Kertas Kerja Perniagaan – Bagaimana Memulakannya?

Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit maklumat mengenai kandungan sebuah kertas kerja yang mantap. Kali ini kita mulakan kerja-kerja menyediakan kertas kerja.

Kumpulkan maklumat terlebih dahulu. Pastikan maklumat yang diperlukan adalah mencukupi. Ini akan membantu anda menyiapkan kertas kerja dengan lancar.

Memandangkan kertas kerja ini tidak khusus untuk sebarang jenis perniagaan, saya akan huraikan secara umum terlebih dahulu. Sekiranya ada contoh2 yang berkaitan, saya akan cuba menyiapkan sebahagian kertas kerja tersebut sebagai rujukan nanti.

Seperti yang kita overview sebelum ini, sesebuah kertas kerja itu biasanya dimulakan dengan :

(more…)

Continue ReadingKertas Kerja Perniagaan – Bagaimana Memulakannya?

Bagaimana Menyediakan Sebutharga?

Salam Sejahtera,

Antara perkara yang paling penting dalam menyampaikan ‘hajat’ kita kepada pelanggan adalah dengan menyediakan sebutharga. Kadang-kala dalam suatu perniagaan yang tidak formal, sebutharga ini memang hanya melalui lisan sahaja. Sesuai dengan nama ‘sebutharga’.

Tetapi dalam suatu transaksi yang formal, sebutharga merupakan bukti kepada pelanggan tentang komitmen kita dalam menjanjikan suatu bentuk harga dan perkhidmatan yang dijanjikan. Selalunya di dalam sebutharga juga mempunyai beberapa terma dan syarat yang bukan dinilai daripada nilai wang ringgit sahaja. Sebarang pertikaian mengenai harga, hendaklah merujuk kepada sebutharga yang diserahkan. Jadi tidak berlaku pertelingkahan daripada segi tawar-menawar dan sebagainya.

Berikut adalah contoh sebutharga yang biasa saya sediakan untuk pelanggan.

(more…)

Continue ReadingBagaimana Menyediakan Sebutharga?

Langkah Jutawan dengan Projek SMS X

Salam Sejahtera,

Saya telah memulakan kerja sejak minggu lalu. Selepas lebih seminggu saya tinggalkan pejabat, minggu lalu agak meletihkan. Tahun 2007 saya mulakan dengan jadual yang ketat dan sasaran kerja + kewangan yang lebih tinggi.

Masih ingatkan ketika saya agak sibuk beberapa bulan lalu apabila saya banyak menghabiskan masa di luar kawasan untuk menyiapkan projek akhir tahun. Alhamdulillah, first round trip, selesai dengan jayanya. Laporan dan kertas kerja juga telah selesai saya dokumentasikan.

Maka, CABARAN 2007 pun bermula pelancaran VCD Buat Sendiri Ringtone Anda. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Cabaran 2007 saya diteruskan dengan Projek SMS X. Ikuti perkembangan Projek SMS X bermula hari ini…

Pengambaran ‘Projek SMS X’

Saya mensasarkan untuk menyiapkan pengambaran Projek SMS X pada akhir Januari 2007. Mengikut perancangan Projek SMS akan mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk disiapkan. Kalau dikira-kira kemungkinan akan selesai pada penghujung Februari. Apa itu Projek SMS X? Nantikan… Yang pastinya tentunya mengenai niche yang saya gemari – SMS

Untuk peringkat pertama pengambaran, saya telah selesai menjelajahi kawasan utara secara spesifiknya Ipoh, Taiping, Alor Setar, Langkawi, Kangar dan Pulau Pinang. Jauh saya merantau, tetapi hasil pengambaran adalah cuma 5% dari content keseluruhan Projek SMS X! Jauh lagi perjalanan saya.


Sebelum shooting, cakap sorang2 dulu hafal skrip 🙂

Saya mencadangkan untuk menghasilkan suatu produksi 60 minit dalam pelbagai bentuk element multimedia termasuk teks, imej, persembahan slide, video clip, visual dan audio. Saya masih dalam proses rakaman dan menyiapkan shooting. Proses editing akan menyusul dan menentukan kualiti dan hasil post produksi nanti.

