Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2007 » March

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

Cari Menantu TV9 | Grand Finale

30 03 2007

Salam Sejahtera,

Semalam, hari yang penuh untuk saya. Lepas Subuh terus ke pejabat. Seawal 9am, saya sudah mempunyai appointment yang pertama. Ada 4 appointment untuk diisi di siang hari.

Seawal jam 9 pagi juga saya menerima mesej dari FayZ Syokkahwin.com.

“I’ve got invitation to Cari Menantu Akad Nikah tonite at PICC. Wanna come ?”

SMS beliau berbunyi demikian. Aduh! Apointment dah penuh sepanjang hari, kemudian malam pula attend jemputan. Memandangkan saya tahu bahawa ini adalah prospek projek yang sangat baik, maka saya memberi kata setuju kepada FayZ.

“Dress code pakai baju Melayu!”

Aduh! Baju Melayu la pulak. SMS orang rumah mintak tolong preparekan apa yang patut. Since appointment yang terakhir adalah pada jam 5.30 pm di Puchong, jadi hanya sempat singgah di rumah sekejap, amik baju melayu. Nasib baik semua dah gosok dan siap berbutang baju. Phewww!

Sampai sana, rilex sekejap, tarik nafas. Somehow meet my ex schoolmate @ photographer, Nizam. Nizam ada kat situ jadi cameraman sukarela while wife dia, Awin jadi make up artist utk pasangan pengantin. Secara automatiknya, projek saya kali ini dah ada photographer. FayZ lega abes since dia sendiri tak prepare utk amik gambar. :)

9.30pm rancangan Cari Menantu Akad Nikah go live on TV9. Saya malas nak masuk (kalau tak masuk TV la saya semalam) sebab ada appointment dengan kawan sorang lagi kat Putrajaya till 11pm.

Saya sampai rumah around 12.40 at midnite. Tapi terasa sangat puas! Puas kerana :

1. Buku SMS yang saya telah tulis mendapat testimonial yang baik dari TKP Keusahawanan Mara :)

2. Saya sempat jumpa dengan Media Prima client service group untuk mendapatkan slot iklan utk projek akan datang saya

3. Saya dapat bahan tambahan untuk Manual Pemasaran SMS saya. Oh ya! Saya sedang menyiapkan manual pemasaran SMS untuk pelanggan saya. Saya cuma perlukan masa dalam 2 minggu lagi untuk menyiapkannya. Nantikan!

4. Fai hubungi saya untuk menyertai cabaran “King Of Affiliates In 60 Hours”. Saya ucapkan terima kasih atas jemputan tersebut. Cuma saya ni otai IM ke? :) . Anyway, saya mintak maaf tak dapat nak actively participate utk cabaran tersebut. Sangat pack jadual sampai akhir bulan June. I wish all the best to Fai and Labanon!

5. Jemputan FayZ membuatkan otak saya tidak berhenti berpusing dengan ligatnya! Kehadiran ke majlis akad nikah Cari Menantu memberikan saya satu penyelesaian yang saya cari-cari. Saya perlu buat sedkit kajian. Kalau betul perkiraan saya, maka saya akan terus sibuk dengan ‘projek yang masuk bertimpa2′ sehingga akhir tahun. :)
Saya terpaksa buat catatan peribadi tentang apa yang saya dapat semalam. Idea + ilham hanya terlintas sekali. I need a rest.

Selamat Berhujung Minggu!

p/s : Jangan lupa tengok Grand Finale Persandingan Pengantin 3 Serangkai rancangan Cari Menantu di TV9 pada hari Sabtu. Jangan lupa hantar SMS anda untuk mengundi dan hantarkan ke 33999 :)








AWAS! Teks SMS Akan Jadi Bukti Jenayah

28 03 2007

Salam Sejahtera,

Adakah anda menulis teks SMS anda berbeza dari rakan anda? Tentunya! Walau pun telah ramai yang maklumi terdapat singkatan2 khusus untuk menulis teks seperti utk - untuk, dgn - dengan dan spt - seperti, masih terdapat perkataan yg tidak sama dengan perkataan yang lain. Contohnya, saya menggunakan pndtpn mewakili pendapatan, tetapi rakan pejabat saya menggunakan pendpatn! Berbeza, tetapi tetap tidak salah dan boleh difahami.

