Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari - Siri #5

28 02 2007

Salam Sejahtera,

Sekembalinya saya dari bercuti, banyak perkara yang saya ingin kongsikan. Anyway, projek SMSGrup ini juga menunjukan progres. Saya sedang menyiapkan laman web utk SMSGrup ini. Semoga selepas siapnya SMSGrup ini, perkhidmatan broadcasting dapat digunakan oleh ramai golongan. Oh ya! Perkhidmatan ini tentunya percuma (itu yang anda mahu dengar bukan?)

Hari #5 – A bit More Creative

Setelah saya mendapat gambaran sistem SMS yang saya ingin bangunkan, saya juga perlu mendapatkan gambaran bagaimana perkhidmatan saya itu berfungsi. Bukan secara teknikal yang keterlaluan, tetapi memadai dengan ciri-ciri asas sistem SMSGrup.

Tips : Kadangkala ini boleh dilakukan secara bersama dengan perunding perniagaan anda atau business coach. Mungkin anda hanya perlu fikirkan konsep, dan minta bantuan mereka untuk menilai konsep yang anda bentangkan disamping memberi input untuk penambahbaikan.

Biar saya cuba. Sistem SMSGrup ini saya bayangkan mempunyai ciri-ciri yang membolehkah seseorang moderator kumpulan untuk menghantar unlimited SMS kepada kumpulannya. SMSGrup mestilah user friendly dan mudah digunakan. Cepat dan realiable dan dapat berfungsi 24jam sehari dengan downtime yang sangat minimum. Seboleh-bolehnya sistem ini hendaklah mempunyai ciri-ciri self-control oleh pengguna dan memerlukan khidmat sokongan teknikal yang minimum dari saya.

Okay..Cukup sampai di situ dahulu. Kita perlukan pakar teknikal untuk membantu kita mengembangkan idea teknikal kita tadi.

Revenue model
Antara perkara yang saya perlu fikirkan juga adalah mengenai revenue model atau bentuk transaksi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada saya. Model dimana saya dapat menjana pendapatan dari perniagaan saya.

Untuk SMSGrup, mungkin saya boleh mengenakan konsep yuran langganan. Bermaksud, mana2 kumpulan yang ingin menggunakan SMSGrup perlu membayar RM100 setahun sebagai yuran langganan.

Revenue Model itu kelihatan seperti sangat ideal! Tetapi mungkin ada kaedah lain untuk menghasilkan wang?






Model Pemasaran SMS #5 - SMS Broadcasting

27 02 2007

Salam Sejahtera,

Cuba anda bayangkan kalau anda seorang ketua, atau pemimpin ingin menghubungi 200 ahli dibawah anda dan anda mahukan setiap ahli akan mendapat berita yang anda sampaikan? Email group mungkin jawapannya. Tetapi berapa ramai pula yang sentiasa memeriksa email mereka? Bagaimana pula kalau maklumat yang anda ingin sebarkan perlukan jawapan yang urgent ?

Hanya hantar sekali, 1 juta ahli pun dapat..

Sistem Broadcasting SMS sebenarnya mempunyai konsep yang sama dengan email broadcasting. Broadcasting merujuk kepada menghebahkan kepada semua.Broadcasting dilakukan dengan salah seorang ahli dalam suatu kumpulan menghantar maklumat, dan maklumat tersebut diterima oleh semua ahli dalam kumpulan tersebut. Sekiranya menggunakan email broadcasting, satu email akan dihantar, dan semua ahli akan menerima email tersebut. Walaupun begitu, email broadcasting hanya akan efektif sekiranya semua ahli dalam kumpulan tersebut memeriksa email mereka. SMS Broadcasting mempertingkatkan kaedah menyebarkan maklumat dengan membolehkan salah seorang ahli menghantar hanya sekali SMS dan semua ahli akan menerima email tersebut.

Senario Perniagaan:
Katakan anda mempunyai 100 orang anak buah/student/kakitangan/ahli kumpulan. Anda ingin membuat hebahan kepada semua 100 orang melalui SMS yang ternyata lebih cepat dan berkesan. Dengan menggunakan SMSCasting, seseorang hanya perlu menghantar HANYA SATU SMS dan kesemua 100 orang ahli akan menerima ( tidak perlu hantar SMS ke setiap orang) Ini akan menjimatkan masa dan wang orang yang menghantar SMS.
Baca Selanjutnya »






Tips Pemasaran SMS | Jangan Spam

25 02 2007

Salam Sejahtera,

Flight selamat mendarat semalam di KLIA. Letih travelling tak habis lagi, sampai rumah kemas apa yang patut dan terus tido. I will have a BIG day next..

