Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari – Siri #6
Salam Sejahtera, Wah!Wah! Sedar tak sedar, dah masuk siri ke enam. Banyak juga input yang saya terima. Terima kasih atas pandangan semua. Saya juga akan sentiasa melihat semula kandungan bersiri…
Salam Sejahtera, Wah!Wah! Sedar tak sedar, dah masuk siri ke enam. Banyak juga input yang saya terima. Terima kasih atas pandangan semua. Saya juga akan sentiasa melihat semula kandungan bersiri…
Salam Sejahtera, Minggu ini dan minggu hadapan saya akan kembali sibuk menyiapkan tugasan 'sekolah'. Time waits for no man, kalau tidak dibuat sekarang, kerja semakin banyak dan bertangguh. Sejak balik…
Salam Sejahtera, Siri Model Pemasaran SMS dah masuk ke siri ke enam. Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa memberikan komen dan juga pandangan. Saya sangat menghargainya. Seperti yang pernah…
Salam Sejahtera, Sekembalinya saya dari bercuti, banyak perkara yang saya ingin kongsikan. Anyway, projek SMSGrup ini juga menunjukan progres. Saya sedang menyiapkan laman web utk SMSGrup ini. Semoga selepas siapnya…
Salam Sejahtera,
Cuba anda bayangkan kalau anda seorang ketua, atau pemimpin ingin menghubungi 200 ahli dibawah anda dan anda mahukan setiap ahli akan mendapat berita yang anda sampaikan? Email group mungkin jawapannya. Tetapi berapa ramai pula yang sentiasa memeriksa email mereka? Bagaimana pula kalau maklumat yang anda ingin sebarkan perlukan jawapan yang urgent ?
Hanya hantar sekali, 1 juta ahli pun dapat..
Sistem Broadcasting SMS sebenarnya mempunyai konsep yang sama dengan email broadcasting. Broadcasting merujuk kepada menghebahkan kepada semua.Broadcasting dilakukan dengan salah seorang ahli dalam suatu kumpulan menghantar maklumat, dan maklumat tersebut diterima oleh semua ahli dalam kumpulan tersebut. Sekiranya menggunakan email broadcasting, satu email akan dihantar, dan semua ahli akan menerima email tersebut. Walaupun begitu, email broadcasting hanya akan efektif sekiranya semua ahli dalam kumpulan tersebut memeriksa email mereka. SMS Broadcasting mempertingkatkan kaedah menyebarkan maklumat dengan membolehkan salah seorang ahli menghantar hanya sekali SMS dan semua ahli akan menerima email tersebut.
Senario Perniagaan:
Katakan anda mempunyai 100 orang anak buah/student/kakitangan/ahli kumpulan. Anda ingin membuat hebahan kepada semua 100 orang melalui SMS yang ternyata lebih cepat dan berkesan. Dengan menggunakan SMSCasting, seseorang hanya perlu menghantar HANYA SATU SMS dan kesemua 100 orang ahli akan menerima ( tidak perlu hantar SMS ke setiap orang) Ini akan menjimatkan masa dan wang orang yang menghantar SMS.
(more…)
Salam Sejahtera, Flight selamat mendarat semalam di KLIA. Letih travelling tak habis lagi, sampai rumah kemas apa yang patut dan terus tido. I will have a BIG day next.. Pagi…
Salam Sejahtera, Lega saya rasa sebab dapat recover balik kandungan blog ini. Bukan masalah hack atau seumpama dengannya, tetapi kali ini saya agak keliru dengan teknologi blog ini. : Kali…
Salam Sejahtera, Akhirnya berjaya juga saya buat recovery untuk posting kali ini. Nasib baik ada back-up. Lega.. Dapat juga saya sambung 'kuliah' kita.. Hari #4 – Being Creative So bercerita…
Salam Sejahtera, Hari ini hari ke 7 saya berada di Kota Kinabalu. Dah terasa rindu pula untuk menyambung tugas. Saya rasa saya tidak boleh tinggalkan KL lama-lama :). Paling lama…
Salam Sejahtera,
Saya telah membuat auto posting dalam blog ini. Ketika ini saya sedang bercuti, mungkin juga sedang bermain2 ditepi pantai atau mungkin juga sedang mendaki gunung.. Ahhhhh! Alangkah seronoknya bercuti….
Apa pun, saya tetap juga dapat mencatatkan sesuatu dalam blog ini. Khususnya bagi mereka yang sedang mencari-cari mengenai kertas kerja, saya cuba berkongsi dengan anda beberapa bahan lagi yang mungkin membantu.