Baca yang awal dan yang hujung!

Percaya atau tidak, suatu kajian menyatakan manusia cenderung untuk memahami sesuatu perkataan dengan hanya membaca perkataan diawal dan dhujungnya! Contohnya PNDPTN dan PDTPN. Kita tetap menafsirkan perkara yang sama sebagai PENDAPATAN.

Anyway, saya tidak ingat dimana saya baca kajian tersebut. Nanti kalau jumpa saya kongsikan.

Awas! Jenayah boleh dijejaki dengan gaya penulisan SMS anda.

Sekumpulan saintis di Universityi Leicester, UK sedang melakukan analisa terhadap 1500 mesej SMS untuk mencari bukti saintifik mengenai variasi atau kepelbagaian dalam gaya yang berbeza-beza dalam menulis mesej teks. Dan polis akan boleh menggunakannya sebagai bukti !! Ini mungkin akan menjadi suatu kaedah dalam rancangan TV popular CSI untuk mengenalpasti identiti penulis SMS sama seperti analisa yang dilakukan pada tulisan tangan. :)
Rupa-rupanya dah ada juga kajian yang sedang dilakukan. So far, walau saya masih aktif menjadi pengguna teks SMS, saya sendiri tak boleh nak kenalpasti pattern atau bentuk gaya penulisan teks saya!

Bagaimana dengan anda?








Pemasaran SMS - Mengapa SMS Sangat Efektif ?

27 03 2007

Salam Sejahtera,

Gelombang pemasaran cara baru telah tiba. SMS memang akan merevolusi kaedah komunikasi untuk pemasaran akan datang. Walau pun WAP, 3G, GPRS dan protokol tanpa wayar yang lain dikatakan akan menjadi ‘next big thing’, tetapi tiada yang menunjukkan sebarang progress positif sehingga sekarang.

Bukan hanya disebabkan kemampuan SMS untuk mencapai lebih 21 juta bakal pelanggan di Malaysia, saya ingin berkongsi beberapa fakta yang dikatakan menjadi ‘killer factor’ SMS :

1. Kos Efektif
Sebagai medium komunikasi, SMS dikategorikan sebagai antara yang paling rendah kosnya. Berbanding dengan panggilan telefon, kos SMS hanya sebahagian kecil sahaja.

2. Capaian Pelanggan Yang Tinggi
Tahukah anda, telefon bimbit mempunyai 7 kali ganda lebih besar jumlahnya berbanding dengan satu tempat capaian internet. Ini bermakna sekiranya terdapat satu tempat capaian internet, kita akan dapati ada 7 telefon bimbit disekelilingnya! Ini bermakna lebih ramai pelanggan boleh dicapai berbanding dengan pelanggan internet.

3. Tindakbalas Yang Tinggi
Email adalah personal. SMS pula sangat personal. Ini bermakna, skrin ditelefon bimbit yang hanya ditujukan kepada individu, membolehkan perhatian yang lebih diperolehi dari individu tersebut.

Saya sendiri mempunyai 9 ‘killer factor’ SMS ini. Nanti saya akan kongsikan lagi.








Apakah Industri Anda ? Bagaimana SMS Membantu Perniagaan Anda?

26 03 2007

Salam Sejahtera,

Telah hampir 5 bulan projek SMS saya dimulakan. Banyak input dan pandangan saya terima. Terima kasih kepada yang menyokong dan juga memberi input-input yang sangat berguna.

Dalam menyediakan pelbagai pendekatan pemasaran baru, sering kali saya diajukan pertanyaan berikut :

“Bagaimana saya boleh menggunakan SMS sebagai alat pemasaran ? Saya tak nampak langsung.. “

Saya sendiri sentiasa terfikir, dalam kecanggihan SMS menyediakan platform yang canggih untuk pemasaran, fundamental atau asas keperluan pelanggan mungkin saya perlu beri perhatian. Saya perlu lakukan sedikit kajian apakah bentuk perniagaan, apakah proses dalam perniagaan , bagaimanakah cara promosi konvensional yang dilakukan sekarang?