Pagi ni, saya start my day dengan bukak laptop. Tengok planner of the week. Seperti yang saya jangkakan, 10 hari tidak bekerja bermakna beban yang saya perlu selesaikan adalah untuk 10 hari. Gaji kakitangan perlu diselesaikan, tandatangan cek pembayaran, menyiapkan sebutharga utk pelanggan, menyemak kerja staff dan juga menyemak status projek baru. Email-email yang tidak berbalas dari pelanggan Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, mengemaskini akaun, update blog, dan juga membuat temujanji. Tidak termasuk urusan peribadi seperti kad kredit dan pinjaman, semua perlu diselesaikan segera. Lagi menyesakkan, Februari hanya mempunyai 8 hari.

Tentunya anda juga mempunyai jadual yang ketat pada hari Isnin. Itu sebab mengapa orang menggelarnya sebagai ‘Black Monday’ :)

Satu perkara yang saya mahu kongsi hari ini adalah berkenaan dengan teknik pemasaran SMS.

Kebanyakan kita tentunya pernah menerima iklan promosi melalui SMS. Sama ada iklan SMS tersebut dihantar oleh pihak ketiga atau telco, SMS tersebut biasanya mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan. Saya rasa ini merupakan pemasaran yang paling efektif sehingga kita. Tentunya iklan SMS tersebut akan dibaca oleh pemilik handphone bukan? Siapa di sini yang menerima SMS tapi tak bukak atau tak baca dan terus delete? Heheh.. Jarangkan? Iklan SMS memang sentiasa akan mendapat perhatian pemilik handphone betul tak ?

Tentunya ada bertanya bagaimana iklan tersebut boleh masuk ke telefon bimbit anda? Kalau iklan tersebut datangnya dari telco tentunya tidak menghairankan kerana tentunya telco mempunyai nombor telefon anda. Tetapi sekiranya iklan SMS yang datangnya dari pihak ketiga, bagaimana mereka boleh mendapatkan nombor telefon anda tentunya menjadi satu misteri…

Pada pandangan anda, dari mana agaknya mereka boleh dapat nombor telefon kita? Berikan pendapat anda… Saya akan kongsikan hasil penemuan saya esok, insyallah..






Model Pemasaran SMS #4 - Sistem Tempahan

22 02 2007

Salam Sejahtera,

Lega saya rasa sebab dapat recover balik kandungan blog ini. Bukan masalah hack atau seumpama dengannya, tetapi kali ini saya agak keliru dengan teknologi blog ini. :

Kali ini saya akan mendedahkan satu lagi model pemasaran SMS yang sesuai digunakan.

Gunakan Sistem Tempahan Untuk Pelbagai Media Promosi…

Sebelum itu, kebanyakan istilah yang saya gunakan untuk sistem SMS ini adalah ciptaan saya sendiri, memandangkan tiada istilah yang telah untuk menamakan sistem ini. Jadi saya gunakan istilah yang mudah dan boleh difahami. :)
Sistem Tempahan SMS adalah suatu sistem yang menggunakan SMS sebagai alat untuk membuat sebarang tempahan. Sebagai contoh, ketika kita membuat tempahan, kita perlu mengambil borang dan juga mengisinya sebelum kita menghantar borang tersebut. Atau di internet, kita perlu mengisi borang atau form untuk memasukkan sesuatu maklumat.

Tempahan pula adalah pelbagai. Kita boleh gunakan untuk tempahan buku, VCD atau sebarang produk fizikal. Malah sistem ini boleh digunakan untuk membuat tempahan untuk sebarang penyertaan seperti seminar Pemasaran Internet Dr Irfan atau Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet anjuran Saifulsham. Peserta boleh membuat tempahan terlebih dahulu (advance booking) sebelum mengesahkan penyertaan dengan membuat pembayaran.

Kelebihan utama sistem tempahan ini adalah ia bersifat universal dan centralized. Ini bermaksud saya boleh membuat pengiklanan dimana2 sahaja ; TV,radio, akhbar, website atau dimana2 sahaja dan semua tempahan itu akan masuk ke satu pangkalan data sahaja! Berbeza dengan internet, saya perlu memeriksa email saya untuk sebarang tempahan. Ini bermakna kaedah promosi konvensional menyebabkan saya perlu memeriksa sebarang tempahan mengikut kaedah yang berlainan. Tetapi dengan SMS, semua tempahan disatukan. Lebih mudah dan cekap.

