Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2007 » January

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

21 juta Penduduk Malaysia adalah penagih….

31 01 2007

Salam Sejahtera,

Sejak saya mulakan blogging ni, semakin hari semakin banyak idea saya untuk menulis. Mencurah-curah, kadang2 satu hari tu sampai 8 topik saya boleh catatkan. Tapi seperti biasa, saya hanya manusia biasa, kekadang tu bila dah mengadap PC abis terlupa 7 topik. So masih ada satu topik, itu pun terkial2 mencari ayat :)

Melalut pula. Geram dengan sifat yang asyik terlupa.. kalau tak dicatatkan, abis lesap hilang ke mana idea yang banyak2

Memang betul. 21 juta penduduk Malaysia adalah penagih. Tetapi bukan penagih dadah, syabu atau sebarang pil ecstacy.

Menurut kajian terkini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, purata pengguna menghantar SMS adalah 4 kali dalam sehari. Tetapi lebih mengejutkan 49.6 peratus dari pengguna handphone menghantar SMS lebih dari 5 kali sehari! Secara purata 84 juta SMS dihantar sehari. Sekiranya setiap SMS berharga RM0.10, bermakna RM8.4 juta dibelanjakan hanya dari SMS.. Fhewwww!!! Penduduk Malaysia memang ketagihan SMS!

Saya hantar SMS lebih 20 kali sehari agaknya. Bagaimana dengan anda?








Rahsia Buat Duit Dengan SMS versi 1.2 released

30 01 2007

Salam Sejahtera,

Setelah hampir 3 bulan saya lancarkan Rahsia Buat Duit Dengan SMS pada November lepas. Pelbagai input, pendapatan dan pandangan yang saya telah terima. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan review terhadap ebook tersebut. Sesungguhnya saya sangat menghargainya! Terima kasih sekali lagi.

Hasil daripada segala pandangan, saya kemaskinikan ebook tersebut. Versi ini masih lagi pada versi 1 yang masih mengekalkan konsep versi sebelum ini, tetapi versi yang baru ini saya perbaiki segala kesilapan ketika menaip, kesilapan ejaan dan juga susun atur. Gaya bahasa juga saya ubah sedikit bagi menyesuaikan dengan pelbagai golongan pembaca. Paling bermakna bagi versi ini adalah penambahan point-point baru dan juga statistik yang terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan. Berita baik kepada usahawan SMS, jumlah pelanggan anda baru sahaja bertambah menjadi 21,583 juta orang!

Hari-hari terakhir BLOG SMSWang
Satu lagi keputusan yang agak sukar untuk saya ambil adalah apabila saya bertekad untuk menggabungkan blog-blog yang saya ada dan disimpan di irwandahnil.com. Saya menghadapi kesulitan dari segi penyelenggaraan blog tersebut khususnya dari segi teknikal. Kalau saya kekalkan satu blog, saya hanya perlu buat perubahan teknikal sekali sahaja. Kandungan blog pula pelbagai. Saya rasa ini adalah keputusan terbaik, walaupun sedih nak tutup blog SMSWang.

Ebook Baru

Saya dalam fasa terakhir untuk menyimpan ebook baru. Insyallah, saya akan releasekan pada awal Februari. Ebook ini merupakan rentetan dari ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Kandungan nya juga lebih berorientasikan perniagaan. Sesuatu untuk mereka yang bersungguh-sungguh untuk menceburi perniagaan SMS. Tidak seperti Rahsia Buat Duit Dengan SMS, ebook baru ini lebih memberi huraian mengenai senario perniagaan SMS yang sering dilakukan seperti undian (AFUNDI), SMS Contest, SMS Notification, SMS Reminder, SMS Broadcasting. Ebook ini saya rasa akan dapat memberi faedah kepada pembaca. Insyallah.

SMS Business Kick-Off
Saya akan (dan sangat pasti!) melancarkan perniagaan SMS saya di web untuk pertama kalinya secara serius. Sebelum ini, ketika pelancaran VCD Buat Sendiri Ringtone Anda, saya telah mendemonstrasikan penggunaan SMS sebagai kaedah tempahan. Sistem Tempahan irwandahnil tersebut cuba untuk membuktikan kepada mereka yang ragu-ragu, bahawa SMS boleh menjana pendapatan. Tetapi kali ini, perniagaan SMS saya lebih serius dengan objektif yang lebih jelas dan sasaran jualan yang lebih tinggi. Nantikan pelancaran perniagaan SMS saya yang pertama ya!








Ex Schoolmate - Pelanggan Paling Besar tetapi sering dilupakan

29 01 2007

Salam Sejahtera,

Saya ingin bertanya diantara anda :

1. Yang masih berhubungan dengan rakan2 sekolah, baik dari tadika, sekolah rendah, menengah mahupun universiti?
2. Mempunyai nombor telefon, atau email kawan dan berkongsi2 cerita?
3. Masih berjumpa dengan kawan2 sekolah, sambil minum teh tarik di kedai atau bermain futsal atau beriadah bersama2?