Saya mengharapkan sokongan anda kali ini. Berikan saya apakah industri yang anda ingin tahu tentang bagaimana SMS boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda…

Saya mulakan dengan industri yang saya ketahui, dan saya harap anda boleh memberi tambahan kepada industri ini. Saya dalam proses menyediakan keperluan perniagaan mengikut industri. Industri anda akan saya ambil kira, dan akan cuba saya selesaikan masalah bagaimana SMS membantu industri anda..

Antara industri yang saya boleh mulakan…

1. Perhotelan
2. Perbankan dan Kewangan
3. Kebajikan
4. Pendidikan dan Pembelajaran
5. Internet ( ini suatu industri kan?)
6. Kesihatan

Apakah lagi yang perlu saya tambahkan? Mungkin banyak diluar sana, tetapi tidak terfikir oleh minda saya…








Jenama | Mengapa penting menjadi market leader?

25 03 2007

Salam Sejahtera,

Pernahkan anda merasa apabila anda melakukan sesuatu yang pelik akan menjadi ikutan orang? Orang berpandangan yang anda mungkin hilang akal. Tetapi tentunya juga ada orang yang lebih ‘hilang akal‘ dari anda, yang menyatakan bahawa apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang baik dan lain dari yang lain!!

Kunci kepada pemasaran yang berjaya adalah perbezaan dengan yang lain, unik dan istimewa. Sekiranya pelanggan anda tidak boleh nampak jenama anda berbeza berbanding dengan pesaing, maka anda akan kalah dalam peperangan pemasaran.

Menjadi orang pertama dalam persaingan anda membolehkan anda mendahului pesaing, dan menjadi pemimpin pasaran memerlukan anda menjadi orang pertama dalam persaingan.

Mengapa perlunya anda menguasai minda pelanggan anda? Kerana pelanggan tidak mudah mengubah sesuatu jenama ke jenama yang lain! Seingat saya, kecil2 dahulu saya kenal Kiwi sebagai kapur pemutih kasut, dan bukan sejenis binatang! Bergitu juga dengan Colgate untuk merujuk kepada ubat gigi.

Selagi kualiti produk kita adalah bagus dan setara dengan pesaing, pelanggan akan terus memilih anda.

Peperangan pemasaran yang paling besar bukan lagi peperangan produk siapa yang lebih baik, tetapi adalah peperangan untuk menguasai minda pelanggan.

Menjadi orang pertama dan market leader boleh membantu anda membentuk jenama anda sendiri. Ya! Branding!

Inilah yang berlaku kepada Datuk Tony Fernandes ketika beliau memulakan penerbangan tambang murah Airasia. Apabila kita sebut penerbangan tambang murah, kita akan tengok pada Airasia. Bahkan jenama Airasia lebih dulu singgah di fikiran kita berbanding MAS apabila kita bercakap tentang penerbangan.. Hebat…

Adakah Firefly yang menjadi penerbangan tambang murah dan berkonsepkan khidmat komuniti mampu untuk berkongsi pasaran dengan Airasia? Kita saksikan nanti….








Kalau anda tidak tahu berbahasa Inggeris dalam perniagaan..

22 03 2007

Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mendengar kata-kata yang menyatakan bahawa perniagaan yang tidak berbahasa Inggeris atau tidak menggunakan bahasa tersebut sebagai medium penyampaian merupakan perniagaan yang tiada ‘class’, tidak pergi ke mana, malah ada yang kata ‘low class’ ?

Malah ada yang kata perniagaan tersebut adalah ‘kekampungan‘ atau level bawahan

Kesian. Saya sangat simpati kepada mereka yang mendapat label atau gelaran seperti itu. Tidak patut, sedangkan perniagaan kita tidak diukur melalui bahasa semata-mata.

Jika anda tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam perniagaan anda, tidak apa. Anda tidak perlu risau. Sebenarnya kita bercakap mengenai komunikasi di sini. Selagi pelanggan anda memahami apa yang anda ingin sampaikan, mesej tersebut berjaya mempengaruhi pelanggan anda untuk membeli, mengapa tidak gunakan bahasa yang anda sendiri lebih mahir?

Bagi saya, kita tidak perlu terburu-buru dalam menentukan bahasa apa yang ingin kita gunakan. Dalam perniagaan, kita perlu jelas dengan matlamat kita. Tentunya dalam perniagaan, selain dari mencari rezeki yang halal, kita mahukan keuntungan. Saya rasa dalam apa2 perniagaan, itulah asasnya.