(more…)

Continue ReadingLangkah Jutawan dengan Projek SMS X

Kertas Kerja Perniagaan – Apa Yang Perlu Ada?

Salam Sejahtera,

Saya ada poskan beberapa minggu lepas mengenai kertas kerja mantap , mengapa dan kenapa kita memerlukannya. Perlu diingat, kertas kerja disediakan untuk audiens atau pembaca yang khusus. Kenali audience anda. Apabila anda sudah tahu siapa, anda perlu memberi penekanan yang lebih dalam bab-bab yang khusus. Sebagai contoh, sekiranya kertas kerja saya disediakan untuk penilaian pelabur, saya perlu tekankan apakah keistimewaan produk dan perkhidmatan saya, bagaimana saya boleh memenangi persaingan, berapa jumlah pelaburan yang saya perlukan, dan berapa pulangan yang pelabur bakal perolehi.

Sebenarnya masa yang paling lama dalam menyiapkan kertas kerja perniagaan adalah MENGUMPULKAN MAKLUMAT.

Terdapat pelbagai ‘mazhab’ atau kaedah penyusunan kertas kerja.Tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kebanyakan kertas kerja boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian (more…)

Continue ReadingKertas Kerja Perniagaan – Apa Yang Perlu Ada?

Sebutharga + Work Order + L.O + D.O + Invois

Salam Sejahtera,

Tentunya ada diantara kita yang baru akan kembali ke pejabat pada 4 Januari 2007 setelah bercuti raya dan juga tahun baru. Kepada mereka yang mempunyai anak yang bersekolah, sesi persekolahan juga akan bermula. Tentunya lebih sibuk dengan urusan masing2. Apa pun, terima kasih kerana singgah di blog saya 🙂

Cuti kali ini saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan pelbagai kerja yang perlu diuruskan dalam kadar segera. Sempat juga saya muhasabah diri dan perniagaan saya, disamping dapat merancang untuk perniagaan internet saya.

Akibat kecelaruan kerja (maklumlah saya baru sahaja menceburi perniagaan internet), blog ini pun saya tengok dah bercampur aduk sikit kandungannya, jadi saya buang ‘sampah2’ dan saya susun elok2 semula. Dengan harapan kandungan blog ini dapat saya catatkan secara aslinya bahan2 rujukan dan perbincangan untuk usahawan2 di Malaysia khasnya.

Sudah panjang pula saya bermukadimah. Kali ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda antara aliran dokumen yang biasa digunakan di dalam sesebuah syarikat yang melibatkan sebarang pembelian atau procurement (feww… amik nafas sekejap).

(more…)

Continue ReadingSebutharga + Work Order + L.O + D.O + Invois

Adakah Anda Usahawan Itu?

Salam Sejahtera,

Memulakan sesuatu perniagaan atau memiliki sesuatu perniagaan bukan perkara kecil. Ia memerlukan pandangan yang berwawasan dan perancangan yang teliti untuk mengubah kehidupan dari makan gaji ke menggaji diri sendiri. Sebelum anda boleh mengarahkan orang tentang apa yang perlu dilakukan, anda hendaklah menilai diri sendiri apa yang anda TAHU dan MAHIR lakukan. Pilih perniagaan yang sesuai dengan kebolehan anda sendiri.

Perniagaan Menuntut Pengorbanan. Adakah anda bersedia?

Saya rasa bersyukur kerana memulakan perniagaan di kala usia saya masih muda lebih kurang setahun lepas tamat pengajian. Jadi saya tidak terasa banyak tekanan apabila memulakan perniagaan untuk berubah dari makan gaji ke perniagaan sendiri. Maklumlah, dah biasa dengan ‘tiada duit’, menjadikan saya lebih matang dalam berbelanja dan merancang perniagaan saya.

(more…)

Continue ReadingAdakah Anda Usahawan Itu?