Senario Perniagaan:
Sebagai contoh, anda boleh layari laman web saya tentang membuat ringtone telefon bimbit anda sendiri. Cuba klik di butang ORDER. Perhatikan saya menggunakan sistem tempahan SMS di website ini dengan meminta pelanggan saya menaip SMS

Contoh Aplikasi:
Kita andaikan Saifulsham ingin menganjurkan seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Oleh itu mereka yang ingin menyertainya seminar tersebut cuma perlu menghantar SMS untuk menempah tempat untuk seminar tersebut. Sebagai contoh ;

RBDDI[jarak]TEMPAH dan menghantarkan ke 32781

* [jarak] bermaksud space atau ruang, dan tidak seharusnya ditaip semula ketika menaip mesej

Setiap SMS yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Selepas itu, satu SMS akan diterima oleh pelanggan yang mengesahkan tempahan beliau.

Pemasaran SMS vs Pemasaran Internet :
Setiap tempahan melalui internet memerlukan anda untuk memeriksa email atau setidak2nya mempunyai capaian internet untuk memeriksa tempahan. Pelanggan pula perlu mengisi borang yang melecehkan. Pemasaran SMS mempercepatkan proses tanpa perlu capaian internet dan boleh digunakan di pelbagai media.

Prospek:
Sesuai untuk mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang memerlukan mekanisma tempahan awal. Antara website yang boleh digunakan adalah seperti website yang menjual ubat kuat seperti trebest, kedai buku Abang Fauzul, atau laman web Dr. Irfan Khairi

Apa pendapat anda? Ada sebarang komen dengan model perniagaan SMS ini?






Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari - Siri #4

21 02 2007

Salam Sejahtera,

Akhirnya berjaya juga saya buat recovery untuk posting kali ini. Nasib baik ada back-up. Lega.. Dapat juga saya sambung ‘kuliah’ kita..

Hari #4 – Being Creative

So bercerita tentang SMSGrup yang ingin saya mulakan, hari ini saya cuma ingin menjadi lebih kretif dengan mengembangkan idea asal kepada sistem SMS yang pelbagai guna. Bukan hanya untuk saya, tetapi juga oleh group2 yang lain.

Saya rasa SMSGrup ini juga boleh digunakan untuk pelbagai golongan kumpulan juga. Antaranya (Setakat yang saya boleh fikirkan) :

1. Ahli Persatuan dan Kelab
2. Ahli Jawatankuasa
3. Staff dan Kakitangan Organisasi
4. Customer Loyalty Program
5. Multilevel Marketing Group
6. Webmaster

Adalah perlu saya membuat “brain-storming” beberapa golongan atau kumpulan yang sesuai menggunakan SMSGrup. Ini adalah untuk memudahkan saya merancang pemasaran dan promosi kelak. Walaupun perniagaan SMS yang saya rancang ditujukan untuk pengurus projek ICT, tetapi cuba lihat saya telah memikirkan bersama beberapa prospek pelanggan yang mungkin wujud. Saya juga buat sedikit perkiraan, berapa besar pasaran atau berapa ramai agaknya orang yang mahu menggunakan SMSGrup ini. Secara mudahnya saya anggarkan kira-kira 10,000 orang akan menggunakan SMSGrup dalam masa 12 bulan. Ada logiknya….. itu belum dikira-kirakan hasil pulangan dari segi kewangan…

Itu sahaja untuk hari #4.. Nanti saya sambung lagi ok… :)






Idea ditelan teknologi..

20 02 2007

Salam Sejahtera,

Hari ini hari ke 7 saya berada di Kota Kinabalu. Dah terasa rindu pula untuk menyambung tugas. Saya rasa saya tidak boleh tinggalkan KL lama-lama :). Paling lama 7 hari, fikiran saya dah kembali ke kerja-kerja pejabat. Susahnya jadi pecinta duit dunia usahawan ni ..