Jadi isu bahasa bukan menjadi isu pokok!

Apakah matlamat anda?

Sekiranya matlamat anda hanya untuk menjual produk, dan produk anda boleh terjual dengan anda hanya berbahasa melayu, mengapa tidak? Atau mungkin pasaran anda lebih tertumpu untuk yang berbahasa malaysia sahaja… Mungkin juga…. tidak perlu berbahasa inggeris kalau begitu.

Tetapi matlamat anda ingin mendapatkan pasaran yang lebih luas, meningkatkan mutu dan prestasi perniagaan anda , nasihat saya, gunakan bahasa Inggeris..

Bukan! Bukan kerana saya ingin sangat menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi cuba lihat disekeliling anda. Kebanyakan bahan rujukan dalam bahasa Inggeris (akhbar dalam bahasa Inggeris menguasai lebih 40% pasaran akhbar di Malaysia pada tahun 2005),

Kertas kerja perniagaan juga kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Ada juga yang berbahasa Malaysia - untuk MARA. Yang lain-lain, bahasa inggeris telah menjadi lingua franca untuk komunikasi dalam perniagaan.

Untuk meluaskan pasaran anda, sekiranya pelanggan anda menggunakan English, anda perlu dapat berkomunikasi supaya pelanggan anda faham. Manakan mungkin ayam bercakap dengan kambing.. Itu kan bahasa yang berlainan…

Bagaimana kalau tidak tahu berbahasa Inggeris, tetapi saya mahu lebih maju?

Soalan favourite saya. Saya akan kata, ” Buatlah macam mana pun, janji perniagaan terus maju, dan produk dan perkhidmatan terjual!

Kalau perlu pakai translator, pakailah translator. Kalau perlu upah orang untuk tulis dalam English, upahlah. Kalau perlu Kalau perlu menggaji pekerja yang Bahasa Inggerisnya ‘berabuk’, upahlah mereka.

Semua itu adalah penyelesaian sementara. Matlamat anda mungkin tercapai.

Tetapi penyelesaian yang hakiki anda dengan anda perlu BELAJAR. Lagi pun belajar adalah aktiviti sepanjang hayat. Tidak terlewat untuk memulakannya. Bukan untuk menjadi pakar bahasa, tetapi sekurang-kurangnya, ada perkara yang kita boleh lakukan sendiri tanpa mengharapkan orang lain!
Bidang keusahawanan adalah bergantung kepada usahawan yang menjayakannya. Pekerja-pekerja adalah orang yang melaksanakannya. “Without you, they are nothing”..








Bukti Orang Hanya Pandai Berkata-kata

21 03 2007

Salam Sejahtera

Server Dalam Penyelenggaraan

Saya menerima email dari penyedia hosting smswang.com yang menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan untuk mempertingkatkan keupayaan server sedang dilaksanakan. Oleh itu terdapat beberapa gangguan teknikal telah berlaku sejak 17 Mac. Sekiranya anda mengalami masalah seperti pendaftaran affiliates yang dibatalkan, atau laman web yang tidak boleh dibuka, saya memohon banyak2 maaf. Saya akan pastikan perkhidmatan tersebut akan dapat di up kan segera…

Ketahui Hak Anda

Adakah anda rasa orang Malaysia ini hanya pandai berkata-kata ? Kadang-kala lebih suka berkata di belakang dari menunjukkan muka ?

Saya pernah catatkan dalam blog saya bahawa tiada laporan rasmi yang telah dilakukan terhadap mereka yang melakukan kes-kes penipuan dalam SMS. Kebanyakan mangsa hanya membuat laporan polis dengan mengadu bahawa mreka telah ditipu dan orang yang dikatakan penipusebagai penjenayah.

Walau di dada akhbar, di televisyen dan juga mana-mana media massa sudah menyatakan dan memberi amaran tentang penipuan seumpama ini, masih lagi ada kes seperti ini. Masih muncul juga mangsa-mangsa penipuan SMS. Jadi di mana silapnya? Awareness telah dilakukan, tetapi masih berlaku. Contoh seperti kes penipuan SMS Akademi Fantasia yang menghendaki mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk mendapat ‘hadiah kemenangan’. Selepas kes itu dilaporkan ke pihak berkuasa dan iklan-iklan peringatan telah diedarkan, masih lagi ada orang yang menjadi mangsa. Mangsa yang terkena dengan modus operandi yang sama!

