Tips Pemasaran SMS : Memilih SMS Gateway Provider

Salam Sejahtera,

Hari ini saya akur untuk menulis sedikit setelah beberapa kali desakan saya terima. Sudah saya katakan, bahawa saya tidak pro kepada mana-mana perkhidmatan, syarikat atau organisasi yang menawarkan penyambungan ke telco. Saya bukan agen, reseller dan wakil penjual kepada syarikat tersebut. Saya hanyalah orang biasa yang ingin menyebarkan berita yang baik-baik mengenai SMS. 🙂

Tetapi hari ini saya tunduk kepada desakan. Bukan tidak mempunyai pendirian, tetapi saya rasa elok saya longgarkan sedikit prinsip saya untuk kebaikan orang lain. Hari ini saya akan memberikan satu contoh bagaimana anda memilih rakan teknologi untuk menyediakan SMS Gateway.

Saya andaikan anda telah membaca ebook saya. Soalan yang saya terima adalah bagaimana saya ingin mendapatkan kod 5 digit ? Berapakah cajnya dan syarikat mana yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sekarang saya akan tunjukkan apa yang saya dapat apabila saya call syarikat2 ini. Dan kita lihat apa hasilnya

****************************

Dari Meja Irwan Dahnil, 24 April 2007 10.30am
Prolog : Saya buka Google. Saya buat carian senarai syarikat penyedia perkhidmatan SMS Gateway di Malaysia. Aha! Saya dah jumpa satu. Syarikat ini boleh dicapai melalui di sini. Dah selesai browse dan baca semua maklumat dari website tu, saya dail nombor telefon syarikat tersebut. Hanya untuk pastikan keaslian!
Dalam satu perbualan melalui telefon :

Irwan : Hello. Assalamualaikum!. Boleh saya bercakap dengan eksekutif pemasaran ?

Operator : Wsalam. Boleh saya tahu siapa di sana?

Irwan : Saya Irwan. Saya cuma ingin bertanya mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di syarikat anda.

Operator : Oh begitu. Sebentar ya En Irwan. Saya sambungkan anda..

Irwan : Terima kasih…

(so saya pun disambungkan ke eksekutif pemasaran)

(more…)

Continue ReadingTips Pemasaran SMS : Memilih SMS Gateway Provider