting saya adalah berkisar mengenai keusahawanan, internet marketing dan perkembangan teknologi, saya akan cuba gilir-gilirkan posting saya dalam seminggu agar dapat mencakupi bidang tersebut. Maaf kepada yang mencadangkan posting pada hujung minggu, saya tidak dapat laksanakan. Saya berikan masa saya untuk famili.

Satu lagi bidang yang saya akan cuba tambahkan adalah bidang undang-undang siber dan yang berkaitan dengan peraturan dan garis panduan dalam dunia internet.

3. Blog saya dalam proses pengemaskinian dan ‘upgrade’. Saya tak sempat nak laksanakan sebelum ini, jadi saya berdoa agar bulan puasa ini dapat memberi sedikit kekuatan untuk menyiapkannya.

4. Saya sudah menyiapkan version 1.0 untuk ebook “Rahsia Buat Duit Dengan SMS“. Dalam proses editing dan mengubahsuaian. Saya jangkakan buku ini akan siap sepenuhnya dalam masa satu minggu. Kepada yang menantikan buku ini, jangan lupa untuk jenguk2 selalu ke blog saya ya!






Marhaban Ya Ramadhan

23 09 2006

Akhirnya Ramadhan datang lagi. Syukur saya kepada Ilahi kerana diberikan sekali lagi peluang untuk memperolehi keberkatan bulan yang mulia ini dengan meningkatkan amalan dan ibadah.

Bulan yang saya rasakan sentiasa tenang, dan mengikut pengalaman saya berniaga, pada bulan Ramadhan lah biasanya saya dapat membuat kata putus atas sesuatu perkara yang penting dan besar. Itulah yang saya nantikan.

Kepada semua, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan ini yang menjanjikan seribu keberkatan yang hanya hadir setahun sekali. Semoga setiap amalan kita mendapat balasan yang berkali ganda nilai yang baik. Insyallah

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah Al-Qasas, Ayat: 24).






Cyberlaw - Adakah hak anda di Internet dilindungi ?

20 09 2006

Beberapa lama saya menunggu bentuk undang-undang perdagangan di Internet. Lebih-lebih lagi banyak berlaku kes-kes penipuan (seperti SwissCash), kita sebagai pembeli atau penjual di Internet, sangat terdedah dengan risiko seperti ini.

Saya telah membaca berita di akhbar Utusan ini ketika di Kota Kinabalu, tetapi belum berkesempatan untuk mengulas. Apa pun, selepas ini, saya akan post kan beberapa artikel dan penemuan kajian undang-undang siber (cyberlaw) yang berkaitan (sekiranya ada) bagi anda. Ini mungkin membantu anda. Anda perlu tahu apa yang melindungi anda …

Berita ini saya edit, hanya untuk fokus kepada perkara utama…

Lindung e-dagang: Akta Pengguna 1999 dipinda

ALOR STAR 5 Sept. – Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi melaksanakan Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang bertujuan melindungi pengguna yang membuat transaksi secara elektronik atau e-dagang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S. Veerasingam berkata, langkah itu untuk membolehkan para pengguna membawa peniaga yang didapati melakukan penipuan ke tribunal pengguna dan dikenakan tindakan.

…………………………..

………………………….

‘‘Di bawah akta ini, kita boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat dan ejen yang terlibat dengan penipuan atau memberi maklumat palsu terhadap produk dan perkhidmatannya.

‘‘Jika masalah yang timbul melibatkan syarikat berpangkalan di luar negara, kementerian akan bekerjasama dengan rakan sejawat kami di negara terlibat ataupun tribunal pengguna di negara itu untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

………………………….

………………………….

Veerasingam berkata, pindaan akta itu akan dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada penggal pertama tahun hadapan.

Pada masa ini, katanya, negara tidak mempunyai undang-undang yang mengawal penjualan melalui Internet atau e-dagang bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan terhadap peniaga.

Pengguna, tegasnya, perlu berfikir secara bijak terutama apabila berhadapan dengan ‘tawaran’ pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak 300 peratus dalam tempoh 15 bulan.

p/s : Bagaimana pula melindungi hak peniaga internet terhadap pengguna/pembeli yang tidak asli ? Yang hanya ’suka-suka’ untung mempermainkan peniaga ?? Harap2 akta yang dipinda lebih menyeluruh ..






Pinjaman yang bijak

20 09 2006

Pinjaman yang bijak adalah pinjaman yang membolehkan anda mendapatkan sesuatu yang tidak mampu untuk dibayar up-front, tetapi mempunyai kemampuan untuk membayarnya secara ansuran atau berjadual seperti gadaian dan pinjaman ekuiti perumahan. Secara dasarnya, pinjaman untuk menambahkan aset yang boleh meningkat nilainya. Sekiranya nilai aset anda meningkat lebih cepat dari nilai pinjaman, jangan risau. Anda OK!

Pinjaman yang ‘kurang bijak’ adalah apabila anda meminjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan turun, seperti membeli kereta atau pakaian. Biasanya pinjaman ‘kurang bijak’ adalah untuk sesuatu yang anda ‘mahukan‘ dan bukannya yang anda ‘perlukan‘.

Pinjaman pelajaran merupakan pinjaman yang bijak apabila dengan pendidikan membolehkan anda mendapatkan kerja yang bagus (tentunya pendapatan yang bagus juga), untuk membayar semula hutang.

Contoh pinjaman yang bijak yang lain adalah pinjaman untuk perniagaan. Ini apabila pinjaman tadi digunakan untuk menjana lebih pendapatan dalam syarikat.

So, kalau anda mahu berniaga, dan rasa yakin dengan kemampuan anda untuk membayar semula hutang, MENGAPA TIDAK MEMINJAM ??

** membayar hutang itu adalah wajib






Perlu ke testimonial ??

19 09 2006

Tahukah anda kelebihan mempunyai testimonial ??

Haha.. Mungkin anda terlupa, antara kaedah pemasaran yang paling berkesan adalah dari mulut-ke-mulut (jangan menyimpang) atau pun dalam istilah mudah, recommend dari kawan. Kalau anda membuat pilihan antara 2, tentunya anda akan memilih produk yang direkomenkan oleh kawan.

Oh ya! Testimonial tu adalah satu paparan pandangan ikhlas seseorang terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Tapi ramai yang ‘tak ikhlas’ tapi buat2 ikhlas :)

Itu lah sebenarnya testimonial …. Dalam strategi pemasaran, testimonial menjadi faktor mempengaruhi seseorang untuk membeli. Lebih2 lagi kalau orang kita, ehemmm.. selalu nak tengok orang lain buat dulu, baru nak try. Biasanya testimonial adalah dari orang yang berpengaruh atau popular. Contohnya, kalau Siti Nurhaliza la yang memberi testimonial positif kepada produk saya, tentunya orang lain akan berkata “Waaaa… Siti try produk XXX pun kata bagus …” Atau testimonial dari orang yang telah mencuba sesuatu produk.. atau berpengalaman.

Tujuannya tidak lain. Testimonial akan mempengaruhi keputusan pembeli untuk terus membeli produk anda tanpa perlu tunggu dan lihat…

Cuba lah … Testimonial pasti memberikan pengaruh positif kepada jualan anda!!

p/s : Apa yang anda baca tadi, ada testimonial untuk testimonial ..