Inilah yang saya rasa ramai tidak tahu. Dari segi undang-undang, seseorang yang menjadi mangsa akan membuat laporan polis. Sekiranya didapati ada laporan polis kemungkin akan didakwa sebagai jenayah penipuan.Tetapi mesin-mesin, server dan peralatan SMS lain untuk mengelolakan penipuan tersebut tidak disita atau diberhentikan. Perkhidmatan SMS tersebut masih tetap berfungsi. Selagi tiada tindakan terhadap laporan dan aduan yang dilakukan, penipu-penipu ini masih mempunyai kemudahan untuk meneruskan misi menipu mereka!

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi buatlah juga aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu perkhidmatan SMS melanggar undang-undang atau syarat dan terma yang telah ditetapkan. Perkhidmatan SMS yang menipu ini boleh ditamatkan bila-bila masa sekiranya terbukti benar mereka menipu. Maka mereka tidak akan mempunyai infrastruktur SMS lagi untuk meneruskan kegiatan terkutuk mereka.

Gunakanlah kedua-dua saluran untuk membuat laporan. Buat laporan polis dan buat juga laporan rasmi ke MCMC. Benteras penipuan SMS!

p/s : Geram sangat dengan orang yang mencemar dan menyalahgunakan SMS untuk tujuan jahat dan mengambil kesempatan! Boleh ke kita hukum gantung je diorg ni ?








Kertas Kerja Mantap - Perancangan Pemasaran III - Marketing Mix

20 03 2007

Salam Sejahtera,

Kebanyakan dari kita kurang memberi penekanan kepada aspek pemasaran. Ini mungkin disebabkan kebanyakan kita terlalu fokus terhadap pembangunan produk atau perkhidmatan sehingga elemen pemasaran terabai. Pengalaman saya ketika membangunankan suatu perisian yang membolehkan kita melakukan kerja-kerja komputer secara automatik. Setelah siap, dan telah diuji, baru saya sedari saya tidak memberi perhatian kepada aspek pemasaran. Siapa pelanggan, berapa saiz pelanggan, pembungkusan produk, penjenamaan dan sebagainya. Akhirnya, produk saya menjadi projek gajah putih. Sehingga kini saya masih dalam proses menghitamkan semula projek ini.. Atau sekurang-kurangnya, mengkelabukan sedikit projek yang menjadi mangsa kealpaan saya dalam pemasaran.

Kebanyakan ahli pemasaran meletakkan konsep 4P dalam melaksanakan aktiviti pemasaran. 4P merujuk kepada Product (Produk atau Perkhidmatan), Promotion (Promosi), Price (Harga) dan Place (Tempat atau agihan). Mungkin satu elemen yang boleh ditambah adalah elemen People (Manusia).

Tiada suatu skima yang menyatakan suatu pemasaran itu ada salah atau betulnya. Perkara ini agak dinamik bergantung kepada pelbagai faktor di luar kawalan, seperti keadaan politik dan keadaan ekonomi semasa. Kesan dan implikasi sesuatu pemasaran adalah berbeza mengikut pembolehubah dan parameter yang diukur.

Oleh itu setiap aktiviti pemasaran, selain menggunakan strategi marketing mix, boleh dikembangkan sekiranya melalui beberapa proses kajian dan juga ‘homework’ berikut :

1. R&D - produk dan perkhidmatan kita melalui proses yang secara saintifik dan logik menepati mutu dan keperluan pasaran.

2. Pengiklanan dan Media Pengiklanan - mesej yang ingin disampaikan melalui media pengiklanan yang berkesan.

3. Saluran Pengedaran - Bagaimana sesuatu produk itu ingin dipasarkan ? Adakah dijual sendiri, atau adakah melalui agen atau wakil jualan?
4. Hubungan pelanggan - usaha menanam dan meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kita

5. Promosi - pakej tambahan untuk menambah nilai tawaran produk dan meningkatkan rasa istimewa. Ini adalah seperti bonus, kupon, jaminan wang dikembalikan, dan khidmat perundingan.

