Perbezaan Antara Invois dan Delivery Order
Salam Usahawan,
Tahukah anda sekiranya anda tidak menghantar invois kepada pelanggan anda, memberikan peluang pelanggan untuk melewat-lewatkan pembayaran kepada anda bagi segala urusniaga rasmi ?
Tentunya saya merujuk kepada transaksi rasmi seperti berurusan dengan pelanggan daripada kerajaan atau agensi. Begitu juga dengan organisasi. Invois adalah dokumen formal yang disediakan oleh syarikat kita yang akan dihantar kepada pelanggan sebagai tuntutan bayaran rasmi. Biasanya invois disediakan dalam 2 atau 3 salinan yang akan diberikan kepada pelanggan dan satu salinan akan disimpan oleh kita.
Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan.