Jangan keliru..

Salam Sejahtera,

Ketika mengumpul dan menganalisa maklumbalas dari pelanggan ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, ada diantara mereka yang terkeliru dengan konsep perniagaan dan pemasaran SMS. Apakah sebenarnya keupayaan SMS ? Adakah SMS boleh menjadi suatu punca pendapatan atau tidak lebih dari suatu alat pemasaran untuk mengedarkan maklumat?

Jawapan saya tentunya SMS mempunyai kedua-dua keupayaan tersebut. Pada hakikatnya dengan menghantar SMS ke seseorang memaklumkan suatu perkara (promosi) adalah suatu kaedah pemasaran, tetapi SMS sekiranya dilakukan dengan kaedah dan objektif yang berbeza akan menjadi suatu perniagaan.

Bagaimana membezakan ya? Cuba anda rujuk gambarajah di bawah :

Dalam bentuk yang berstruktur, SMS boleh dipecahkan kepada 2 fungsi utama (mungkin ada lagi fungsi yang lain, tetapi saya cuma hi-llight 2 ini sahaja), iaitu fungsi pemasaran dan fungsi perniagaan. Perbezaan keduanya sungguh ketara baik dari segi matlamat dan juga kos operasi.

Anda sekarang hanya perlu memilih, apakah tujuan anda dalam menggunakan SMS. Adakah hanya sebagai alat pemasaran anda, atau anda ingin lakukan perniagaan berasaskan SMS? Perlu diingat elemen sokongan seperti ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam menjayakannya. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua golongan yang begitu teruja untuk menggunakan SMS ini.

Pemasaran SMS

Golongan pertama ini adalah golongan yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat promosi dan hebahan mengenai produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan mereka yang menggunakan telefon bimbit. Golongan ini tidak berminat dalam menjana pendapatan dari aktiviti pemasaran SMS mereka. Tidak berminat untuk mendapatkan profit sharing dalam setiap transaksi SMS.

Mereka hanya berminat untuk menggunakan SMS bagi tujuan meningkatkan perniagaan mereka, dengan cara SMS dapat membantu meningkatkan jualan dari pelanggan sedia ada, menambah jumlah pelanggan atau meningkatkan margin keuntungan. Biasanya mereka menggunakan SMS ini untuk mempercepatkan dengan mendekatkan mereka dengan pelanggan sama ada melalui hebahan, mendapatkan maklumbalas dan survey pasaran, mengumpulkan pangkalan data pelanggan, mewujudkan interaksi pelanggan dan sebagainya.

(more…)

Continue ReadingJangan keliru..

Ku sangkakan hujan sampai ke petang…

Salam Sejahtera,

Setiap perniagaan tentunya mempunyai risiko dan halangan yang tersendiri. Mana mungkin ada satu perniagaan yang bebas dari ‘ancaman’ gulung tikar dan kerugian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa risiko perniagaan SMS. Ini juga adalah faktor kritikal yang perlu anda ambil kira :

Masalah #1 : Partnership

Dalam memilih rakan perniagaan baik untuk penyediakan content atau pun penyedia perkhidmatan SMS Gateway, perlu mempunyai satu bentuk perjanjian yang boleh dipegang oleh kedua-dua pihak. Memandangkan suatu perniagaan SMS tidak lagi dari kedua-dua pihak ini, kesilapan satu pihak akan memberi kesan kepada pihak yang lain. Satu pihak mempunyai masalah, maka pincanglah perniagaan SMS tersebut.

Kita andaikan kalau satu pihak menyediakan content, tidak dapat membekalkan kandungan seperti yang dijanjikan akan mengundang masalah kepada penyedia SMS Gateway sekiranya wujud aduan dari pelanggan. Begitu juga kalau penyedia SMS Gateway gagal untuk memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

Bagaimana memilih partners dalam perniagaan SMS? Insyallah, jika berkesempatan saya akan buat satu laporan untuk anda muat turun mengenai tips2 bagaimana memilih rakan teknologi. Jangan lupa, bahawa perniagaan ini bukan perniagaan berandalkan janji mulut, tetapi perlu mempunyai perjanjian hitam putih untuk kepentingan ke dua-dua belah pihak.

Masalah #2 : Pembayaran dan Billing

Secara teknikalnya, sekurang-kurangnya terdapat 2 sistem pengebilan SMS. Yang pertama adalah bill penggunaan SMS yang dicatatkan oleh telco sendiri yang menyimpan semua transaksi SMS, dan yang kedua adalah sistem pengebilan yang dimiliki oleh penyedia SMS Gateway.

(more…)

Continue ReadingKu sangkakan hujan sampai ke petang…