Kertas Kerja Perniagaan – Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian II

Salam Sejahtera, Dalam pening2 kepala ni, saya cuba juga berkongsi kandungan yang perlu ada dalam perancangan pengurusan dan pentadbiran. Dalam posting kertas kerja perniagaan sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa…

Continue ReadingKertas Kerja Perniagaan – Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian II

Model Pemasaran SMS #2 – Diskaun Atau Tawaran Istimewa

Salam Sejahtera,

Kali ini saya berpeluang untuk berkongsi antara model pemasaran dan perniagaan SMS yang lebih mudah.

Produk Percuma, tetapi berbayar … Bagaimana tu ?

Kali ini, saya akan ‘membedah-siasat’ suatu model perniagaan SMS iaitu dengan menjual kupon diskaun atau tawaran hebat.

Konsepnya amat mudah. Saya ingin melihat berapa ramai orang yang akan memberi respon kepada diskaun atau tawaran istimewa yang saya tawarkan. Kepada mereka yang memberi respon, saya akan berikan satu kupon diskaun, mungkin dalam bentuk tawaran kurangan harga, bonus atau pertukaran barangan.

Senario Perniagaan:
Kita ambil senario mudah yang saya telah laksanakan. Sebagai tujuan promosi berkala, saya ingin adakan promosi dengan cara meminta pelanggan menghantarkan SMS ke nombor SMS saya dan sistem SMS saya akan memberikan kod diskaun. Dengan menyertakan kod diskaun ketika membuat pembelian, saya akan berikan diskaun RM5 daripada harga ebook. Setiap SMS dicaj RM0.50 sahaja.
(more…)

Continue ReadingModel Pemasaran SMS #2 – Diskaun Atau Tawaran Istimewa

Adakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?

Salam Sejahtera, Saya menerima email hujung minggu lalu bertanyakan tentang ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Apabila saya baca email tersebut saya dapat bacakan penulisnya adalah jujur, berterus-terang dan mahukan…

Continue ReadingAdakah golongan ingin cepat kaya lebih ramai dari golongan ingin berusaha?

Model Pemasaran SMS #1 – Menjual Maklumat

Salam Sejahtera,

Selepas 3 bulan pelancaran ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, soalan yang paling popular yang diajukan kepada saya adalah mengenai apakah bentuk model perniagaan SMS yang paling laris di Malaysia. Ramai yang menyatakan tiada idea untuk memulakan perniagaan SMS, juga ramai juga yang tidak faham bentuk-bentuk perniagaan SMS yang ada.

Oleh itu, bermula Februari, saya akan cuba berkongsi dengan menghuraikan beberapa model perniagaan SMS yang popular. Saya akan cuba untuk memberi contoh aplikasi, menghuraikan senario perniagaan dan bagaimana saya boleh mendapatkan wang daripada SMS. Saya akan cuba terus menghuraikan beberapa contoh bentuk perniagaan, sekurang2nya seminggu sekali. Yang penting, saya mahu berkongsi kaedah bersama-sama dengan anda.

Maklumat adalah percuma, tapi takkan lah semuanya percuma…

Untuk huraian model pertama ini, saya akan ‘membedah-siasat’ suatu model perniagaan SMS yang paling mudah iaitu dengan menjual maklumat.

Senario Perniagaan:
Saya mempunyai blog perniagaan dan berkaitan keusahawanan di www.irwandahnil.com. Apa yang saya coretkan dalam blog tersebut, adakalanya menjadi panduan untuk orang lain. Di dalam blog tersebut saya kongsi bersama dengan pembaca mengenai beberapa perkara seperti reviu perniagaan, motivasi usahawan, malah saya juga berkongsi pengetahuan seperti penyediaan kertas kerja dan dokumen-dokumen perniagaan. Ramai yang menghantar email kepada saya meminta contoh kertas kerja untuk panduan mereka. Walaupun, kertas kerja tersebut adalah percuma, tetapi saya rasa contoh kertas kerja yang saya berikan adalah bernilai.

(more…)

Continue ReadingModel Pemasaran SMS #1 – Menjual Maklumat

Ex Schoolmate – Pelanggan Paling Besar tetapi sering dilupakan

Salam Sejahtera,

Saya ingin bertanya diantara anda :

1. Yang masih berhubungan dengan rakan2 sekolah, baik dari tadika, sekolah rendah, menengah mahupun universiti?
2. Mempunyai nombor telefon, atau email kawan dan berkongsi2 cerita?
3. Masih berjumpa dengan kawan2 sekolah, sambil minum teh tarik di kedai atau bermain futsal atau beriadah bersama2?

(p.s: Soalan2 ini tidak sesuai dijawab oleh budak2 yang masih sekolah atau belum memasuki alam pekerjaan)

Saya berani menyatakan disini, 9/10 dari kalangan kita akan MELUPAKAN kawan2 yang pernah melalui zaman persekolahan bersama2 dengan kita… Setuju?

Dengan kesibukan kerja harian, keluarga dan anak2 menyumbang kepada kerenggangan hubungan. Tentunya perkara ini bukan disengajakan, tetapi inilah hakikat kehidupan.

Tahukah anda : EX Schoolmate merupakan PROSPEK PELANGGAN ANDA YANG PALING SETIA?

Mengapa ?

(more…)

Continue ReadingEx Schoolmate – Pelanggan Paling Besar tetapi sering dilupakan

Kertas Kerja Perniagaan – Apa lagi?

Salam Sejahtera,

Pada posting sebelum2 ini saya ada berkongsi sedikit mengenai kertas kerja perniagaan dan bagaimana memulakan kertas kerja. Merujuk kepada posting tersebut, boleh disimpulkan, kertas kerja perniagaan biasanya dimulakan dengan

a. Isi kandungan
b. Ringkasan Eksekutif
c. Latarbelakang Perniagaan

Selepas itu, apa pula ?

Seterusnya kita akan huraikan pula perkara-perkara penting dalam sesuatu kertas kerja. Antara bab-bab yang ‘wajib’ dan tidak harus ditinggalkan adalah :

4. Perancangan Pengurusan dan Kakitangan
Bahagian ini bertujuan untuk menghuraikan mengenai perancangan atau maklumat kakitangan anda. Kebiasaannya meliputi perkara-perkara seperti senarai terperinci kakitangan seperti nama jawatan.

(more…)

Continue ReadingKertas Kerja Perniagaan – Apa lagi?

Perbezaan Antara Invois dan Delivery Order

Salam Usahawan,

Tahukah anda sekiranya anda tidak menghantar invois kepada pelanggan anda, memberikan peluang pelanggan untuk melewat-lewatkan pembayaran kepada anda bagi segala urusniaga rasmi ?

Tentunya saya merujuk kepada transaksi rasmi seperti berurusan dengan pelanggan daripada kerajaan atau agensi. Begitu juga dengan organisasi. Invois adalah dokumen formal yang disediakan oleh syarikat kita yang akan dihantar kepada pelanggan sebagai tuntutan bayaran rasmi. Biasanya invois disediakan dalam 2 atau 3 salinan yang akan diberikan kepada pelanggan dan satu salinan akan disimpan oleh kita.

Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan.

(more…)

Continue ReadingPerbezaan Antara Invois dan Delivery Order