Marketing mix inilah yang selalu menyebabkan kita sentiasa berfikir dan berlegar-legar dalam kepala. Untuk menentukan mana yang betul atau salah, tiada suatu asas kukuh.

Yang penting dalam kertas kerja kita, setiap langkah yang kita ambil perlu ada justifikasi dan hujah mengapa kita perlu berbuat demikian dan atas dasar apa kita membuat keputusan tersebut.

Fikir-fikir kan lah…








Biarkan apa orang lain kata …

19 03 2007

Salam Sejahtera,

Tentunya ramai yang telah kembali dari cuti. Minggu lalu ramai yang mengambil cuti mungkin kembali ke kampung bersempena dengan cuti sekolah.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana segala usaha anda dipandang rendah, diperkecilkan dan diperlekehkan oleh orang di sekeliling anda? Pernahkah anda merasa lebih ramai orang yang mengkritik dan meng’condemn’ anda dari mereka yang menyokong dan memberi pandangan positif terhadap usaha perniagaan anda?

Ayat-ayat seperti ” Alah.. berangan ko je lebih, buat tak tentu lagi… ” atau “Idea ko ni tak boleh pakai lah.. ko ingat senang ke nak berniaga ? ” memang selalu kita dengar. Lebih-lebih lagi kita baru berjinak-jinak dengan perniagaan.

Ketika saya mengambil keputusan untuk meninggalkan RHB Bank dahulu, dan memulakan perniagaan saya sendiri, tentangan yang datang sangat hebat. Tentangan yang kuat tentunya datang dari keluarga sendiri. Saya sendiri tahu bahawa mereka bimbangkan tentang masa depan saya, lebih-lebih lagi mereka tidak pasti keupayaan saya untuk melaksanakan perniagaan sendiri. Meninggalkan kerja makan gaji dan pendapatan yang agak lumayan ketika itu bagi mereka,  merupakan kesilapan  yang terbesar yang saya lakukan untuk membuat sesuatu yang belum pasti. Tambahan pula ketika itu, negara masih lagi mengalami keperitan melalui keadaan ekonomi yang suram dan masalah kewangan yang teruk akibat spekulasi .

Tapi saya buat juga. Idea gila yang orang kata tak boleh pakai saya lakukan jua. Pedulikan mereka…

Saya ambil kata-kata yang positif. Kata-kata yang negatif dan boleh melemahkan, saya tinggalkan di belakang. Saya tidak peduli bahkan kata-kata itulah yang menjadi perangsang kepada saya untuk lebih berjaya. Setiap hari saya bertanya diri saya, adakah apa yang saya lakukan salah? Tentu sekali tidak… Bahkan, semakin kuat azam saya untuk terjun ke dunia perniagaan.

“Inilah yang aku ingin lakukan… This is my passion, this is my dream. To create my destiny with my very own hand..”

Baca Selanjutnya »








Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari - Siri #7

11 03 2007

Salam Sejahtera,

Saya terpaksa mendaki selekoh-selekoh yang curam dalam perjalanan ke Cameron Highland. Ada urusan sedikit, dan insyallah akan kembali ke KL segera. Banyak urusan menanti saya di KL! Beberapa updates yang saya boleh share dengan anda.

Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS versi 1.3 released
Saya sempat membuat upgrade sedikit dengan ebook tersebut. Kepada pelanggan yang telah membeli ebook tersebut, boleh memuat turun ebook tersebut di Laman Eksklusif secara PERCUMA!

Much Awaited Book 2007

Sebenarnya dah hampir sebulan buku ini disiapkan. Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan kandungannya. Banyak bahan baru yang saya tambahkan dalam buku ini. Buku yang lebih straight forward untuk mereka yang mahu terus memulakan pemasaran SMS. Doakan segalanya berjalan lancar untuk projek saya kali ini. Nantikan di kedai-kedai buku!

Autoresponder Failure
Saya tidak dapat mengutusi anda dalam beberapa minggu ini kerana ada sedikit masalah dengan sistem autoresponder saya. Saya tidak berkesempatan untuk membuat update @ migrate data ke sistem yang baru. Maaf ya! Anda tetap dekat di hati….

Cukup untuk update kali ini, kita sambung lagi…

Untuk Projek SMSGrup saya sudah hampir 50% menjadi. Kita teruskan sedikit lagi…

Baca Selanjutnya »