(p.s: Soalan2 ini tidak sesuai dijawab oleh budak2 yang masih sekolah atau belum memasuki alam pekerjaan)

Saya berani menyatakan disini, 9/10 dari kalangan kita akan MELUPAKAN kawan2 yang pernah melalui zaman persekolahan bersama2 dengan kita… Setuju?

Dengan kesibukan kerja harian, keluarga dan anak2 menyumbang kepada kerenggangan hubungan. Tentunya perkara ini bukan disengajakan, tetapi inilah hakikat kehidupan.

Tahukah anda : EX Schoolmate merupakan PROSPEK PELANGGAN ANDA YANG PALING SETIA?

Mengapa ?

Baca Selanjutnya »








Berani Untuk Berubah

25 01 2007

Salam Sejahtera,

Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future. - John F. Kennedy

Petikan kata-kata tersebut merupakan daripada John F.Kennedy, bekas presiden US yang berkaitan dengan PERUBAHAN. Bahawa betapa pentingnya berlaku perubahan dalam kehidupan. Kita melalui kehidupan setiap hari, seharusnya belajar daripada hari-hari yang dilalui untuk kehidupan yang lebih baik.

Saya pernah menemuramah seorang usahawan tekno minggu lalu, dimana beliau menyatakan pada saya bahawa setiap apa yang dilakukan pada hari ini adalah untuk 2 tahun akan datang. Tentunya beliau mempunyai perancangan untuk tahun-tahun mendatang untuk mengubah dan menempa kejayaan perniagaan beliau.

Saya telah bermula. Maka saya akan teruskan. Sepanjang saya meneruskan perjalanan perniagaan ini, saya akan terus berubah. Saya akan menentukan jatuh bangun perniagaan saya. Saya tidak akan meletakkan nasib sebagai penentu kejayaan saya. Saya tidak takut berubah, walaupun membuat perubahan antara paling sukar untuk dilakukan. Saya mesti yakin, dan lebih bertanggungjawab dengan apa tindakan yang akan saya ambil demi perubahan yang baik.
Kali ini wajah blog saya akan berubah lagi. Perubahan ini memang telah saya rancangkan selama lebih sebulan. Sudah tentunya, ada sebab yang baik mengapa saya melakukan perubahan.


8 Ogos 2006 - 15 November 2006

16 Nov 2006 - 23 Jan 2007

Saya akan kekalkan warna oren sebagai tema. Walaupun, saya harapkan imej kali ini kekal lebih lama. Apa pendapat anda?

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, jika bangsa itu sendiri tidak mengubah jiwanya








Kertas Kerja Perniagaan - Apa lagi?

24 01 2007

Salam Sejahtera,

Pada posting sebelum2 ini saya ada berkongsi sedikit mengenai kertas kerja perniagaan dan bagaimana memulakan kertas kerja. Merujuk kepada posting tersebut, boleh disimpulkan, kertas kerja perniagaan biasanya dimulakan dengan

a. Isi kandungan
b. Ringkasan Eksekutif
c. Latarbelakang Perniagaan

Selepas itu, apa pula ?

Seterusnya kita akan huraikan pula perkara-perkara penting dalam sesuatu kertas kerja. Antara bab-bab yang ‘wajib’ dan tidak harus ditinggalkan adalah :

4. Perancangan Pengurusan dan Kakitangan
Bahagian ini bertujuan untuk menghuraikan mengenai perancangan atau maklumat kakitangan anda. Kebiasaannya meliputi perkara-perkara seperti senarai terperinci kakitangan seperti nama jawatan.

Baca Selanjutnya »








Perbezaan Antara Invois dan Delivery Order

23 01 2007

Salam Usahawan,

Tahukah anda sekiranya anda tidak menghantar invois kepada pelanggan anda, memberikan peluang pelanggan untuk melewat-lewatkan pembayaran kepada anda bagi segala urusniaga rasmi ?

Tentunya saya merujuk kepada transaksi rasmi seperti berurusan dengan pelanggan daripada kerajaan atau agensi. Begitu juga dengan organisasi. Invois adalah dokumen formal yang disediakan oleh syarikat kita yang akan dihantar kepada pelanggan sebagai tuntutan bayaran rasmi. Biasanya invois disediakan dalam 2 atau 3 salinan yang akan diberikan kepada pelanggan dan satu salinan akan disimpan oleh kita.

Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan.

Baca Selanjutnya »








Kejayaan Merupakan 99% Kegagalan - Soichiro Honda

17 01 2007

Salam Sejahtera,

Saya rasa cukup terpanggil dengan iklan yang saya baca minggu lepas. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membuat catatan disini.

Kini kami harus mengkaji sebab-sebab kegagalan, dan menjalankan kajian yang sama ketika kami menang. Kami akan memanfaatkan pengetahuan itu untuk meningkatkan kualiti kereta kami dan menjadikannya lebih selamat untuk pelanggan kami.