Kali ini kita masuk ke bab perancangan Pemasaran dalam kertas kerja perniagaan. Bab yang saya rasa paling penting, yang tidak sepatutnya dipandang ringan oleh bakal usahawan. Sebenarnya dalam bab ini merupakan ‘key’ yang paling utama dalam menentukan sesuatu perniagaan berdaya maju atau tidak. Bab ini tidak seharusnya disediakan tanpa kajian lapangan yang menyeluruh dan secara mendalam.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya seseorang yang ingin memberi anda pinjam wang, disinilah perkara yang paling penting yang dilihatnya. Adakah sesuatu projek tersebut memang boleh berjaya atau adakah projek tersebut hanya satu angan2. Kebanyakan kita tersilap dalam menyediakan kertas kerja perniagaan apabila bab perancangan pemasaran yang disediakan adalah berdasarkan andaian dan ciptaan semata-mata. Tanpa sebarang bukti atau statistik yang kukuh, saya rasa kemungkinan besar kertas kerja anda akan ditolak.
Salam Sejahtera, Saya akan bercuti mulai 14 sehingga 22 Februari. Sudah agak lama saya tidak mengambil cuti, rasa2nya kali terakhir pada bulan Julai tahun lepas. :( So saya memang berhak…
Salam Sejahtera,
Sejak saya berpeluang buat demontrasi pemasaran SMS ketika konvensyen Saifulsham pada awal bulan Februari lalu, banyak respon positif yang saya terima. Ada yang ingin JV, ada juga yang ingin mencuba sistem pemasaran cara baru ini. Seperti yang pernah tawarkan kepada pelanggan ebook saya, ketika ini sistem-sistem pemasaran SMS ini saya cuba berikan secara percuma bagi tujuan testing. Sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana pemasaran SMS merupakan satu kaedah yang efisien dalam memasarkan produk dan perkhidmatan.
Kali ini saya berpeluang, mendedahkan satu lagi model perniagaan dan pemasaran SMS yang popular.
Layan Pertanyaan Pelanggan Walaupun Anda Sedang Tidur..
Bagaimana tu ? Kali ini, kita cuba tengok kaedah pemasaran Kiosk Informasi SMS pula.
Apakah kiosk informasi ? Sebenarnya konsepnya adalah dengan menyediakan pelanggan maklumat yang sering menjadi pertanyaan pelanggan. Boleh diibaratkan sebagai , menjawab soalan lazim (FAQ), sistem SMS ini telah disediakan dengan beberapa menu yang boleh dipilih oleh pelanggan. Kaedah ini membolehkan kita berinteraksi dengan pelanggan secara terus. Tidak seperti internet atau email yang memerlukan kita menjawab pertanyaan, sistem SMS ini telah diprogramkan untuk memberikan respon setiap pertanyaan daripada pelanggan yang dihantar melalui SMS.
Senario Perniagaan:
Blog irwandahnil.com semenangnya telah menggunakan sistem Kioks Informasi ini. Cuba anda perhatikan di bahagian atas kanan menu blog ini, di bawah IRWANDAHNIL SMS MARKETING. Sebagai pusat maklumat blog ini, sistem SMS Kiosk Informasi ini, membolehkan pembaca blog berinteraksi secara terus dengan saya dengan menghantar SMS. Sistem SMS saya akan terus memberi respon kepada setiap pertanyaan atau request dari pelanggan.
(more…)
Salam Sejahtera,
Dalam seminggu lalu, saya menghabiskan banyak masa untuk membuat sedikit kajian dan bacaan. Semalam, pembantu rumah saya baru sampai dari seberang, seharusnya selepas ini saya mempunyai masa yang lebih banyak untuk membuat kajian.
Saya cuba mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai pemasaran SMS di dunia. Tentunya saya memulakan kajian di laman Wikipedia untuk mengetahui betapa mendalamnya maklumat yang saya perolehi. Tetapi, dengan hampa, banyak maklumat yang ada dalam kamus internet tersebut merupakan maklumat yang saya telah tahu. Kurang benar rujukan mengenai pemasaran SMS yang ada di internet. Mungkin ini jawapan mengapa ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS tetap menjadi ebook pertama menghuraikan konsep pemasaran dan perniagaan SMS bukan sahaja di Malaysia, mungkin juga di dunia! 🙂
Saya juga menerima semakin banyak feedback dari mereka yang ingin menjalankan perniagaan SMS.
Salah seorangnya adalah En Ong BooSiong. Beliau bercadang untuk menjual minyak wangi menggunakan SMS. Tentunya konsep ini boleh direalisasikan menggunakan pemasaran SMS. Begitu juga dengan Puteri Salwa yang ingin memulakan perniagaan SMS untuk perniagaan katering yang sedang beliau jalankan sekarang.