Saya ada inform anda semua bahawa posting saya dalam minggu ini adalah autoposting, yang saya telah setkan sebelum saya bertolak ke Sabah. Dalam keseronokan saya bercuti, saya sentiasa dapat memeriksa email dan blog menggunakan GPRS dari handphone. Entah mengapa, semalam saya rasa ‘gatal tangan’ untuk menyunting posting di blog ini. So saya edit 3 posting semalam dengan penuh rasa takjub dengan kebolehan teknologi yang membolehkan saya berbuat demikian.

Hari ini, saya cari cyber cafe untuk menghantar jualan yang ditempah pelanggan. Saya cuba buka blog saya, saya dapati 3 posting yang saya edit malam tadi rupa2nya dah ‘hilang’. Aduh.. ini mesti kes tersalah save posting menggunakan handphone ni.. Bengang je rasa lebih2 lagi posting sebelum ini adalah lebih panjang dan mempunyai kandungan yang penting yang saya ingin kongsikan dengan pembaca. 1 dari posting tersebut saya berjaya buat back-up, tetapi yang lagi dua, ’selamat ditelan teknologi’.

Jadi saya terpaksa menaip semula dengan harapan idea2 yang lalu dapat saya recall… so nantikan posting saya lepas ini ya.. maaf kerana posting kali ini tiada isi.. :(






Kertas Kerja Mantap - Perancangan Pemasaran I

19 02 2007

Salam Sejahtera,

Saya telah membuat auto posting dalam blog ini. Ketika ini saya sedang bercuti, mungkin juga sedang bermain2 ditepi pantai atau mungkin juga sedang mendaki gunung.. Ahhhhh! Alangkah seronoknya bercuti….

Apa pun, saya tetap juga dapat mencatatkan sesuatu dalam blog ini. Khususnya bagi mereka yang sedang mencari-cari mengenai kertas kerja, saya cuba berkongsi dengan anda beberapa bahan lagi yang mungkin membantu.

Kali ini kita masuk ke bab perancangan Pemasaran dalam kertas kerja perniagaan. Bab yang saya rasa paling penting, yang tidak sepatutnya dipandang ringan oleh bakal usahawan. Sebenarnya dalam bab ini merupakan ‘key’ yang paling utama dalam menentukan sesuatu perniagaan berdaya maju atau tidak. Bab ini tidak seharusnya disediakan tanpa kajian lapangan yang menyeluruh dan secara mendalam.

Untuk pengetahuan anda, sekiranya seseorang yang ingin memberi anda pinjam wang, disinilah perkara yang paling penting yang dilihatnya. Adakah sesuatu projek tersebut memang boleh berjaya atau adakah projek tersebut hanya satu angan2. Kebanyakan kita tersilap dalam menyediakan kertas kerja perniagaan apabila bab perancangan pemasaran yang disediakan adalah berdasarkan andaian dan ciptaan semata-mata. Tanpa sebarang bukti atau statistik yang kukuh, saya rasa kemungkinan besar kertas kerja anda akan ditolak.

Baca Selanjutnya »






Kertas Kerja Perniagaan - Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian III

14 02 2007

Salam Sejahtera,

Saya akan bercuti mulai 14 sehingga 22 Februari. Sudah agak lama saya tidak mengambil cuti, rasa2nya kali terakhir pada bulan Julai tahun lepas. :( So saya memang berhak dapatkan cuti. At least saya dapat meluangkan untuk menyelesaikan Projek SMS X dan juga beberapa bahan rujukan untuk bulan April 2007.

Anyway, saya cuma ingin menyentuh sedikit perkara mengenai kertas kerja perniagaan yang tak sudah-sudah. :).. Bila lah nak siap ye ? Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai jawatan, fungsi dan tugas kakitangan, dan juga imbuhan balas jasa @ gaji untuk kakitangan.

Kalau anda masih ingat, saya membuat ringkasan tersebut dalam bentuk jadual bagi memudahkan kita untuk memahaminya. Tetapi sebenarnya yang paling penting adalah untuk kita menghasilkan apa yang disebut sebagai perbelanjaan pentadbiran. Perbelanjaan ini adalah segala perbelanjaan yang melibatkan pentadbiran seperti sewa pejabat, alat tulis, mesin fotostate dan juga bayaran utiliti. Hasil daripada ringkasan yang kita buat sebelum ini akan digunakan untuk dimasukkan dalam jadual perbelanjaan pertadbiran seperti berikut :

Kalau anda perhatikan elok2, jumlah gaji yang dimasukkan didalam jadual diatas adalah berdasarkan dari jadual gaji yang disediakan sebelum ini. Perlu diingat, setiap nilai yang dimasukkan dalam setiap jadual haruslah konsisten kerana nilai tersebut akan dimasukkan juga ke penyata kewangan.