Itu adalah kata-kata dari pengasas Honda, En Soichiro Honda selepas pasukan Honda Racing F1 meraih kejayaan yang pertama di Hungary. Bukan hanya F1, malah Honda juga merupakan perintis kepada Asimo -robot berperwatakan manusia telah mengambil masa selama 15 tahun untuk menjadi seperti sekarang dan juga HondaJet, kapal terbang Honda yang mengambil masa 17 tahun untuk direalisasikan.

Kata-kata tersebut sungguh memberikan saya inspirasi bahawa sesuatu kegagalan itu adalah laluan untuk sesuatu kejayaan. Dengan syarat, setiap kegagalan hendaklah dikaji dan hasil kajian tersebut memberikan input untuk kejayaan yang ditempa.

Memang susah untuk berjaya, kerana setiap masa dikelilingi oleh kegagalan.

“The Power of Dreams” memungkinkan..








Kertas Kerja Perniagaan - Bagaimana Memulakannya?

16 01 2007

Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit maklumat mengenai kandungan sebuah kertas kerja yang mantap. Kali ini kita mulakan kerja-kerja menyediakan kertas kerja.

Kumpulkan maklumat terlebih dahulu. Pastikan maklumat yang diperlukan adalah mencukupi. Ini akan membantu anda menyiapkan kertas kerja dengan lancar.

Memandangkan kertas kerja ini tidak khusus untuk sebarang jenis perniagaan, saya akan huraikan secara umum terlebih dahulu. Sekiranya ada contoh2 yang berkaitan, saya akan cuba menyiapkan sebahagian kertas kerja tersebut sebagai rujukan nanti.

Seperti yang kita overview sebelum ini, sesebuah kertas kerja itu biasanya dimulakan dengan :

Baca Selanjutnya »








Bagaimana Menyediakan Sebutharga?

15 01 2007

Salam Sejahtera,

Antara perkara yang paling penting dalam menyampaikan ‘hajat’ kita kepada pelanggan adalah dengan menyediakan sebutharga. Kadang-kala dalam suatu perniagaan yang tidak formal, sebutharga ini memang hanya melalui lisan sahaja. Sesuai dengan nama ’sebutharga’.

Tetapi dalam suatu transaksi yang formal, sebutharga merupakan bukti kepada pelanggan tentang komitmen kita dalam menjanjikan suatu bentuk harga dan perkhidmatan yang dijanjikan. Selalunya di dalam sebutharga juga mempunyai beberapa terma dan syarat yang bukan dinilai daripada nilai wang ringgit sahaja. Sebarang pertikaian mengenai harga, hendaklah merujuk kepada sebutharga yang diserahkan. Jadi tidak berlaku pertelingkahan daripada segi tawar-menawar dan sebagainya.

Berikut adalah contoh sebutharga yang biasa saya sediakan untuk pelanggan.

Baca Selanjutnya »








SMS Center - Ibarat Pos Berdaftar

15 01 2007

Salam Sejahtera,

Selepas membaca ebook Rahsia buat Duit Dengan SMS, ramai yang email saya bertanyakan hal-hal teknikal. Saya bukan tidak boleh huraikan, tetapi pendekatan saya adalah perniagaan. Saya bukan buat blog atau ebook untuk orang teknikal, tetapi menjurus kepada mereka yang berminat meniaga.

Anyway, sejak minggu lepas, saya cuba juga huraikan beberapa perkara teknikal. Bukan terlalu teknikal, tapi sekurang-kurangnya dengan pendekatan teknikal dapat berkongsi maklumat bahawa hal-hal teknikal SMS bukanlah perkara mudah.

Kali ini saya cuba berkongsi beberapa fakta teknikal mengenai teknologi SMS.

SMSC sebenarnya adalah singkatan untuk SMS Center. Apabila kita menghantar sesuatu SMS dari handphone, ia akan sampai terlebih dahulu kepada SMS Center. Cuba anda belek-belek dan godek-godek handphone anda, tentunya ada satu menu didalamnya yang membolehkan kita memasukkan nombor SMS Center. Biasanya nombor SMS Center ini diberikan secara automatik yang tersimpan dalam kad SIM yang dibekalkan oleh telco. Kita biasanya tidak perlu susah-susah untuk menukar setting tersebut.

SMS Center yang berada di telco berfungsi untuk menentukan ke mana destinasi SMS yang hendak dihantar. Sekiranya handphone penerima di off kan, maka SMS tersebut akan disimpan di server terlebih dahulu. Apabila handphone penerima di on kan, SMS tadi akan dihantar sekali lagi.

Ibarat surat atau pos berdaftar. Pengirim akan menetapkan siapa penerima. Sekiranya penerima tidak dapat dihubungi atau surat tidak dapat dihantar, maka surat akan disimpan di pejabat pos berhampiran.

SMS Center juga menentukan destinasi penerima SMS tersebut. Biasanya destinasi seterusnya adalah ke SMS Center yang lain (ke telco yang lain) atau ke penyedia kandungan.

Nampak macam agak complicated, tetapi sebenarnya ia hanyalah beberapa saat sahaja.. Percaya lah!