Perbelanjaan pentadbiran ini pula boleh dipecahkan kepada 3 kategori utama iaitu perbelanjaan bulanan, perbelanjaan tahunan dan perbelanjaan lain2 (seperti lump sum). Kita perlu asingkan jumlah perbelanjaan mengikut kategorinya. Biasanya gaji dan bayaran utiliti dibayar setiap bulan (kalau bayar gaji setahun sekali, staff kita nak makan apa?)…

Mengapa perlu begitu? Nanti saya huraikan lagi.






Model Pemasaran SMS #3 - Kiosk Informasi

13 02 2007

Salam Sejahtera,

Sejak saya berpeluang buat demontrasi pemasaran SMS ketika konvensyen Saifulsham pada awal bulan Februari lalu, banyak respon positif yang saya terima. Ada yang ingin JV, ada juga yang ingin mencuba sistem pemasaran cara baru ini. Seperti yang pernah tawarkan kepada pelanggan ebook saya, ketika ini sistem-sistem pemasaran SMS ini saya cuba berikan secara percuma bagi tujuan testing. Sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana pemasaran SMS merupakan satu kaedah yang efisien dalam memasarkan produk dan perkhidmatan.

Kali ini saya berpeluang, mendedahkan satu lagi model perniagaan dan pemasaran SMS yang popular.

Layan Pertanyaan Pelanggan Walaupun Anda Sedang Tidur..

Bagaimana tu ? Kali ini, kita cuba tengok kaedah pemasaran Kiosk Informasi SMS pula.

Apakah kiosk informasi ? Sebenarnya konsepnya adalah dengan menyediakan pelanggan maklumat yang sering menjadi pertanyaan pelanggan. Boleh diibaratkan sebagai , menjawab soalan lazim (FAQ), sistem SMS ini telah disediakan dengan beberapa menu yang boleh dipilih oleh pelanggan. Kaedah ini membolehkan kita berinteraksi dengan pelanggan secara terus. Tidak seperti internet atau email yang memerlukan kita menjawab pertanyaan, sistem SMS ini telah diprogramkan untuk memberikan respon setiap pertanyaan daripada pelanggan yang dihantar melalui SMS.

Senario Perniagaan:
Blog irwandahnil.com semenangnya telah menggunakan sistem Kioks Informasi ini. Cuba anda perhatikan di bahagian atas kanan menu blog ini, di bawah IRWANDAHNIL SMS MARKETING. Sebagai pusat maklumat blog ini, sistem SMS Kiosk Informasi ini, membolehkan pembaca blog berinteraksi secara terus dengan saya dengan menghantar SMS. Sistem SMS saya akan terus memberi respon kepada setiap pertanyaan atau request dari pelanggan.
Baca Selanjutnya »






SMS - Pemasaran Yang Seksi….

12 02 2007

Salam Sejahtera,

Dalam seminggu lalu, saya menghabiskan banyak masa untuk membuat sedikit kajian dan bacaan. Semalam, pembantu rumah saya baru sampai dari seberang, seharusnya selepas ini saya mempunyai masa yang lebih banyak untuk membuat kajian.

Saya cuba mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai pemasaran SMS di dunia. Tentunya saya memulakan kajian di laman Wikipedia untuk mengetahui betapa mendalamnya maklumat yang saya perolehi. Tetapi, dengan hampa, banyak maklumat yang ada dalam kamus internet tersebut merupakan maklumat yang saya telah tahu. Kurang benar rujukan mengenai pemasaran SMS yang ada di internet. Mungkin ini jawapan mengapa ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS tetap menjadi ebook pertama menghuraikan konsep pemasaran dan perniagaan SMS bukan sahaja di Malaysia, mungkin juga di dunia! :)

Saya juga menerima semakin banyak feedback dari mereka yang ingin menjalankan perniagaan SMS.

Salah seorangnya adalah En Ong BooSiong. Beliau bercadang untuk menjual minyak wangi menggunakan SMS. Tentunya konsep ini boleh direalisasikan menggunakan pemasaran SMS. Begitu juga dengan Puteri Salwa yang ingin memulakan perniagaan SMS untuk perniagaan katering yang sedang beliau jalankan sekarang.

Baca Selanjutnya »